Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Sekarang saya berada di Taman Inderawasih Prai Penang atas urusan kewangan sikit. Sekarang ni musim hujan lebat. Hampir setiap hari hujan lebat turun. Saya tengok berita kata ada kawasan di Kuala Lumpur dah banjir.
Gambar kat atas tu masa saya di Taman Inderawasih Prai Penang. Ada kawasan di jalan raya yang dah dinaiki air. Hujan masih lebat lagi masa tu sampai permandangan saya kurang jelas semasa memandu.
Kenduri kahwin saya berlangsung pada hari Ahad ni. Harap sangat tak hujan pada siang harinya. Mendung takpe lagi. Risau gak ni. Tapi tawakal je la. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
p/s : Hujung minggu ni budak sekolah start cuti, banyaklah kenduri kendara di sana sini. Sibuklah tok kadi kan? Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
Welcome to the cclub! Kelab orang ada spouse...heheheh. Selamat berbahagia hingga ke akhirnya...
ReplyDeleteabg nasz nak kawin... x jemput pon...:) tahniah...
ReplyDeletebersedia nasz.....
ReplyDeletepasang byk khemah sikit...takut nanti takde tempat berteduh......