Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, April 24, 2011

MAKAN SAMPAI PECAH PERUT!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Makan sampai pecah perut korang.  Itulah tajuk entry saya kali ni.

Rakyat Malaysia hari ini memang sangat bertuah sebab sumber makanan banyak.  Korang boleh makan kat kedai mamak, restoran, KFC, McDonald dan macam-macam lagi.

Pelbagai jenis makanan terdapat kat Malaysia ni.  Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi sekarang ni.

Pernah tak kita terfikir macam mana keadaan orang-orang yang tak mampu nak beli makanan?  Sanggup berlapar dan mengikat perut untuk pastikan anak-anak dorang dapat makanan?

Cuba kita ingat balik masa zaman penjajahan Jepun dulu, masa tu penduduk Tanah Melayu terpaksa makan ubi kayu setiap hari.  Makanan memang tak cukup sampai ada yang mati kebuluran.

Tapi sekarang, saya pernah tengok makanan yang tak habis dimakan dibuang macam tu je.  Cuba bayangkan makanan tak cukup kat Malaysia ni.  Makanan yang dibuang tu berharga ke tak?

Korang ada pandangan lain?  Boleh kongsi kat ruangan komen kat bawah.

LINK BERKAITAN:

"KALAU KITA RASA SUSAH, ADA ORANG LAGI SUSAH DARIPADA KITA"


-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. yeah...tp skrg ni bkn sng dah nak cari ubi kayu rebus....ermm sedapnya....^^

    ReplyDelete
  2. Kekadang kita selalu lupa untuk bersyukur. Tu sebab kita sering melupakan insan yang lebih memerlukan.

    ReplyDelete
  3. tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. bantulah orang susah seikhlas hati. semoga kita diberkatiNya, Aameen... =)

    ReplyDelete