Petang semalam saya balik kerja, saya singgah ke Pekan Bagan Datoh sekejap sebab fikir nak beli something untuk dimakan malam nanti. So, settle hantar kunci ke Balai Polis Bagan Datoh, terus saya drive ke Pekan Bagan Datoh. Masa nak sampai ke kedai runcit yang selalu saya beli barang tu, saya ternampak 3,4 orang budak-budak tengah kayuh basikal di tengah-tengah jalan. Saya pun follow je belakang dorang.
Disebabkan kawasan depan kedai runcit tu penuh, saya ingat nak buat pusingan U di belakang kedai dan cari tempat untuk parking lain. Tiba-tiba salah seorang budak yang kayuh basikal tadi 'willy' basikal dia. Terkejut gak saya. Untuk pengetahuan korang, 'Willy' tu adalah perbuatan mengangkat tayar depan ke atas dan bergerak ke depan dengan satu tayar saja iaitu tayar belakang.
Saya pun cepat-cepat potong dorang sebab kalau tiba-tiba budak tu jatuh, sudah semestinya saya akan langgar dia sebab tak sempat nak break. Pastu, terus saya balik rumah sebab dah hilang mood nak pergi kedai runcit dah.
Kalau sekarang budak-budak tu dah mampu dan berani 'Willy' dengan basikal, dah besar nanti macam mana ye?
p/s : Biasanya budak-budak ni terpengaruh dengan aksi-aksi di dalam movie. Dorang suka meniru dan nak sangat mencuba.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
sampai hilang mood nak g kedai ye..biase la budak2 skrg..
ReplyDeletedh besar nnt, dia lah mat rempit sejati tahap hati kering... hehheehe.... minta dijauhkan lah mereka dri perkara2 x bermoral cmtu....
ReplyDeleteentahlah nasz.....
ReplyDeletebudak2 zamn skrg dah terlebih pendedahan......
makin dilarang...makin menjadi....
perhatian ibu bapa kena lebih dlm hal nie.....
harap2 besar nanti diorg tak jadi mat rempit.
ReplyDeleteatau diorg xme'willy'kan moto atau kereta diorg..!
sygilah harta benda...willy ni boleh wat rosak bsikal n moto je...
psst..de ke org willy kereta..? hehehe
xpelu tnggu besar..bdak duablas tahun sebelah uma ne da willy pkai motor..pmpuan lak tu cuma masih sekitar uma jak..setaun dua g d jlan rya la tu..bhaya mang bhaya p kagum gak la tngok kberanian n skil dorang ne
ReplyDelete