Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, March 3, 2012

"KURSUS TRANSFOMASI GAYA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang saya berada di Dewan Bankuet Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ipoh Perak, ada Kursus Transformasi Gaya. Mesti korang tertanya-tanya kursus apa ni?


Meh saya bagitau kursus ni tentang apa. Kursus tentang penampilan dan gaya yang kemas dan smart. Actually, mula-mula saya rasa kursus ni mengarut je. Tapi bila dah dengar penerangan dan praktikal yang membuatkan saya sedar, saya perlukan kursus ni sebab saya ni kantoi dalam memilih warna pakaian dan cara pemakaian yang sesuai dengan warna kulit saya.


Saya kena pilih naik ke atas pentas sebagai model percuma sebab next week saya nak kawin dah. So, semua orang pilih saya untuk tentukan warna jenis apa sesuai dengan warna kulit saya. Kata penceramah tu warna yang sesuai dengan warna kulit saya adalah warna 'warm'. Baru saya tahu. Hehehe.


Cara pemilihan pakaian termasuk baju, suit, seluar, tali pinggang, kasut, stoking dan so on. Kita rasa perkara tu tak penting sebab kita anggap perkara ni perkara yang dah biasa buat setiap hari. Tapi kita tak perasan amalan yang kita buat selama ini tak betul. Penceramah ni merupakan seorang 'image consultant'. Memang terbaik. Hehehe.


Dapat gak serba sikit tentang pemilihan pakaian dan penjagaan diri yaqng betul. Alhamdulillah. Dapat ilmu baru.


Terima kasih Encik Hafiz Mustapha. Kalau korang nak ke facebook dia, korang boleh cari guna 'CuteCarry' kat kotak search facebook korang. 


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. lepas nie semakin bergaya lah Nasz......
    kekadang kita selesa dgn apa yg kita pakai tapi tidak dimata orang....
    setiap individu berbeza selera....
    janji kita pakai yg elok2 saja.... tidak keterlaluan..dan tidak kebaratan ....

    ReplyDelete
  2. penting kna tau yg ni...tmbah2 kalu nk p interview...=)

    ReplyDelete
  3. err nak kawin dah eh? tahniah :)

    ReplyDelete