KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, January 8, 2012

"ADA COUPLE TAK PERNAH GADUH DALAM DUNIA NI KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang jumpa couple yang tak pernah gaduh selama korang hidup? Tak pernah sekali pun dorang gaduh tak kiralah disebabkan oleh benda kecik sekeciknya sampai sebesar besarnya? Saya tak pernah plak jumpa couple macam ni. Kalau ada, baguslah. Semoga dorang bahagia. Hehehe.

Setiap couple mesti pernah bergaduh walaupun gaduh-gaduh manja katakan. Lelaki dan perempuan ni cara berfikir tak sama. Apa yang lelaki fikir walaupun si perempuan tahu tapi dorang tetap akan berfikir cara orang perempuan berfikir. Biasalah. Manusia kan?

Bergaduh ni kalau berjaya diselesaikan akan merapatkan lagi hubungan dorang. Tapi, kalau bergaduh yang boleh bawa mudarat, baik dielakkan atau salah seorang kena la mengalah. Kalau dua-dua tak nak mengalah, sampai bila pun dorang akan bergaduh. So, rugilah sebab mungkin ada berlaku sikit salah faham tapi disebabkan kedua-dua ego dan tak nak mengalah, perkara tak settle la jadinya.

Teringat lagu Arwah P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul masa dia nyanyi dekat Saloma di kandang kuda.

"Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Dan Isteri"

Saya cuma teringat line kat tu je. Sori. Hehehe. Tapi line kat atas ni la yang saya sebenar-benarnya nak highlight.

Ini cuma pendapat saya je. Kalau tak puas hati, sila bangkang di ruang komen kat bawah ye? Silakan. Hehehe.

p/s : Berdebar menanti saat penting dalam bulan Mac 2012 ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. gaduh ngan tunag ke ni tuan hamba?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, abang nas nak kawen 2 bulan lagi. amboi gaduh manja2 dengan tunang nampak....hehehehe

    ReplyDelete
  3. rasenye smua couple pernh bergaduh..

    cuma besar atau kecik je huhu..

    ReplyDelete
  4. couple xpernah gado...ada2....kucing bercouple..hahah

    ReplyDelete
  5. takde couple kot yg tak pernah gaduh..hee~~

    ReplyDelete
  6. boring sangat tuh kalau x bergaduh..
    hehhe..

    kdg gaduh leh eratkan hbgn..
    tapi haruslah ada give n take,,

    selalu gaduh pun parah jugak ..
    hehe

    ReplyDelete
  7. tak best la tak gado .......sebab masa gado tu leh nampak perangai sebenar ekceli..nak nak tym marah...hehe

    ReplyDelete
  8. nak jumpa camtu mungkin satu dalam seribu.....

    ReplyDelete