Selama saya berblogging dan berblogwalking ke pelbagai jenis blog dalam dunia blog yang serba warna warni ni, macam-macam jenis blog saya jumpa. Dan ada sesetengah blog saya berjaya melihat perubahan demi perubahan yang dilaksanakan oleh pemilik blog untuk memuaskan hati dan perasaan dia serta pembaca blognya.
Ada blog yang memang sangat cantik. Saya pun rasanya tak mampu nak buat blog secantik blog dia. Kalau semua widget boleh disumbat dalam blog dia, pasti dia akan sumbatkan je. Tapi walaupun widget banyak disumbat dalam blog tu, susunan widget tu pun perlu diperkemaskan lagi. Kadang-kadang widget tu boleh menghalang button comment. Disebabkan button comment dihalang, dan banyak cuba komen tapi tak boleh komen, sudah semestinya saya terus klik 'X' kat atas blog tu. Siapa yang rugi?
Blog yang simple tapi memudahkan saya adalah blog yang paling saya suka sekali. Sebabnya memudahkan saya nak buat apa yang saya nak. Nak cari button comment pun senang. Nak komen pun senang. Nak terjah post-post lama blog tu pun senang. Kesimpulannya semuanya senang bila kita explore blog tu.
Saya tak kata letak widget banyak-banyak itu salah. Itu blog dia, punya pasal dialah nak letak widget banyak mana pun. Kan? Cuma kalau nak pembaca blog senang singgah blog dia, letak je widget mana yang penting dan blog mudah nak loading. Kadang-kadang ada blogger yang guna broadband dan ada limited speed untuk buka blog. Kalau blog tu cantik tapi loading lambat sangat, saya pun akan tinggalkan terus blog tu. Buang masa dan kuota broadband saya je.
Pendapat saya adalah blog yang cantik dan mudah dari pandangan mata pembaca adalah lebih baik dari blog yang cantik dari pandangan kita. Sebabnya adalah kita nak mudahkan pembaca blog kita kan? Kenapa nak susahkan dorang dengan widget-widget yang boleh memberatkan blog?
Soalan untuk semua, Kalau korang berada di tempat pembaca, korang masuk satu blog yang berat dan loading berjam-jam, button comment pun dihalang, nak komen kena plak word verification dan nak baca entry, kena halang dengan widget blog tu, apa korang akan rasa dan buat?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
Errr...setuju sgt dgn entry nie.....tapii....cerkmen blog saya skit dh okey ke tak??huhuhuu....
ReplyDeleteyaa..betul tuu nasz...err..blog saya
ReplyDeletejatuh dlm ketogeri mana yer...??
kalau ila, ila lg suke belog simple tp best. kalau dah loading lame sgt, pastu nk word verification bagai, close lah jwbnya. semoga belog ila semua org suka amin amin hihik
ReplyDeletesetuju 200 % hehehehe
ReplyDeleteserius akn tkan pangkah merah tu.. huhu
ReplyDeletehope blog kyra ok.. hope so..:)
betul tu. kadang-kadang,widget lagu pon melambatkan loading sesebuah blog itu.
ReplyDeleteSemestinya terus pangkah. Kadang2 nak clik button untuk follow pun sangat lambat loading. Mungkin sebab itulah follower saya sangat sedikit. Saya tak tunggu blog berat utk fully loading, maka kesan jejak pun x dapat ditinggalkan. Tapi saya tak ralat. Semoga niat kita berblogging adalah ikhlas.
ReplyDeletedah banyak blogwalk memang jumpa byk blog cantik-cantik, cuma tu lah bila nak load ambik masa sikit sebab byk widget...kreativiti wise memang byk yang superb :) saya pun suka simple blog yg tak byk sgt widget...
ReplyDeletelatest entry: http://ajamoppical.blogspot.com/2012/04/buku-terbaru-dari-jk-rowling-penulis.html
pangkah [X] terus...
ReplyDeleteblog simple memang jadi pilihan..senang baca..senang komen..
ReplyDeletesangat bersetuju dengan kamu. seblum nie pun saya suka sgt letak widget2 n bila sya blogwalking dan terbaca ttg maslah ini...cepat2 saya buangkan apa yg x penting di widget. terima kasih kpd mereka2 yg menegur
ReplyDeletecepat2 pangkah! laju je klik ! hehe
ReplyDeletekadang2 baik usaha jugak komen.
setuju....kalau dah tak boleh tu dan banyak menyusahkan..lebih baik saya keluar tanpa berlengah masa sekali pun....tension aje.
ReplyDeleteblog kena cantik dan kemas... tapi saya pun tak pandai sangat nk hias blog ikut apa yang orang suka.. masih belajar lg.. heheh
ReplyDeletemula2 akan rasa sakit jiwa kejap bila masuk blog gitu..tuh belum yg ada iklan di tengah yg tutup sebahagian prkataan n blog yg ada pintu masuk lagi la pening..pendek kata pastu cari butang pangkah jew la..
ReplyDeletep/s-blog saya ok x ada kritikan x?hehehe
of coz r terus tutup n cari blog laen yang mudah untuk di baca dan meninggalkan komen... hehehehe... yang mudah dan simple adalah yang paling banyak orang singgah.... tambah kalo loading lambat... harus r bye bye...
ReplyDeletetgk mood gak..kadang blh sabr lgi,komen je wlu byk halangan..kdg terus tggal la..
ReplyDeletekalau jumpa blog macam ni,...
ReplyDeleteConfirm terus tekan pangkah..
Tak kuasa nak tunggu loading lama-lama= ="
samalah ngan saya.
ReplyDeletenak view pun makan masa.
dah komen nak verification code bagai
last2 X terus ;)
jawapan pada soalan di akhir entry.. kiter pangkah je...
ReplyDeletehaha..
betul juga tu.. widget tu kena pandai2 la pilih yang penting.. kalu nk letak banyak2.. kena pandai balancekan berat blog..