KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, April 26, 2011

YUNA MINISODES ... INSPIRED!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sekarang ni ramai yang tengah demam Akademi Fantasia 9 dan Maharaja Lawak.  Saya minat Maharaja Lawak tapi sekarang dah kurang minat Akademi Fantasia.  Ada la beberapa orang artis AF yang saya minat.  Saya minat sebab suara dorang best.  Antaranya Hafiz, Stacy, Akim, Maulana dan Shahir.

Saya tak nak cerita tentang AF ataupun Maharaja Lawak sebab ramai blogger dah pun cerita.  So, saya sekarang tengah syok tengok Yuna Minisodes ... Inspired kat channel Astro 705.  Saya suka suara dia.  Best.

Ada suara-suara yang tidak sedap didengar mengatakan Yuna ni menyanyi macam nak tido.  So, what? Itu cara dia menyanyi.  Saya suka.  Masa saya tengok Yuna Minisodes, saya tengok even orang luar negara pun suka suara Yuna.  Yuna dah bawa nama Malaysia ke dunia luar.  Lagipun, Yuna tu bertudung.  So, comel sangat-sangat.  Tercair gak saya.  Huhu...


Kepada Yuna, teruskan apa yang awak buat dan saya akan terus sokong Yuna.  Dan kepada peminat Yuna, sama-sama kita doakan kejayaan Yuna.  Tak lupa pada yang tak suka Yuna, no komen. Haha..

Kalau korang ada pendapat yang lain, bolehlah kongsi kat kotak komen kat bawah ni k?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment: