Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label gaduh. Show all posts
Showing posts with label gaduh. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

CINA BUTA + PENDAPATAN RIBUAN RINGGIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi saya baca berita di muka depan surat khabar Metro berkenaan kerja menjadi cina buta boleh dapat pendapatan ribuan ringgit. Saya pun tertanya gak apa tu cina buta dan macam mana boleh dapat pendapatan ribuan ringgit. Saya terbayang seorang orang cina yang buta masa tu. Tak ada niat nak hina tapi cuma itu yang terlintas di otak bila baca tajuk tu.


Saya pun selak ke muka surat yang memaparkan berita penuh tentang cina buta tu. Rupanya berita tentang pak sanggup yang sanggup kahwin seorang perempuan selama sebulan dan ceraikan perempuan tu untuk dia bersama bekas suaminya semula. Mesti korang tertanya kenapa ada permintaan untuk kerja macam ni? Semua sebab sikap tak boleh sabar suami. Bila bergaduh dengan isteri, dalam keadaan marah, suami lafaz talak 3. So, sudah semestinya jatuh talak 3. Untuk bersama kembali, kena biar bekas isteri kahwin dengan lelaki lain. Pas bekas isteri bercerai dengan suami baru dia, baru boleh bekas suami kahwin balik dengan bekas isteri.


So, untuk para suami semua, kalau bergaduh, janganlah terlepas cakap talak-talak ni, terlepas cakap, tak boleh patah balik dah. Bertolak ansurlah dalam kehidupan rumah tangga.


p/s : Kalau tak ada langsung gaduh-gaduh dalam kehidupan, memang tak mungkin. Gaduh tu kadang-kadang dapat eratkan lagi tali kasih sayang antara isteri dan suami.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, March 19, 2012

"NASIB BAIK AYAM CUKUP"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas late dinner dengan wife di KFC ICT Shah Alam. Alhamdulillah, ayam mencukupi.


Dilaporkan juga tiada berlakunya sebarang perbalahan akibat keticukupan ayam goreng. Faktor yang menyebabkan tiada berlakunya perbalahan akibat ketidakcukupan ayam adalah sudah semestinya ayam goreng mencukupi dan pelanggan yang tidak ramai sangat.


Oleh itu, selesai sudah laporan saya berkenaan tajuk di atas.


p/s : Gurau je. Jangan marah ye? Alang-alang dah sampai ICT Shah Alam ni, terus menjenguk KFC yang kontroversi kat sini. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, February 8, 2012

"DISEBABKAN AYAM GORENG...GADUH"



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah beronline di Facebook, terjumpa video kat atas ni. Korang tengoklah dulu.

Kita di Malaysia ni, terlalu banyak dan macam-macam jenis makanan yang ada. Tak macam kat Somalia dan Negara-Negara yang selalu kekurangan makanan serta hidup kebuluran, kita boleh dikatakan bertuah.

Bila tengok video kat atas tu, saya perasan customer to ada maki hamun dalam bahasa cina tapi saya tak berapa faham. Saya pernah bekerja di front line macam ni, saya faham customer nak service yang cepat dan bagus. Tapi, customer kena faham yang mengserve dorang pun manusia macam dorang. Boleh tengok ramai tengah beratur kan?

Saya ada pengalaman pernah dimaki hamun oleh customer dengan pelbagai perkataan kesat. Banyak kali gak. Tapi saya belajar tahan sabar. Actually, memang susah nak bersabar bila kita berhadapan dengan customer yang mulut jenis nak maki hamun je. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya. Daripada situ, saya dapat satu pengalaman berharga.

Pada pendapat saya, dalam video tu, kedua-dua pihak salah, customer tak sepatutnya maki hamun pekerja KFC tu walaupun perut tengah lapar sesangat sekalipun. Kalau rasa lambat sangat, just pergi kedai makan lain. Saya rasa dekat i City tu mesti banyak kedai makan lain. Pergi je makan kat kedai lain.

Pekerja KFC tu pun tak perlu dekat situ gak nak hentak customer tu. Jaga imej syarikat yang menggaji kita. Mungkin lebih baik belajar bersabar. Diam tak semestinya kita pengecut. Diam tu kadang-kadang lebih baik lagi. 

Ini cuma pendapat saya je. Apa pendapat korang plak?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 8, 2012

"ADA COUPLE TAK PERNAH GADUH DALAM DUNIA NI KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang jumpa couple yang tak pernah gaduh selama korang hidup? Tak pernah sekali pun dorang gaduh tak kiralah disebabkan oleh benda kecik sekeciknya sampai sebesar besarnya? Saya tak pernah plak jumpa couple macam ni. Kalau ada, baguslah. Semoga dorang bahagia. Hehehe.

Setiap couple mesti pernah bergaduh walaupun gaduh-gaduh manja katakan. Lelaki dan perempuan ni cara berfikir tak sama. Apa yang lelaki fikir walaupun si perempuan tahu tapi dorang tetap akan berfikir cara orang perempuan berfikir. Biasalah. Manusia kan?

Bergaduh ni kalau berjaya diselesaikan akan merapatkan lagi hubungan dorang. Tapi, kalau bergaduh yang boleh bawa mudarat, baik dielakkan atau salah seorang kena la mengalah. Kalau dua-dua tak nak mengalah, sampai bila pun dorang akan bergaduh. So, rugilah sebab mungkin ada berlaku sikit salah faham tapi disebabkan kedua-dua ego dan tak nak mengalah, perkara tak settle la jadinya.

Teringat lagu Arwah P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul masa dia nyanyi dekat Saloma di kandang kuda.

"Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Dan Isteri"

Saya cuma teringat line kat tu je. Sori. Hehehe. Tapi line kat atas ni la yang saya sebenar-benarnya nak highlight.

Ini cuma pendapat saya je. Kalau tak puas hati, sila bangkang di ruang komen kat bawah ye? Silakan. Hehehe.

p/s : Berdebar menanti saat penting dalam bulan Mac 2012 ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, October 21, 2011

"GADUH BEREBUT PAKWE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru tengok satu video kat FB berkenaan dua orang perempuan bergaduh di kedai kasut. Sebab gaduh adalah merebut seorang lelaki. Rasa nak tergelak tengok video tu. Korang nak tengok video tu tak? Video ni berdurasi lebih kurang 2 minit je. Tapi ada aksi-aksi tampar menampar dan maki memaki. Korang nak tengok, tekan link kat bawah.


Korang dah tengok? Itu belum kawin lagi. Dah berebut seorang lelaki. Tengah fikir gak la. Bagus sangat kot lelaki tu. Tak faham betul dengan perempuan yang bergaduh dalam video clip ni.

Korang yang perempuan, tolong jangan jadi macam ni. Tak perlu nak berebut sebab Allah dah tetapkan jodoh kita masing-masing.

p/s : Inilah akibatnya terlalu cuba meniru budaya Barat. Peringatan untuk diri sendiri gak.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 6, 2011

"KENAPA NAK UNGKIT APA YANG SAYA CAPAI?"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!



Baru-baru saya gaduh dengan adik saya. Biasalah. Adik beradik gaduh. Tapi yang menyakitkan hati saya, tiap kali gaduh mesti dia akan cakap:

"Takpelah. Orang tu dah kerja kerajaan"

"Bos la katakan"

"Budak pandai la katakan"

"Kerja pegawai kerajaan bolehlah cakap macam tu"

Saya dah explain banyak kali. Apa yang saya capai ini pun saya mula dari bawah. Saya bukan graduate je terus dapat kerja ni. Saya pun mula dari bawah. Dari kerja kilang, contact centre dan cinemas. Kemudian, dapat rezeki jadi penjawat awam.

Walaupun dah explain tapi bila gaduh, masih nak ungkit lagi. Kenapa? Sebab saya dapat, dia tak dapat? Lepas tu, dia nak saya buat apa? Resign? Bagi dia jawatan ni?

Macam saya kata tadi, saya mula dari bawah. Perlahan-lahan dan akhirnya rezeki Allah saya dapat jawatan ni. So, daripada tanam sifat dengki pada saya, baik usaha. Saya sentiasa bagi info berkenaan kerja kosong kerajaan tapi dia bukan nak betul-betul apply pun. Tak ada benda datang tanpa usaha. Nak mencuri pun kena ada usaha.

Sekarang, kalau nak cakap apa, cakap la. Saya dah tak kisah. Malas nak explain sebab explain pun tak guna. Bukan nak faham. Sedih bila adik sendiri cakap macam tu kat saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka