Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, April 14, 2011

JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG YANG KERJA DI TEPI JALAN!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tajuk hari ini mungkin agak kasar sikit tapi cuma nak ingatkan diri saya sendiri dan mungkin rakan-rakan blogger yang terlibat (tak semua k?..so, no heart feeling...huhu).

Macam mana aku terfikir nak buat tajuk ni?

Macam ni ceritanya, tadi aku drive ke bank untuk menjalankan urusan memasukkan duit ke dalam akaun.  Bukan pergi untuk belajar memasak mahupun menganyam.

On the way nak balik tu, aku ternampaklah seorang pakcik sedang menolak kereta sorong.  Maka, terciptalah entry ini.

Saya pun bukan habis je belajar, terus dapat kerja yang sekarang ini.  Saya pun bermula dari bawah.  Bak kata pepatah saya sendiri la ... kalau kita tak rasa susah, kita takkan hargai hasilnya ... Huhu...

Contohnya:
Kalau tiada orang yang buat jalan, takkan ada jalan di Malaysia ini.  Betul tak?

Mereka pun perlulah kita hargai.  Tak payahlah kita nak pandang hina pada mereka.  Tak perlulah kita nak berlagak dengan kereta mewah kita.  Kereta mewah yang kita drive pun atas jalan yang mereka buat.  Betul tak?

Mereka juga manusia macam kita.  Mereka pun ada perasaan macam kita.  Mereka kerja sebab nak tampung perbelanjaan anak dan isteri mereka.  Kalau ada mak dan ayah, nak tanggung juga.

Entry ini cuma nak mengingatkan diri saya dan rakan-rakan blogger je.  Kalau ada terasa hati, saya mohon maaf ye?

p/s : Jangan saman saya ye?...huhu..

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. Betul..tinggi mana pun kat atas muka bmi ni,last-last balik kebawah jugak (lubang kubo)biarlah kja apa pun,asalkan halal

    ReplyDelete
  2. Pendekar Laut: betul3x..sokong sangat2..

    ReplyDelete
  3. setuju bro...
    manusia ni semua sama saja...
    yang beza iman kita..

    ReplyDelete