KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, April 29, 2012

MACAM LIPAS KUDUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya sekarang terlibat dengan Rondaan 1Malaysia yang melibatkan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Rondaan ni start pukul 10 malam hingga 2 pagi. Agensi yang terlibat hari ni punya rondaan adalah dari Polis DiRaja Malaysia, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara (Saya le tu... Hehehe) dan Agensi Dadah Kebangsaan.


Tadi masa rondaan, ternampak ada sekumpulan remaja dengan motor masing-masing dan kereta polis di depan kami bagi signal untuk berhenti memeriksa dorang. Macam lipas kudung dorang lari. Nasib baik tak ada berlaku kemalangan.


Bagus juga rondaan ni sebab saya dapat peluang untuk cari pengalaman baru. Asyik duduk dalam office je. Sekali sekala dapat pengalaman kerja luar plak kan? Hehehe.


Tapi yang penting, pengalaman ni memang berharga. Susah nak dapat untuk saya. Hehehe.


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap untuk Digi WWWOW Award kat side bar sebelah tu ye?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. pengalaman tu berharga.... biarpun penat terasa....

    ReplyDelete