Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label taklimat. Show all posts
Showing posts with label taklimat. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

"KURSUS TRANSFOMASI GAYA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang saya berada di Dewan Bankuet Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ipoh Perak, ada Kursus Transformasi Gaya. Mesti korang tertanya-tanya kursus apa ni?


Meh saya bagitau kursus ni tentang apa. Kursus tentang penampilan dan gaya yang kemas dan smart. Actually, mula-mula saya rasa kursus ni mengarut je. Tapi bila dah dengar penerangan dan praktikal yang membuatkan saya sedar, saya perlukan kursus ni sebab saya ni kantoi dalam memilih warna pakaian dan cara pemakaian yang sesuai dengan warna kulit saya.


Saya kena pilih naik ke atas pentas sebagai model percuma sebab next week saya nak kawin dah. So, semua orang pilih saya untuk tentukan warna jenis apa sesuai dengan warna kulit saya. Kata penceramah tu warna yang sesuai dengan warna kulit saya adalah warna 'warm'. Baru saya tahu. Hehehe.


Cara pemilihan pakaian termasuk baju, suit, seluar, tali pinggang, kasut, stoking dan so on. Kita rasa perkara tu tak penting sebab kita anggap perkara ni perkara yang dah biasa buat setiap hari. Tapi kita tak perasan amalan yang kita buat selama ini tak betul. Penceramah ni merupakan seorang 'image consultant'. Memang terbaik. Hehehe.


Dapat gak serba sikit tentang pemilihan pakaian dan penjagaan diri yaqng betul. Alhamdulillah. Dapat ilmu baru.


Terima kasih Encik Hafiz Mustapha. Kalau korang nak ke facebook dia, korang boleh cari guna 'CuteCarry' kat kotak search facebook korang. 


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, February 29, 2012

"SAYA DI PENJARA KAJANG?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang ni saya berada di Jabatan Penjara Malaysia Kajang. Bukan saya dipenjarakan tapi saya ada taklimat mengenai aset alih kerajaan. Hehehe.


Ini pertama kali saya masuk kawasan penjara Kajang. Besar gak dan berbukit-bukit. Penat Kenari saya mengaum-aum sebab kena naik bukit. Biasalah kereta Kenari saya ni 1,000 cc je. Hehehe.


Taklimat ni melibatkan 3 agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.


Nak sambung dengar taklimat. Korang tengah buat pe tu?


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka