KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, March 20, 2012

MOVIE REVIEWS : JOHN CARTER


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya sempat lagi pergi menonton Movie John Carter di TGV AEON Bukit Tinggi dengan wife saya. Ini kali pertama sejak kami kahwin pergi menonton wayang. Sebelum kahwin banyak kali gak. Hehehe.

Saya nak buat sedikit review tentang Movie John Carter ni.  Movie ni pada permulaan cerita agak slow sikit dan saya tak berapa faham. Movie ni berkenaan seorang lelaki bernama John Carter dari Virginia ni mencari gua labah-labah (Spider Cave) yang dia percaya ada tersimpan emas. John Carter ni dulunya seorang tentera yang sangat bagus dan pernah dapat banyak pingat. Tapi, disebabkan kematian isteri dan anaknya yang dibakar rentung, dia terus give up untuk terus berjuang.

Movie ni dimulakan dengan pengenalan kepada planet yang terdapat di sistem solar kita. Kita memanggil Planet Merah dengan nama Marikh dan di planet Marikh ni kita fikir langsung tiada hidupan sebab tiada sebarang oksigen untuk bernafas. Tapi sebenarnya di Marikh ataupun penduduk Marikh panggil planet dorang Barsoom terdapat makhluk yang hidup.

John Carter secara tak sengaja ditelegraf ke planet Barsoom ni selepas terbunuh seorang Therns (Dalam movie ni dorang kata Therns ni Pesuruh Tuhan) dengan menggunakan satu Medalion. Sampai di Barsoom, macam-macam pengembaraan yang dialami oleh John Carter. Grafik untuk movie ni memang cantik cuma binatang pelik-pelik dalam movie ni sikit saya. Yang saya perasan adalah makhluk hijau bertangan empat yang dipanggil Tharks, Binatang yang rasanya anjing yang boleh berlari laju dan Kera Putih yang besar. Itu je binatang yang ada kat planet Barsoom ni kot? Huhuhu.

Memang ada aksi tapi tak banyak sangat. Banyak sangat bersembang dan feeling-feeling. Tapi kira best gak la sebab grafik dia memang sempoi. Oh... lupa nak bagitau, John Carter ada kelebihan unik bila berada di Barsoom a.k.a Marikh. Apa dia? Korang pergi tengok sendirilah ye? Hehehe.

Anyway, saya bagi 3 Bintang je untuk movie ni sebab hanya boleh tengok sekali je, kalau kali kedua tengok, jadi boring. Huhuhu.

Korang yang dah tengok movie ni, cuba bagi pendapat dan berapa bintang korang bagi?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. MM tak tengok lagi.. Tapi nampak macam menarik.. Kene heret incik asben gi tengokla..

    ReplyDelete
  2. Remy dah tgk crita nie.....
    dah review pun.....
    pada remy crita menarik tapi slow sikit.....
    remy pun kasi 3 bintang jugak....

    ReplyDelete