KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, January 25, 2012

"ADUHAI... KESIANNYA KAT KENARI SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas buat repot polis. Kenari saya telah dilanggar dari belakang. Ceritanya begini, saya berhentikan kereta kenari saya di satu traffic light dekat Hutan Melintang, Perak dalam perjalanan ke Klang, Selangor. Tiba-tiba kereta kenari saya bergegar dan terus bergerak ke depan dan terus langgar kereta di depan saya - Kereta Proton Wira Warna Putih. Saya terkejut masa tu. Rupa-rupanya kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta MyVi warna hitam. Bila saya pergi tanya owner kereta MyVi apa yang terjadi, dia bagitau yang kereta diapun dihentam dari belakang dengan sebuah kereta Persona warna ungu. Kereta Persona lepas hentam kereta MyVi, terus terpelanting ke lorong bertentangan. Boleh dijangka betapa lajunya dia bawa.

Bumper belakang kereta MyVi tu memang hancur terus Dan bumper depan MyVi tu pun kemik teruk. Kereta Kenari saya pula, bumper belakang pecah, pintu belakang kemik Dan bumper depan pecah. Nasib baik emak Dan tunang saya selamat. Risau gak saya. Kereta Kenari saya Alhamdulillah masih boleh didrive lagi. Risau effect enjin je. Sebab enjin penting.

Selamat dah buat repot polis dah. Cuma saya rasa tak puas hati dan kecewa dengan polis yang ambil repot saya tu. Nanti saya cerita dalam next entry saya ye? Entry ni dah terpanjang sangat dah. Huhuhu.

p/s : Masa kena langgar belakang tadi, terkenang pengalaman saya kena langgar belakang baru Lesen Motor L dulu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. sudah tiba masa kenari tersebut ditukar dengan caldina

    ReplyDelete
  2. berhati2 nasz.....
    drive carefully....
    awk tu darah manis.....
    take care your mom n buathati too....

    ReplyDelete
  3. boleh la kuar keta baru sblum kawen ni...hehehe

    ReplyDelete