KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, April 12, 2011

AMARAN!! JANGAN BUAT DUIT DI INTERNET JIKA TIADA ILMU!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.


Setiap hari ada sahaja skim-skim yang muncul di internet ini, setiap hari jugalah ada sahaja mangsa-mangsa yang menyertainya. Kebanyakannya, mereka yang terdesak memerlukan wang, dan disebabkan itulah mereka menyertai skim-skim ini.

Kenapa jadi begini? Kawan-kawan sekalian, janganlah anda mempercayai email-email spam yang masuk di dalam inbox anda yang mempromosikan skim-skim buat duit di internet. (email spam bermaksud, email yang diterima tanpa anda kehendaki, tidak mengenali siapa diri penghantar, tidak pernah mendaftarkan email anda untuk menerima email daripada mereka dan lain-lain.

Tidak di nafikan, saya juga pernah menyertai skim-skim ini, dan saya mengaku ketika itu saya tiada ilmu tentang perniagaan internet kerana saya sangkakan skim-skim inilah yang dinamakan perniagaan internet atau buat duit di internet. Tetapi ia adalah skim-skim yang akan mengkayakan pihak penganjur sahaja dan sudah semestinya bukan perniagaan internet yang sebenar!!

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi kepada anda semua, untuk pengetahuan anda semua saya adalah seorang usahawan internet. Saya menjalankan perniagaan internet dan sudah semestinya buat duit di internet.

Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan internet?

Pengguna internet menjadikan internet sebagai platform untuk berurusniaga sama ada menjual produk fizikal, digital atau menawarkan perkhidmatan kepada pelawat yang berminat.

dan bukannya mendaftarkan diri, dan membayar pendaftaran ahli, promosikan pada kawan-kawan, ajak sertai sama, sampai bila?? Apakah produk yang didagangkan? Dan ini sudah terbukti bukan perniagaan internet. Renung-renungkanlah.

Kawan-kawan sekalian, tahukah anda blog juga boleh menghasilkan pendapatan? Ya!! Anda juga boleh buat duit dengan blog anda. Jadi, jangan lepaskan peluang!!

Kepada mereka-mereka diluar sana, saya harap, penulisan artikel saya ini akan menyedarkan anda untuk tidak menyertai skim-skim di internet. Jika anda benar-benar ingin menceburi bidang perniagaan internet, anda sebenarnya boleh memulakannya tanpa modal.. Ya!! Saya dahulu bermula tanpa modal. Modal yang sebenar adalah ilmu, tanpa ilmu saya juga tidak akan merasa duit daripada internet.

Nasihat saya, dapatkan ilmu sebelum anda menjalankan perniagaan internet. Jika anda berminat serta serius untuk menjalankan perniagaan internet..

Dapatkan Ebook 7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet. Sudah semestinya pelaburan yang berbaloi-baloi.

JOM START BUAT DUIT DI INTERNET!!!
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. apabila sebut perniagaan internet, kat kepala aku teringat nama sorang ni je iaitu irfan khairi..

    serius aku katakan..bukan maksud nak menghina bangsa sendiri tapi ini adalah fakta..orang melayu yang join skim2 ni sebab nak cepat kaya..terpengaruh dengan duduk diam diam dapat duit

    ReplyDelete
  2. Faris : saya sokong statement awak ... tapi pada masa yang sama aku tak sokong gak... haha... apa yang kita buat, semuanya bermula daripada niat kita. perniagaan internet ni macam perniagaan biasa. cuma kita berurusan melalui internet. setiap perniagaan ada risikonya. termasuklah perniagaan internet... pendapat saya je la...

    ReplyDelete
  3. Internet sebagai medium. Ramai ingat Internet boleh bagi duit.

    ReplyDelete
  4. Thanks share,aku mmg interested dlm pembikinan duit dlm internet tp company yg dah ada nama dan record yang baik..

    ReplyDelete
  5. saya pun belajar dari kesilapan jugak.. ter join skim2 yang merepek yang masa tu saya rasakan nampak macam legit.. rupanya tak

    ReplyDelete