Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, April 9, 2011

KRITERIA BLOG YANG LAYAK DAPAT BUFFERED EARNING (BE)



Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.


Hampir semua blogger nak tahu apa kriteria yang ditetapkan oleh pihak Nuffnang untuk berikan kempen CPM kan?  


Aku pun nak tahu juga.  Sebab itu aku telah hantar satu ticket untuk tanya Nuffnang kriteria-kriteria yang mereka mahu. 


Soalan yang aku tulis :

Hi

Saya nasz. Saya nak tanya apakah kriteria sesebuah blog untuk layak dapat Buffered Earning?

Terima kasih.


Selepas lebih kurang 24 jam, pihak Nuffnang pun balas ticket aku.


Inilah jawapan yang diterima daripada pihak Nuffnang :



Subject: Re: Kriteria Blog yang layak dapat Buffered Earning
Date: 07 Apr 2011 12:39 PM
Posted By: Thara Sofian  (Staff)
Hi Naser,

Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sararan mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi.

- Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my



So, itu la jawapan pihak Nuffnang.  Harap dapat kongsi dengan semua rakan-rakan blogger.


Ada komen?


-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. rif download : harap dapat bantu rakan2 blogger dgn maklumat ni...

    ReplyDelete
  2. Tq 4 his info..sangat berguna utk newbi blogger cm saya...

    @[mamadiana]

    ReplyDelete
  3. sangat berguna..okeyh..nak p edit itu ini kat blog sendiri plak..mana ler tau ader rezeki dari .... kan kan kan..hehhehe

    ReplyDelete
  4. Oh... info yang berguna! terima kasih kerana berkongsi info (^_^)

    ReplyDelete
  5. info yg sgt menarik... tapi saya cuba fahamkan berkali2 sebab saya ni kureng sikit kalau bab2 Nuffnang ni.. huhu

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang begitu bermakna dan bermanfaat. terima kasih tuan blog!

    ReplyDelete
  7. Terjumpa artikel ni kat Apesal. Makasih sudi kongsi maklumat cuma:

    Mungkin Nuffnang dah tukar gaya sebabnya cuba baca sini, sini dan sini.

    Apa komen anda pula?

    ReplyDelete
  8. walaupun artikel dah lama, tapi masih relevan. terima kasih kerana berkongsi, tuan.

    ReplyDelete