Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, April 22, 2011

PEREBUTAN ... PART 3



Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saya dah cakap akan ada sambungan Part 3 punya.  Macam mana saya nak olah ye cerita untuk Part 3 ni ye?

Kita saksikanlah …

Oh ya..Sesape yang belum baca Part 1 dan Part 2 lagi, boleh baca kat link bawah sekali entry post ni ye?

********************************************************************************************************

Mak Malang duduk bersila di ruang tamu rumah.  Sambil mengurut-urut kakinya.  Dah lama dia tak meneleportkan diri seperti tadi.  Habis sakit kaki dan tapak kakinya.  Tersilap landing tadi.  Sambil tu, matanya tertumpu pada kotak bercahaya di hadapannya. 

    “Sat lagi cerita Nur Tembam nak start.  Tak sabaq nya nak tengok”, bisik Mak Malang perlahan-lahan.  Pada masa yang sama, Mak Malang tertanya-tanya kenapa Tuah dan Jebat bergaduh besar kerana sebiji karipap.

Mak Malang menutup mata.  Mak Malang mempunyai pelbagai jenis hikmat yang Tuah dan Jebat belum dapat belajar lagi.  Mak Malang terus mengaktifkan tenaga dalamannya dan bersedia untuk melancarkan hikmat terlarang.  Kenapa terlarang?  Sebab hikmat ni menggunakan tenaga yang banyak dan penumpuan sepenuhnya.

  “Aktifkan Hikmat Rewind Time” bisik Mak Malang perlahan.  Secara perlahan-lahan badan Mak Malang terangkat ke udara.

REWIND … REWIND … REWIND …

Tuah dan Jebat sedang berjalan pulang dari sekolah.  Tiba-tiba mereka disapa dari belakang.

  “Tuah! Jebat!”.   Tuah dan Jebat terkejut.  Secara spontannya mereka mengaktifkan hikmat penampar ke pipi lawan tanpa henti-henti.

  “Alamak.  Lipo Kiut la”, jerit Tuah dan Jebat serentak.  Lipo Kiut memandang Tuah dan Jebat sambil memegang pipinya yang bengkak.

  “Awat hang buat kami terkejut? Kan dah terkena penampaq”, ujar Tuah dengan muka tidak bersalah.

Lipo Kiut terus memaling muka dan badannya.  Mukanya yang bengkak diurut-urutnya.

Tuah dan Jebat mula mengelabah.  Lipo Kiut ni kira awek yang paling jambu dan feymes la dalam sekolah mereka.  Tuah dan Jebat dah lama suka kat Lipo Kiut ni.

  “Lipo Kiut. I’m sorry.  Please sorry Tuah”, Tuah cuba menunjukkan kepandaiannya berbicara dalam bahasa Inggeris.

Jebat pun tak nak kalah.

  “Jebat bukan sengaja Lipo Kiut. Sorry Jebat gak ye?”, Jebat membuat muka manja dan suara kemanjaan.

Lipo Kiut berhenti berjalan.  Sambil tidak memalingkan mukanya ke arah Tuah dan Jebat.

  “Sorry? Berani hangpa bagi penampaq kat awek paling jambu kat sekolah ni.  Kalau hangpa nak kawan balik, Lipo Kiut nak karipap berintikan Jem Nenas.  Sekarang!”

Tuah dan Jebat terpinga-pinga.  Kemudian …

  “Tuah pasti akan dapatkan untuk Lipo Kiut”, Tuah pantas bergerak seperti arnab mencari lobak.

  “Tak.  Jebat akan dapatkan untuk Lipo Kiut”, pantas Jebat menghilangkan diri.

Lipo kiut tersenyum sendiri …

**********************************************************************************************************

Saja nak perkenalkan satu-satu watak baru dalam cerita merepek saya ni.  Huhu… Part 4 dalam proses pembikinan dan akan dipostkan tak lama lagi.

Harap korang suka cerita merepek aku ni. Hahaha..

Diharap dapat la tinggalkan sedikit komen untuk post kali ni ye?


p/s : cerita di atas cuma rekaan semata-mata dan tidak melibatkan sesiapa yang telah hidup mahupun mati.


LINK BERKAITAN:


-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment