Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Tadi tengok berita di TV Al Hijrah tentang Kereta Polis terbabas dan merempuh orang yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Salah siapa sebenarnya? Polis tu salah sebab terbabas? Sebab apa kereta polis tu boleh terbabas? Saya tengok rakaman dalam berita tadi, kereta polis tu dihujani dengan pelbagai objek sampai terpecah cermin kereta polis tu. Mungkin salah satu objek tu terkena pegawai polis yang memandu kereta polis tu sampai hilang kawalan dan terbabas.
Pegawai polis tu salah ke? Padahal siapa yang baling objek ke arah kereta polis tu? Sampai jurukamera TV Al Hijrah pun kena belasah. Sebab apa? Sebab jurukamera tu rakam siapa yang pukul pegawai polis dalam kereta polis yang terbabas tu. Lepas itu, perlu ke terbalikkan kereta polis untuk tunjukkan protes?
Entahlah. Saya tak nampak apa kebaikan perhimpunan Bersih ni. Lebih memalukan negara di mata masyarakat Antarabangsa saja. Saya cerita mengikut pendapat dan pemerhatian saya saja.
Berfikir guna otak yang waras. Jangan berfikir menggunakan emosi yang tak stabil.
p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
apa yg Hana bc kat blog ni, kereta polis tu diterbalikkan sbb ada mangsa kat bawah kereta tu.. diorang nk selamatkan wanita tu.. tp dua2 pihak salah.. camne la Msia nnti :(
ReplyDeletehttp://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2012/04/kenapa-kereta-peronda-polis.html
TAG ANDA :
ReplyDeletehttp://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/segmen-pencarian-bloglist-mei.html
sejujurnya...sy tak sokong mana2...bersih pun tidak kerajaan pun tidak..
ReplyDeletesy tak pernah amik kisah pun berapa ramai yg nk sertai perhimpunan tu...
Tapi lepas kejadian yg berlaku sy sgt2 tak dpt terima apa yg mereka lakukan pada anggota polis tu..
yg sgt memilukan hati..lg2 bila sy dpt tahu..polis yg dipukul tu family sy sendiri..dia dipukul..masuk hospital..dia dah pengsan pun masih kena pukul dgn cone..
dia dibaling dgn objek keras..kereta dia ditendang..hingga menyebabkan dia tersasar..dia hilang kawalan..dia TERPAKSA merempuh org2 ramai yg cuba block kereta dia..kereta dia diterbalikkan..dgn alasan bawah kereta dia ada org..tp dr video yg sy tengok..bawah kereta tu xde org pun..jelas..
lepas kereta tu diterbalikkan..mereka bersorak seolah2 mendapat satu kepuasan.
Sy sndiri tak pasti apa yg berlaku sebenarnya..
Maaf ckp...sy tak dpt terima bila family sndiri kena belasah teruk mcm tu..
fikir lah kalau salah sorang family mereka atau sesiapa je kena mcm tu..apa perasaannya..
sy tak salahkan sesiapa..mgkin kedua2 belah pihak ada salahnya..tp dlm keadaan mcm ni..
the best thing that we can do..berdoa semoga dia sembuh.
:')
kereta itu diterbalikkan oleh hulk yang sedang mengamuk. bruce banner lah yang salah dalam situasi ni.
ReplyDeleteKak Nida sekarang berada di NZ.. malam tadi keluar berita tentang Malaysia... dan lebih memalukan negara digambarkan seolah2 rusuhan yg berlaku di Syria, di Britain...
ReplyDeleteAmat memalukan.... kadang2 tak faham mengapa perlu memalukan negara sendiri, Allah dah bagi otak takkanlah tak boleh berfikir perkara yg kecil. Anak2 Kak Nida pun pandai berkata "Ibu kenapa perlu gaduh-gaduah?".. hmmm entahlah, nak kata bodoh marah.. tp memang bodoh pun.. ikut sangat si Ambiga tu.. dia takpelah bukan Islam, yg org Islam ni nak kata pemerintah zalim awat... nak kata susah solat, kami di sini lagi susah nak tunaikan ibadah (malah ada yg kata kami "stupid people" bila terpaksa solat di tepi jalan), nak kata perintah kejam adakah kejam macam firaun?
bila tgk berita mmg cam xpercaya aja berlaku di negara kita..MALAYSIA..
ReplyDeletepada saya,mereka yang ikut sertai tuu..macam xda otak yang waras untuk berfikir kesan, baik buruk dari perhimpunan tu..xda faedah pun..org yang ajurkan dok rileks..mereka yang xtahu apa2 tuu yang lebih2 pula..sedih dengan insiden tuu:(
kebanyakan lebih seronok berhimpun dari memperjuangkan agenda sebenar.....
ReplyDeleteperjuangan bersih ok tapi dikotori dgn benda2 mcm nie.....
so takan kita nak sokong?
perhimpunan seumpama ini sering merosakkan sesebuah negara. Indonesia tahun 98 dulu pun banyak buat mcm ni, sampai sekarang angin demo tak surut2. Banyak dah negara islam lebih tertonjol kerana demo dan bantahan jalanan disusuli bom dan ptempuran senjata dari sltn Thai,mindanao, sudan, negara2 islam afrika, timur tengah dan arab sendiri.
ReplyDeletekita bertanggungjawab kepada imej islam yang kita tunjukkan kepada golongan bukan islam sejagat. Islam sangat sukar untuk didakwah di korea jepun etc kerana alasan mereka buat apa tukar agama kalau budaya hidup sedia ada lebih aman. sedangkn Islam lah yang lebih aman cuma negara2 Islam sebaliknya