KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, January 6, 2012

"LELAKI PAKAI BAJU WARNA PINK.....EWWW....."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tengok orang lelaki pakai baju pink tak? Kalau pernah, apa korang rasa masa tengok lelaki baju pink tu? Korang bleh jawab kat ruang komen kat bawah ye? Hehehe.

Kenapa bila lelaki pakai baju pink, sesetengah orang akan ter"ewww....."? Ini pendapat saya je. Saya rasa sebab kita dah set di otak kita yang warna pink ni selalu orang perempuan je yang pakai. Bila orang lelaki yang pakai, lelaki tu boleh diklasifikasikan lelaki "lembut". Padahal, pink itu cuma satu warna dari banyak-banyak warna dalam kitaran warna yang ada.

Tapi ada gak perempuan yang tak suka warna pink. Ada gak perempuan yang sangat suka warna pink. Tunang saya suka sangat warna pink. Hehehe. Pink ni warnanya menarik perhatian. Sesetengah perempuan biasanya di Korea, bila dorang pakai warna pink dengan buat-buat muka comel dorang, dorang akan disukai sebab dorang kelihatan comel.

Lelaki langsung tak boleh pakai warna pink ke? Boleh aja. Tak kisah pun nak pakai warna apa pun. Asalkan korang bahagia. Cuma pemikiran masyarakat kita sekarang dah disetkan yang warna pink biasanya dipakai oleh orang perempuan. Bila orang lelaki pakai, akan terberlakulah "terkejutan warna". Hehehe.

Cuma pendapat je. Kalau korang tak setuju, sila bangkang di ruang komen. Hehehe.

p/s : Tema Majlis Kahwin Sebelah Perempuan Pink+Putih. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

22 comments:

  1. sekarang ni tak kisah color pe pun, pink sweet pe, akak pernah time ry tema pink, ank n hb kena pakai bj melayu pink, ok jer..hehehe

    ReplyDelete
  2. ara suka laki kai bju wrna pink.. pkwe ara pown pnh kai bju wrna pink.. :)

    ReplyDelete
  3. ade je tengak org laki pakai bju pink...

    nampk jambu jer... hehe.. tapi lelaki berkulit putih n berbibir merah sesuai la pkai bju warne pink.. klo laki nampk gans2 memang x sesuai la.. haha

    ReplyDelete
  4. my hubby ok je dgn pink, cuma not plain pink hehehehe,

    ReplyDelete
  5. lelaki pakai pink sebenarnya adalah seorang yg berani. yg pnting dia maintain la kejantanan nya. jgn pakai pink tp lembut lentok ngalahkan pmpuan. yg tu mmg "ewwwww" huhu..

    ReplyDelete
  6. wahhh, i love dis topic :D

    honestly, i LOVE PINK ok!!

    serious, lyana memg bnyk baju warna pink n lyana memg suka lelaki pakai baju warna pink, kiranya boleh berhenti bt kerja sebab nak tgok diaorg jewp, huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. bg sy ok je..xde hal pun kalau lelaki pakai baju pink..ok je...:)

    ReplyDelete
  8. hari ni bos akak @ lelaki pakai t shirt kaler pink ada jalur jalur kecik warna putih , biru

    ReplyDelete
  9. menurut ustaz azhar idrus, lelaki tidak digalakkan pakai warna pink sebab itu merupakan warna 'perempuan'.

    tengok sini http://www.youtube.com/watch?v=sc8Pbfms0U8

    :)

    ReplyDelete
  10. ok je laki pakai pink..hehe..


    eh²..bila majlisnye ni..

    ReplyDelete
  11. hubby ok jer dgn pink...dan dia mmg selamber pakai pink and nampak comel... tp my son allergic dgn pink...apa saja yg warna pink, tolong jauhkan dari dia... walaupun air sirap bandung.. x tahu kenapa...

    ReplyDelete
  12. nad suka pink...tapi en.boyfie tak suka..:)

    http://www.nornadiah.com/2012/01/makan-coklat.html

    ReplyDelete
  13. ya...saya adalah antara pompuan yg x suka kaler pink...i mean, baju kaler pink...

    setakat brg2 kecil boleh trima hakikat lagi jika ia berwarna pink..

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/drama-yang-realiti.html

    ReplyDelete
  14. aku pernah la pi kaunseling dan dalam kaunseling 2 di uji bbrpa warna... aura yang paling rapat dgn diri aku is pink...
    dan kaunselor 2 pon ckp warna pink ni mmg warna untuk lelaki, dan tidak pula bukan untuk perempuan...(ayat pusing sikit)

    ReplyDelete
  15. kalau pink die terlalu menyerlahh, memang EUWWWW! xD

    ReplyDelete
  16. ok pe laki pakai baju warna pink..haha

    *tak tau nak komen sebab aku tak penah pakai dan tak terniat pun nak pakai :)

    ReplyDelete
  17. tidaklah hamba berapa suka dengan memakai warna pink..hanya sekadar suka utk menengok dek kelembutan warnanya...

    tapi bagi hamba..lelaki yang memakai warna pink itu adalah berani kerana berjaya meyakinkan diri tentang warna itu utk semua..bukan perempuan sahaja

    ReplyDelete
  18. kenduri kat bagan datok boleh la jemput m daud kilau nanti

    ReplyDelete
  19. menurut kajian, lelaki yang memakai baju berwarna pink akan menurunkan hormon testosteron lelaki....

    ReplyDelete
  20. tak salah lelaki pakai baju pink....
    yg penting pembawakan diri.....

    cuma mentaliti masyarakat jer yg selalu fikir benda lain.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. first date dgn pakwe i ...sama2 pakai baju pink (tak berjanji pun..)...memang rasa lain je...tapi sweet hahaha

      Delete
  21. first date dgn pakwe, i memanglah pakai baju pink...dan tak sangka dia pun pakai t-shirt pink...terkedu jugak...tapi sweet apa....hahahahahhaha

    ReplyDelete