KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, January 13, 2012

"DALAM RUMAH PUN TAK SELAMAT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Muka surat depan surat khabar Kosmo! hari ni tentang rumah Wardina disamun oleh perompak. Alhamdulillah tak ada kejadian buruk terjadi kepada Wardina sekeluarga. Tapi, saya rasa Wardina akan mengalami trauma disebabkan kes macam ni.


Ini cuma salah satu kes samun yang disiarkan dalam surat khabar. Kita perasan sebab ia melibatkan selebriti terkenal. Cuba yang kena samun tu orang biasa je. Korang rasa korang akan perasan tak? Ya, korang perasan masa baca surat khabar (kalau surat khabar tulis). Lepas beberapa jam, mesti terlupa kan? Sama la dengan saya ni.


Sekarang ni nak berada dalam rumah sendiri pun tak selamat. Sampaikan rumah kita tu kita buat macam penjara. Mana taknya, kita kena pasang jerangkap besi di tingkap dan pintu. Pastu dikunci. Macam kita kunci dalam penjara sendiri. Itupun belum tentu selamat.


Kita tengok rumah orang dulu-dulu. Rumah papan je. Semua dibuat dari papan. Pintu dan tingkap takde pulak jerangkap besi berkunci macam sekarang. Dulu kurang pulak orang nak pecah masuk dan samun rumah orang. Mungkin tak mencabar macam sekarang kot? Andaian je.


Korang rasa kenapa sekarang ni makin banyak kes pecah rumah dan samun berlaku? Cuba kongsi pendapat korang. Tak rugi pun. Kan?


p/s : Kalau rasa tak selamat di rumah sendiri, macam mana hati nak tenang dan tidur nak lena kan?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. kurangnya didikan yg betol...tu ramai manusia yg terjebak dgn perkara jahat

    ReplyDelete
  2. salam..hmm entahlah.. kadang2 susah nak faham perangai dan sikap segelintir orang yang suka samun / rompak ni.. Just satu je nak pesan, jangan sampai ahli keluarga sendiri yang kena nanti. Masa tu baru nak menyesal dah tak guna.

    ReplyDelete
  3. betul ckp kancil.... keadaan sekarang membuatkan manusia terdesak pelbagai cara utk mendapatkan wang..
    kite masih tidak selamat walaupun berada dlm rumah sendiri...
    so berhati2 kepada semua dan sentiasa berwaspada....

    ReplyDelete
  4. tak reti nak bersyukur..datang sini nak cari kerja elok2..malam hari buat hal..

    ReplyDelete
  5. betul2..rumah sekali tengok memang dah macam penjara..tapi kalau tak pasang grill tu semua, mungkin lagi tinggi kebarangkalian kena pecah rumah...

    semoga kita berada di bawah lindungan Tuhan.

    ReplyDelete
  6. Faktor kebanjiran warga asing ke negara kita mngkin slh satu sbb..huhu

    ReplyDelete