Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, April 1, 2011

TIPS UNTUK CARI TOPIK ENTRY!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.  Bertemu lagi kita di blog yang tak seberapa ni.

Kali saya nak share sikit TIPS saya cari topik untuk tulis entry.  Saya dulu mula-mula pun ada masalah untuk cari topik dan tulis entry-entry dalam blog saya ni.  Bila saya mengadap depan laptop, masa tu langsung tak ada idea dan topik nak tulis.  Tapi yang peliknya bila saya tengah kerja or drive or anything yang tidak berkaitan dengan penulisan entry latest saya, masa tu idea-idea topik-topik memang berlambak datang.  Tension gak la.

So, korang rasa apa yang saya buat? Teka la.. Teka la... Huhu...

Apa yang saya buat, saya sediakan satu buku kecil dan pen.  Saya bawa buku kecil dan pen ni setiap masa kalau boleh.  Tiap kali ada idea atau topik terlintas dalam fikiran saya, saya terus tulis.  Lebih kurang macam brainstorming secara tidak langsung.  Cara ni bagi saya efektif dan tolong untuk dapatkan topik-topik yang menarik sepanjang kehidupan kita.

Kalau pada masa tu, buku kecil dan pen saya tertinggal dalam kereta ke, rumah ke, ofis ke or mana-mana, saya akan taipkan dalam handphone saya bila idea atau topik terlintas dalam fikiran saya.  So, pastu saya akan tulis dalam buku kecil saya.

TIPS saya untuk cari topik entry untuk rakan-rakan blogger yang baru, beli buku kecil yang mudah di bawa dan pen.  Rasanya semua mampu beli.  Pastu, bawa ke mana saja.  Apabila ada idea atau topik terlintas dalam fikiran kita, terus tulis dalam buku tu.  So, kita dah ada topik yang kita nak kongsi dengan rakan-rakan blogger kita. Tak perlu kita nak memerah otak untuk cari topik masa nak update blog kita. Kan?

Topik atau idea kadang-kadang akan muncul secara tak sengaja dan kadang-kadang bila kita terpandang sesuatu yang menarik.  Kalau terpandang sesuatu menarik dan topik yang best, catatkan dalam buku kecil kita dan ambik la gambar guna handphone or kamera.  So, boleh share dalam blog kita.

TIPS ni saya kongsikan dengan rakan-rakan blogger sebab saya pun buat macam ni.  Huhu...

Mesti korang tanya pastu macam mana nak tulis dan huraikan topik tu?

Saya akan explain dalam post akan datang ye?  Harap TIPS ni dapat bantu rakan-rakan blogger yang berhempas pulas untuk cari topik dan idea untuk update blog.

Ada komen?  Tulis je kat bawah ye?

Adios.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. hehe betul2..sy pun buat camtu..tp tulis kat note hp je..emm..lagi satu tips, rajin blogwalking, kita leh dpt idea gak..contoh, orang tu buat entry pasal lelaki tak banyak cakap, kita buat la entry perempuan tak banyak cakap lak. hehe..tukar2 pendapat dengan bloger tadi tu. hehe..gud luck!

    ReplyDelete
  2. Cik Aish : betul tu..setiap orang ada cara masing2..huhu..

    ReplyDelete
  3. satu idea yang memang terfikir sebelum ini...boleh di gunapakai kerana sekarang sedang kering idea...terima kasih...

    ReplyDelete
  4. bagus idea tu, bukan setakat leh cari idea untuk tulis dalam blog, tapi leh tulis planning kita hari tu, tak lah telupe jer..

    ReplyDelete