Selama saya berblogging dan berblogwalking ke pelbagai jenis blog dalam dunia blog yang serba warna warni ni, macam-macam jenis blog saya jumpa. Dan ada sesetengah blog saya berjaya melihat perubahan demi perubahan yang dilaksanakan oleh pemilik blog untuk memuaskan hati dan perasaan dia serta pembaca blognya.
Ada blog yang memang sangat cantik. Saya pun rasanya tak mampu nak buat blog secantik blog dia. Kalau semua widget boleh disumbat dalam blog dia, pasti dia akan sumbatkan je. Tapi walaupun widget banyak disumbat dalam blog tu, susunan widget tu pun perlu diperkemaskan lagi. Kadang-kadang widget tu boleh menghalang button comment. Disebabkan button comment dihalang, dan banyak cuba komen tapi tak boleh komen, sudah semestinya saya terus klik 'X' kat atas blog tu. Siapa yang rugi?
Blog yang simple tapi memudahkan saya adalah blog yang paling saya suka sekali. Sebabnya memudahkan saya nak buat apa yang saya nak. Nak cari button comment pun senang. Nak komen pun senang. Nak terjah post-post lama blog tu pun senang. Kesimpulannya semuanya senang bila kita explore blog tu.
Saya tak kata letak widget banyak-banyak itu salah. Itu blog dia, punya pasal dialah nak letak widget banyak mana pun. Kan? Cuma kalau nak pembaca blog senang singgah blog dia, letak je widget mana yang penting dan blog mudah nak loading. Kadang-kadang ada blogger yang guna broadband dan ada limited speed untuk buka blog. Kalau blog tu cantik tapi loading lambat sangat, saya pun akan tinggalkan terus blog tu. Buang masa dan kuota broadband saya je.
Pendapat saya adalah blog yang cantik dan mudah dari pandangan mata pembaca adalah lebih baik dari blog yang cantik dari pandangan kita. Sebabnya adalah kita nak mudahkan pembaca blog kita kan? Kenapa nak susahkan dorang dengan widget-widget yang boleh memberatkan blog?
Soalan untuk semua, Kalau korang berada di tempat pembaca, korang masuk satu blog yang berat dan loading berjam-jam, button comment pun dihalang, nak komen kena plak word verification dan nak baca entry, kena halang dengan widget blog tu, apa korang akan rasa dan buat?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka



