Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label KenariKu. Show all posts
Showing posts with label KenariKu. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

"ADUHAI... KESIANNYA KAT KENARI SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas buat repot polis. Kenari saya telah dilanggar dari belakang. Ceritanya begini, saya berhentikan kereta kenari saya di satu traffic light dekat Hutan Melintang, Perak dalam perjalanan ke Klang, Selangor. Tiba-tiba kereta kenari saya bergegar dan terus bergerak ke depan dan terus langgar kereta di depan saya - Kereta Proton Wira Warna Putih. Saya terkejut masa tu. Rupa-rupanya kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta MyVi warna hitam. Bila saya pergi tanya owner kereta MyVi apa yang terjadi, dia bagitau yang kereta diapun dihentam dari belakang dengan sebuah kereta Persona warna ungu. Kereta Persona lepas hentam kereta MyVi, terus terpelanting ke lorong bertentangan. Boleh dijangka betapa lajunya dia bawa.

Bumper belakang kereta MyVi tu memang hancur terus Dan bumper depan MyVi tu pun kemik teruk. Kereta Kenari saya pula, bumper belakang pecah, pintu belakang kemik Dan bumper depan pecah. Nasib baik emak Dan tunang saya selamat. Risau gak saya. Kereta Kenari saya Alhamdulillah masih boleh didrive lagi. Risau effect enjin je. Sebab enjin penting.

Selamat dah buat repot polis dah. Cuma saya rasa tak puas hati dan kecewa dengan polis yang ambil repot saya tu. Nanti saya cerita dalam next entry saya ye? Entry ni dah terpanjang sangat dah. Huhuhu.

p/s : Masa kena langgar belakang tadi, terkenang pengalaman saya kena langgar belakang baru Lesen Motor L dulu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 22, 2010

KENARIKU EKSIDEN!!!

Salam sejahtera semua...

Aku sedih sangat. (tengah sedih nie...kot?).  Bumper depan dengan signal kecik kiri kanan kanan kat depan kenari kesayangan aku pecah.  Bumper kereta sape ntah jatuh atas tengah jalan tengah malam Rabu (Hari raya haji hari tue la).  Dah la tengah hujan, aku pun drive kenariku mengikut kelajuan yang ditetapkan bila drive dalam hujan (faham2 je...ikut kitab aku la..haha).  Tiba-tiba muncul sebuah bumper belakang kereta si bongok mana ntah kat tengah jalan.  Nak mengelak, confirm aku terbabas sebab jalan licin.  Nak tak nak aku redah je la.  Habis bumper depan aku retak skit (skit pun duit woo..).  Nasib baik tak pancit je tayar aku...

Nak kena buat belanjawan baru la nampaknya untuk overhaul enjin dengan barang-barang kenari aku.  Nak buat macam mana? Dah sayang..Hehe..

Kesian aku.  Sebarang bantuan atau derma bolehlah dihantar seperti alamat yang tertera di mana-mana saja. Hehehe...

Itu je...

Adios..
Sila Tekan Like Jika Suka