KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, March 23, 2012

ARGHHH.... LINE DOWN LA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Rasa macam tak betul je bila tak boleh nak online ataupun buka internet. Saya ni dah ketagih internet tahap kronik ni. Netbook plak tertinggal kat rumah mertua di Klang.


Kat ofis, bila waktu rehat, internet plak down. Last sekali updated blog guna handphone. Hehehe. Nasib baik.


Syarikat penyedia internet kat Malaysia ni janji macam-macam untuk lariskan produk dorang. Tapi bila kita dah langgan, janji tinggal janji. Customer service yang dulunya begitu lemah lembut gemalai dan jadi garau suaranya.


Bila line ok, kita kena bayar. Bila line down, kita masih kena bayar. Pakej la katakan. Tapi nak buat macam mana, kena gak kita guna sebab pilihan tak banyak dan hampir semua sama je. Sabar je la.


Harap sekejap line ok sebab nak buat online payment ni. Huhuhu. Sengaja nak membebel je.


Korang suka pakai syarikat penyedia internet mana? Saya 'terpaksa' pakai streamyx sebab itu pilihan yang saya ada kat tempat saya ni. Huhuhu.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. Memang sasau bile takde internet...
    penah rs cmtu gak..
    time berokband kene bar....
    Sasau gak semggu.....
    hahhahahah....

    ReplyDelete
  2. pakai streamyx, selalu ada problem mcm nie ke? masa report rosak nie, diorg ada maklumkan kenapa?

    ReplyDelete
  3. Haha! Betul la. MM pun pernah skali beberapa hari stress tak dapat nak online.. Siap dari opis, bawak ke rumah guna berukband pon cam harem, last2 gagah je keluar gi McD dengan harapan dapat jumpe Mr. Internet.. Pon harem.. Ke hulu ke hilir mengangkut laptop dah ghupe org ilang akal pun ada.. Pssstttt! Kite pon 'terpaksa' langgan streamix jugak coz UNIFI belum sampai lagi kawasan nih.. Hampes..

    ReplyDelete
  4. remy so far setia ngan maxis... yg tu jer paling ok kat rumah dan juga kat kg....

    ReplyDelete
  5. Shiema guna maxis dekat sini, sebab dekat sini coverage maxis je paling okeyyy.

    ReplyDelete
  6. guna celcom broadband,tension klu line slow cam siput,klu no service terus lagi la tension..tapi sejak tumpang komputer kat rumah ni yg pkai streamyx mmg best la..laju je..

    ReplyDelete
  7. ha5.. kat U sy ni pn kdg2 line pun down jugak.. nk on9 pn jd hampeh.. 10sion..

    ReplyDelete
  8. nasib baik berukband di rumahku tak buat hal. haha :D

    ReplyDelete