KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, April 12, 2012

JOIN SEGMEN CUMA UNTUK TAMBAH FOLLOWER JE KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap orang ada sebab untuk buat dan join segmen yang dianjurkan. Tapi sebab yang paling selalu digunakan adalah untuk memperkenalkan blog sendiri kepada blogger-blogger lain yang join segmen tersebut dan juga mungkin rakan-rakan blogger tersebut. Actually, melalui segmen adalah cara paling mudah untuk kita promosi blog kita. Memang senang nak buat blog tapi kalau tak ada usaha nak promosi pun tak ada gunanya. Kecuali blogger tersebut memang tak mahu blognya diterjah oleh blogger lain.

Tak salah untuk fikir "Saya join segmen untuk tambah follower je" sebab memang segmen dijadikan untuk menambahkan follower di samping trafik blog sendiri. Walaupun blogger lain cuma datang bertenggek dan tinggalkan komen dua tiga patah, bagi saya dah cukup sebab kita berjaya memperkenalkan blog kita kepada dia. Kalau dia suka blog kita, dia mesti akan datang lagi.

Macam kedai makan, kalau makanan kat kedai makan tu sedap, pasti kita akan pergi lagi. Pasti kita akan promosi kat kawan-kawan kita dan makin ramai akan pergi ke kedai tu. Konsepnya sama je. Cuma 'tempat' kita promosi tu adalah blog kita.

Saya nak tanya korang, kalau kita sendiri yang tak promosi blog kita, siapa nak promosikan? Jangan tengok blogger yang dah memang otai dengan follower berpuluh ribu, kita yang masih follower ciput dan komen pun ciconet je ni kenalah usaha. Kalau dorang boleh dapat follower dan komen ribu-riban, kenapa kita tak boleh? Kan?

Ini cuma pendapat saya je ye? Bagi saya, kalau join banyak segmen tapi tak usaha pun tak ada banyak mana hasilnya. So, bila join segmen, kalau boleh terjah semua blog yang join tu. Sebab cara ni macam paksa kita untuk blogwalking di samping promosi blog kita. Tak ada rugi pun. Hehehe.

p/s : Sori kalau ada yang terasa. Sebab ada sesetengah blogger suka join segmen tapi dorang cuma join je, tak ada buat apa-apa. Cuma harap 'trafik' dari segmen tu je. Tak best la camtu kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. betul tu En . Nasz...saya pun kadang-kadang macam tu jugak..tapi kalau terlebih rajin semua saya terjah...cuma ikut kelapangan dan kesesuaian mereka lah.

    ReplyDelete
  2. Kalau segmen Nasz, selalunya saya akan terjah semua... Terima kasih kerana menganjurkan segmen. Macam saya yg follower ciput nie, buat GA pun orang tak join... Tak apalah..test market dulu...

    ReplyDelete
  3. betul tu nasz....
    setuju sangat2.........

    ReplyDelete
  4. memang ada yang jenis macam tu . join segmen tapi just goyang kaki .. tunggu trafik datang bergolek .. memang tak lah .. sepatutnya harus ada give and take lah .. baru aci ..

    ReplyDelete
  5. saya tag awak :

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/segmen-blogwalking-follow-by-hajar.html

    ReplyDelete
  6. saya tag awak :

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/segmen-blogwalking-follow-by-hajar.html

    ReplyDelete