Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, March 27, 2012

MOVIE REVIEW : THE HUNGER GAMES


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ni saya berpeluang menonton movie The Hunger Games tayangan Midnight di TGV AEON Bukit Raja bersama sudah semestinya dengan isteri saya yang tercinta. Hehehe.

Movie ni ada sedikit twist sikit ceritanya. Tapi kalau nak faham, kena tengok betul-betul macam saya. Itupun isteri saya duk tanya macam-macam sebab dia tak berapa faham jalan cerita movie tersebut.

Movie mengisahkan dunia selepas pemberontakan yang dibahagikan kepada 12 Daerah (District). Kehidupan penduduk di semua District ni sangat miskin dan sentiasa tak cukup makanan. Dorang tak guna duit tapi guna sistem barter. Tukar barang dengan barang yang dorang nak. Tapi, di Ibu Negara (Capitol) dorang, orang-orang kaya hidup penuh kemewahan dalam bangunan yang indah-indah.

Demi memperingati akibat pemberontakan yang berlaku sebelum ini, satu games diadakan dengan 2 orang wakil (1 lelaki dan 1 perempuan) dari 12 District yang dipanggil The Hunger Games. Dalam games ni, dorang kena saling berbunuhan sehingga seorang saja yang hidup. Seorang yang hidup tu akan dapat harta dan kekayaan tak terhingga banyaknya.

Tapi, wakil District 12 telah berjaya mengubah corak games ni. Apa yang wakil District 12 berjaya ubah? Korang tengok sendiri ye? Kalau semua saya cerita kat sini, tak best la bila korang nak tengok movie ni nanti. Movie ni kira best juga. Cuma ada part slow dan ada gak part action.

Saya bagi 3 BINTANG.

Siapa dah tengok movie ni? Berapa BINTANG korang bagi?

p/s : Busy minggu ni dengan temuduga dan kursus hujung minggu ni. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. Kalau gambarnya tak banyak sangat gegar (walaupun itu kelainan yang sengaja diwujudkan) dan x buat penonton pening, saya akan bagi 4 bintang, tapi sbb banyak part saya pening, saya nampak 3 bintang jer...hehehehhe.

    ReplyDelete
  2. remy setuju dgn aziela.....
    sedikit gegaran teknik pengambaran buat kepala berpinar sikit.... tapi rumusan yg remy boleh cakap.....
    jln crita dia memang ohsemm..... sedikit sentuhan emosi... unsur2 kekejaman...tapi line story mendatar......slow
    tapi set memang mengagumkan.....;remy kasi 3 1/2 kut..... he3
    biler ler remy nak buat preview crita nie.......busy ler....

    ReplyDelete
  3. nampak cam best je.. ada jumpa novel dia.. x sangka dr adaptasi novel..

    ReplyDelete