Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, March 4, 2012

"LIFE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tengok Movie Hannah Montana The Movie tak? Saya dulu kerja di pawagan, so memang banyak lagi gak saya curi-curi masuk dan tengok movie ni. Movie ni memang santai dan simple je. Lagu dalam movie ni kebanyakkan lagu Miley Cyrus. Sudah semestinya kebanyakkan lagu dia sebab dia pelakon utama dalam movie ni. Hehehe.

Dalam entry ni bukan saya nak buat movie review tapi saya nak kongsi satu quote dalam movie ni yang saya setuju dan suka. Quote tu adalah :

"LIFE IS A CLIMB, BUT THE VIEW IS GREAT"

Bila dialih bahasanya:

"HIDUP ADALAH PENDAKIAN, TETAPI PERMANDANGAN ADALAH TERBAIK"

Betul kot traslationnya. Lebih kurang je maksudnya. Tapi korang perhatikan, "life is a climb",  kehidupan kita ni seperti satu pendakian. Ada masa pendakian kita tiada masalah dan senang. Ada masa pendakian kita penuh dengan masalah dan susah. Pendakian kita untuk sampai ke puncak penuh dengan susah senang dan pelbagai halangan kita hadapi untuk menakhluk puncak.

"But the view is great", tapi bila kita dah sampai ke puncak, permandangan adalah terbaik. Selepas kita mendaki dengan menempuh pelbagai halangan, bila sampai ke puncak, kita dihidangkan dengan permandangan yang indah dan menyamankan.

Ini cuma pendapat saya dan saya sangat suka quote ni. Pendapat korang plak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. suke gak.. leh simpan ayat nie.. leh jadikan motivasi

    ReplyDelete
  2. betol... mcm lagu die.. THE CLIMB

    ReplyDelete
  3. terus mendaki ke puncak.....
    akan dirempuh halangan dan ranjau....
    semoga pemandangan clear didepan mata....

    ReplyDelete