Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Hari ni nak sambung cerita merepek aku... Part 4. Bagi korang yang sudi membaca cerita merepek ni, thanx samgat-sangat. Huhu..
Sesiapa yang belum baca lagi, sila-silakan la ye? Part 1, Part 2 dan Part 3 boleh korang baca kat link bawah saya letakkan.
Dipersembahkan ...
***************************************************************************
Tuah pantas berlari ke satu gerai ke satu gerai yang lain. Mencari-cari karipap yang diidamkan kekasih hatinya ... Lipo Kiut. Tetapi harapannya hampa.
Jebat cuba di pasaraya yang berdekatan tetapi sama juga. Semua karipap telah habis dijual dan dimakan.
"Awat masa ni plak semua karipap dah habis pulak? isk..." keluh Jebat. Tuah yang masih tidak putus asa masih mencari dari gerai ke restoran ke kilang karipap ke kilang tepung ke kilang rempah. Masih tak jumpa.
Jebat pula menyelongkar bekal makanan yang dibawa oleh pekerja kilang tak kira pekerja Melayu, Cina, India, Bangla, Myanmar dan lain-lain. Tetapi hampa. Tiada karipap cuma yang Jebat dapat serangan selipar dan kasut bertalu-talu daripada owner bekal makanan tersebut.
Tuah yang telah letih duduk berehat di tepi toilet rumah kak Limah. Sambil menghidu bau yang kurang menyenangkan itu, Tuah cuba berfikir di mana karipap yang ingin dicarinya. Bau yang kurang menyenangkan itu bagi Tuah dapat membantunya menajamkan lagi pemikiran dan fokusnya.
Jebat pula terasa nak membuang air besar dan telah meminjam toilet rumah kak Limah untuk melepaskan hajatnya. Sambil melepaskan hajatnya, Jebat mencari idea bagaimana ingin mencari karipap yang diidamkan buah hatinya ... Lipo Kiut.
Tiba-tiba ...
"Treeeettt....treeetttt...." bunyi iPhone 5 Tuah. Tuah terus melihat nama di skrin iPhone 5 nya.
"Alamak...Mak la" ucap Tuah. Jebat yang masih melepaskan hajat pun terkejut. Terkejut sebab tak perasaan Tuah ada kat luar toilet kak Limah.
"Mesti dok mengendap aku. Aku tau la aku hensem," fikir Jebat.
Tuah terus menekan punat pick up call.
"Ye Mak," Tuah mengeluarkan kata-katanya.
"Hangpa bila nak balik ni? Nak kena penampaq?" jerkah Mak Malang. Tuah terkedu. Penampaq Mak Malang memang dasyat. Kena sekali, tak nak dah lagi.
"On the way mak," balas Tuah menggeletar.
"Cepat balik. Nanti karipap mak buat habis bapak hang makan. Ni pun dah tinggal sebijik je mak sempat simpan. Hang boleh kongsi dengan Jebat nanti", ucap Mak Malang pantas dan terus memutuskan talian. Nak save kredit la tu.
"Karipap yang aku cari ada kat rumah rupanya. Kena balik cepat sebelum Jebat", ucap Tuah terus pantas bergerak balik seperti arnab.
Jebat yang terdengar perbualan Tuah dan Mak Malang terus melepaskan hajatnya sekaligus. Pantas Jebat keluar daripada toilet dan terus berlari pulang.
Lagi 1 km nak tiba ke rumah, Tuah dan Jebat bertembung. Apabila Tuah ternampak Jebat, Tuah cuba memantaskan dirinya tetapi Jebat memintas.
"Tuah, karipap itu milik aku. Hang jangan nak berebut", Jebat memberi amaran.
"Tak. Aku punya. Jangan nak berebut plak", balas Tuah.
Perebutan Karipap yang satu pun bermula ...
Mak Malang yang sedang terapung-apung di udara mula turun perlahan-lahan menyentuh lantai rumah. Matanya dibuka perlahan.
"Oh..itulah sebab Tuah dan Jebat berebut karipap", bisik Mak Malang dalam hatinya. Kepalanya diangkat sebab nak tengok kotak bercahaya. Sepatutnya sekarang dah start cerita Nur Tembam. Muka Mak Malang terus berubah.
Mak Malang meneleportkan dirinya ke bilik Tuah dan Jebat. Tuah dan Jebat yang baru lepas memakai baju terkejut.
"Sebab hangpa la!" marah Mak Malang sambil menampaq pipi Tuah dan Jebat sebanyak 3 kali. Kemudian Mak Malang meneleport pergi. Tuah dan Jebat terpinga-pinga.
Di depan kotak bercahaya kelihatan satu perkataan besar yang menyebabkan Mak Malang panas hati.
"TAMAT"
Cerita Nur Tembam dah tamat rupanya.
**********************************************************************
Takat tu je untuk kali ni. Sambungannya belum tentu lagi. Huhu...
Harap korang suka. Kalau rasa tak best, korang bagitahu saya k?
LINK BERKAITAN:
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
bets .. hhehe bca part 4 je :(
ReplyDeleteinspirationalefeks: thanx sebab sudi baca..
ReplyDeletebest gak baca nie...terbaik...
ReplyDeleteentries terhangat>>>Maharaja Lawak Minggu 5 : jozan terbaik
best.. haha.. =)
ReplyDelete