Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, April 22, 2012

SIM CARD DULU DAN KINI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang semua mesti ada handphone kan? Korang semua sudah semestinya beli sim card untuk aktifkan talian korang. Korang rasa harga sim card dengan dulu ada beza atau sama je?


Dulu handphone pertama saya adalah dari jenama Sagem. Sim card saya masa saya mula-mula beli dulu harganya RM100 lebih. Tak macam sekarang sim card ada yang berharga RM5 je.


Tapi fungsi sim card ni sama je. Untuk call, sms, mms dan macam-macam lagi. Dulu satu sms dihantar kena charge RM0.30. Sekarang ni cuma paling tinggi RM0.05 je. Sama juga dengan kadar charge panggilan. Dulu mahal dan sekarang dah makin murah. Makin murah maknanya makin mudah untuk berhubung kan?


Kenapa jadi macam ni? Sebab utama yang saya nampak adalah disebabkan persaingan antara syarikat telekomunikasi yang semakin banyak wujud. Syarikat ni nak pastikan orang suka pakai sim card dorang, dorang akan bagi diskaun dan macam-macam lagi.


Siapa yang untung? Kita.


Korang setuju tak?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. teori penawaran ekonomi:

    kuantiti ditawarkan bertambah, harga akan menurun.
    kuantiti ditawarkan berkurang, harga akan meningkat.

    *kuantiti yang ditawarkan tidak semestinya sama dengan kuantiti yang diminta

    ReplyDelete
  2. Dulu ada hp yang sim card besar masuk sekali dengan pack2 dia sekali...kadang ada jugak sim yang tak boleh untuk sms hanya untuk call je..saya lupa nama sim card tu!!..

    ReplyDelete
  3. haha.. abg Nasz.. isteri dah marah tu.. !!!

    saya masih guna simcard lama.. yg untung? x tahu la.. sama je..

    ReplyDelete
  4. isteri abg nasz dah warning..haha

    ReplyDelete
  5. yeke??mahalnya..
    dulu henfon pon besar kan??
    beza dulu n skrg

    ReplyDelete
  6. de yg marah daaa.....

    ReplyDelete
  7. hehe , setuju2 , tapi kan , murah tu dengan rangkaian yang sama jer ,,

    ReplyDelete
  8. betullah..akak ingat sim card akak yg pertama mencecah harga tu jugak...mahal betul dibandingkan sekarang

    ReplyDelete
  9. Hahahahahah...Teringat Sagem saya dulu. Beli 2, konon nak sama dengan hubby. Aleh, terendam dalam air.. Sim Card dulu, besar kan..? Kad sekeping tu kena masukkan dalam fon, bukan macam sekarang, patahkan yg kecik jer... 1st fon akak dulu, Motorola flip yang tebal mcm botol air tu...hahahhaha

    ReplyDelete