Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, April 5, 2011

KENAPA TAK ROGOL SAYA?!


Salam sejahtera semua blogger.

Tajuk saya hari ini agak kontroversi skit. Huhu.. Saya dengar cerita ni masa saya sedang berkursus induksi di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Slot last kena buat setiap orang kena buat pengucapan awam atau dalam bahasa inggerisnya public speaking. Saya dengar masa salah seorang peserta cerita tentang kisah benar ini. Tajuk pengucapan awam saya ... tak penting pun. Huhu..

Macam ni ceritanya:

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam, perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


So, moral daripada kisah ini:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.
Semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.
Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.

semoga kita sentiasa diperlihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.

Apa komen korang? Ce citer .. Ce citer ..

Wassalam.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

34 comments:

  1. salam.

    baru baca blog ni dan ternampak posting ni.terima kasih sebab berkongsi.sangat 2 memberi pengajaran.

    ReplyDelete
  2. the_builder : saya cuma berkongsi. Sharing is caring. thanx sebab sudi baca.

    ReplyDelete
  3. slm..
    intresting entry.. touching sgt.
    1st bc ngtkan pompuan tu mintk sgt bnda tu jd.... rpanya lain..
    tx 4 sharing. (:

    ReplyDelete
  4. masyaallah! bertapa hebatnya keberkatan ayat kursi! :D

    ReplyDelete
  5. Wa baru baca n3 nie harie nie.. sangat berguna.. wa syare.. tq..

    ReplyDelete
  6. meremang bace n3 ni... kelebihan ayat Allah :)

    ReplyDelete
  7. pos yang amat sangat menarik . seriously :)

    ReplyDelete
  8. saya nak share kat blog boleh tak ? seriously entry ni buat bulu roma saya meremang . nice entry !

    ReplyDelete
  9. missunguviolet : silakan..saya tak kisah..

    ReplyDelete
  10. Salam kunjungan..pernah juga terbaca kisah ni satu ketika dulu. Memang ada benarnya kalau kita sentiasa bertawakal pada Allah..salah satu caranya mmg dengan baca ayat kursi lah caranya.

    ReplyDelete
  11. pernah baca..dan cite ini. memang benar berlaku..

    ReplyDelete
  12. cerita yg menarik...tq...

    ReplyDelete
  13. tak terkata bila aye bace kisah ni.. da lame perhati tjok entry ni tapi tk prnh terlintas nk bukaq n bace.. then today.. aye click and bace. Ya Allah. besar sungguh kekuatan ayat Allah ini.

    ReplyDelete
  14. hyee..salam kenal dri aye..
    aye suke sangt2 bace enty kamu nie..
    banyk bg pengajaran kat aye untuk aye mantap kan lagi perubahakn aye tok kearah mnjadi perempuan muslimah..
    harap snagt ALLAH menerima taubat aye atas dosa aye besar mahupun kecil..huhu

    ReplyDelete
  15. very like this entry!!Ade pengajaran yg tersirat.Allah maha berkuasa..

    ReplyDelete
  16. terima kasih kerana berkongsi cerita. pengajaran yg baik.

    ReplyDelete
  17. kelebihan ayat kursi....hurm, =D

    http://zahiriladzim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. salam encik nasZ..

    saya baru terbaca entry nih... best sgt2 :)

    saya nak ambek entry ni dan letak kat blog boleh?

    ReplyDelete
  19. nurul si pipi tembam : silakan.. sebarkan.. tq.

    ReplyDelete
  20. terima kasih banyak2 ye en.nasz ^^

    ReplyDelete
  21. subhanallah... hm ..mntak share yep.. hihi

    ReplyDelete
  22. Title on this entry made me curious. .

    Meremang bulu roma after baca..berdebar jantung saya. .

    Nice entry,.can i share this on my blog plz?.

    Cause am on way collecting true story and put on my blog..

    Thanks in advance. . .

    ReplyDelete
  23. tertarik sgt ngn entry ni..

    punyai pengajaran yg bermanfaat..

    ReplyDelete
  24. Kuasa Allah s.w.t. Moga kita semua sbg hambaNya sentiasa taat akan perintahNya. Kalau kita nak diri kita dilindungi kita kenala lindungi agama kita dulu.. Dia sentiasa ingat kita, jadi kita kenala sentiasa ingat akan Dia. :) thx for this story. :)

    ReplyDelete
  25. subhanallah..betapa hebatnya kuasa allah.

    ReplyDelete