Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label contest blogger. Show all posts
Showing posts with label contest blogger. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak join apa-apa contest. Walaupun jarang sangat menang tapi saja nak try gak. Kalau tak try, memang 100% takkan ada peluang dapat hadiah kan? Betul tak? Hehehe.

Tapi kalau kita cuba masuk, walaupun peratus nak menang tu sikit tapi still ada peluang lagi. Sebab kita mencuba gak. Kalau dah rezeki, Insya Allah dapatlah tu.

Nak merapu bleh tak? Hehehe. Sila terus bacaan korang ye?

Tanpa berlengah lagi, Panglima Kassim melancarkan hikmat memutar belit pisang emasnya. Maka terpelantinglah Panglima Soud mencium dinding batu yang tersergam indah. Panglima Kassim ketawa berdekah-dekah sehingga seekor lalat masuk ke dalam mulutnya. Maka tersedak la Panglima Kassim.

Panglima Soud yang tengah pening-pening lalat bangun sambil cuba mengukuhkan tempat dia berpijak. Sambil memandang Panglima Kassim yang masih tersedak-sedak, Panglima Soud membuka langkah hikmatnya.

"Gelombang ... Kera!" Pantas Panglima Soud menyerang dengan gelombang berwarna hijau keungguan. Gayanya saling tak tumpah seperti Son Goku yang sedang melancarkan Gelombang Penyu aka Kamehameha.

Panglima Kassim yang sedang tersedak lalat itu dengan pantasnya melancarkan Hikmat Taju Kage Bushin No Jutsu dan menjadi banyak klon untuk menghalang serangan Panglima Soud. Malangnya, akibat tersedak lalat, Panglima Kassim tak dapat menumpukan perhatian dan akhirnya terpelanting terpeleot dalam akuarium. Seekor lalat yang begitu gembira terbang keluar dari mulut Panglima Kassim.

Panglima Soud begitu berbangga dan terus mendabik dadanya ke langit. Dengan riaknya dia berkata:

"Aku dah menang. Muahahaha"

Tiba-tiba,

"Boommm!"

Mata Panglima Soud terbeliak. Panglima Kassim yang baru berjaya berdiri dengan bersusah payah terus jatuh terduduk. Kedua-dua panglima mengira satu, dua, tiga sama-sama dan kemudian menjerit :

"Oh. Tidak!!!"

Satu-satunya jamban yang menyebabkan pertarungan antara dorang telah diletupkan oleh Askar Lalat Elit. Maka, bertempiaran larilah Panglima Kassim dan Panglima Soud mencari jamban lain untuk membuang air besar yang ditahan dorang selama ini.

Hehehe. Macam mana? Sempoi tak ending dia?

Kena tag untuk qualified contest ni. Saya nak tag:

3nogr33ny
Diyana Ali
remyhazza

CONTEST INI BERMULA DARI 24 OKTOBER 2011 HINGGA 1 DISEMBER 2011. RALAT TARIKH SEBENAR SEHINGGA 24 NOVEMBER 2011. (MENURUT PENGANJUR).


Itu je. Semoga saya menang. Hehehe.


p/s : Esok kena bertolak ke Metro Inn Kajang. Ada Kursus kat Putrajaya. Sesape duk kat Kajang tu, nak minum malam esok, bagitau la. Hehehe.


Wassalam.




-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, August 5, 2011

MY BEST ANGLE CONTEST : DIA STATIK TAPI BUKAN PLASTIK!

MENARIK:

TRUDY &TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!

TIME TO CHILL LAH AND EXPRESS YOURSELF WITH NESCAFÉ!

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang dah lama nak join contest rakan blogger saya yang terbest ni tapi rasa malu amat sangat. Hahaha... Saya ni dah la tak pandai nak posing-posing. Tapi, teringin gak nak join. So, dengan perasaan takut-takut malu, saya pun join la. Hehehe... Sori Abby sebab lambat join. Jangan buat perhimpunan depan rumah saya k? Hehe..

Nak gambar best angle saya ek? Rasanya ini je kot yang saya rasa best angle. Hehehe...
Masa studi kat UiTM dulu (Tertidur kat Uptown...Hehehe)

Dengan penuh perasaan menahan jambatan gantung di Genting Highland

Pakaian formal di Office

Di Tempat Air Terjun Sungai Congkak (Latest Pic)

Kena buat karangan pendek ek? Ok2. 

Berdiri seorang lelaki yang memakai cermin mata. Matanya tajam memandang ke arah objek di hadapan. Begitu tekun sekali. Sambil berusaha untuk memakai sut besinya. Objek di hadapan semakin hampir. Lelaki ini masih lagi berusaha memakai sut besinya. Kenapa agak susah plak ni? Objek itu semakin hampir. Berderap-derap bunyi tapak kasutnya yang seakan-akan besi berani.

Lelaki itu kian resah. Tersilap sut ke dia ambil ni? Takkan dia terambil sut adik perempuannya yang berusia 5 tahun? Masa ni la tak muat. Isk2... 

Objek itu tiba-tiba melompat dan landing di hadapan lelaki bercermin mata itu. Lelaki bercermin mata itu terkejut besar. 

"Meh saya tolong pakaikan" Terdengar suara garau Optimus Prime. 

"Ok" Jawab lelaki bercermin mata itu sambil menyarungkan sut besi Ironmannya.

Setelah selesai...

Ironman dan Optimus Prime memandang korang yang sedang baca ni dengan padangan yang tajam.

"Saya mesti pilih. Dia statik tapi bukan plastik!" 

Pertuturan serentak sambil menggayakan gaya Duta Bank Rakyat.

Hehehe... Kreatif tak? 

Sempat lagi kan Abby? Hehe..

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 24, 2011

CONTEST KITA KAWAN KAN??


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sedang seronok berblogwaking tadi, terjumpa blog Revolusi Si Gadis.  Dia ada buat contest dan ni merupakan contest pertama saya selama saya berblogging.  Saja nak try nasib.  Huhu..

Dalam contest ni, kena tempekkan gambar bersama kawan-kawan yang paling gempak.  So, aku pilih gambar ni.


3 perkara yang saya suka gambar ni adalah:

a) Sebab dalam gambar ni saya nampak muda (hehe...)
b) Kawan-kawan saya yang sempoi
c) Masa paling gembira aku masa mula-mula kerja khidmat pelanggan

Tagline menggambarkan blog Cik Gojes:

"Blog tersempoi dan tergempak macam ownernya"

Sekarang saya nak tag 3 orang:


Itu je.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka