Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

"ADUHAI... KESIANNYA KAT KENARI SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas buat repot polis. Kenari saya telah dilanggar dari belakang. Ceritanya begini, saya berhentikan kereta kenari saya di satu traffic light dekat Hutan Melintang, Perak dalam perjalanan ke Klang, Selangor. Tiba-tiba kereta kenari saya bergegar dan terus bergerak ke depan dan terus langgar kereta di depan saya - Kereta Proton Wira Warna Putih. Saya terkejut masa tu. Rupa-rupanya kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta MyVi warna hitam. Bila saya pergi tanya owner kereta MyVi apa yang terjadi, dia bagitau yang kereta diapun dihentam dari belakang dengan sebuah kereta Persona warna ungu. Kereta Persona lepas hentam kereta MyVi, terus terpelanting ke lorong bertentangan. Boleh dijangka betapa lajunya dia bawa.

Bumper belakang kereta MyVi tu memang hancur terus Dan bumper depan MyVi tu pun kemik teruk. Kereta Kenari saya pula, bumper belakang pecah, pintu belakang kemik Dan bumper depan pecah. Nasib baik emak Dan tunang saya selamat. Risau gak saya. Kereta Kenari saya Alhamdulillah masih boleh didrive lagi. Risau effect enjin je. Sebab enjin penting.

Selamat dah buat repot polis dah. Cuma saya rasa tak puas hati dan kecewa dengan polis yang ambil repot saya tu. Nanti saya cerita dalam next entry saya ye? Entry ni dah terpanjang sangat dah. Huhuhu.

p/s : Masa kena langgar belakang tadi, terkenang pengalaman saya kena langgar belakang baru Lesen Motor L dulu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, January 11, 2012

"MUSIM EKSIDEN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang ni saya perhatikan makin banyak kes eksiden di jalan raya ataupun di jalan kampung. Tak kiralah kes kecil or kes besar. Yang terpampang kat surat khabar tu bukan semua. Kalau setiap eksiden ditulis dalam surat khabar, confirm tak muat surat khabar tu untuk berita lain. Kan? Hehehe.


Tapi memang diakui eksiden sekarang makin banyak. Apa sebabnya ek? Antara sebabnya paling utama adalah sikap pemandu itu sendiri. Sikap pemandu yang kurang sabar dan ada gak pemandu yang mengantuk. Bila mengantuk, tak nak berhenti rehat sekejap (Samalah dengan orang yang menulis ni. Hehehe).


Keadaan kenderaan macam tayar, minyak hitam, air dan lain-lain kena gak jaga. Kadang-kadang minyak hitam dah lebih limit untuk tukar tapi tak tukar-tukar lagi. Air pun dah kering tapi tetap jalan kereta jauh-jauh. Tayar kereta pun antara penyebab eksiden. Angin tayar kereta yang kurang dan bunga tayar kereta yang dah botak. Ada gak tayar kereta dah bengkak tapi tak tukar tayar baru. Tayar yang bengkak senang pecah semasa kita drive. Boleh sebabkan eksiden. Ada banyak lagi tapi saya ulas yang common je dulu.


Kat TV pun banyak kempen-kempen keselamatan jalan raya tapi macam kurang effect. Tpi usaha berkempen ni patut dipuji.


Korang yang drive atau menunggang tu, berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.


p/s : Ada orang bawa motor terhuyung-hayang macam mabuk. Entah apa motif dia sebenarnya.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 21, 2011

"TALI PINGGANG PENYELAMAT NYAWA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru-baru ini, salah seorang rakan sekerja saya eksiden. Kereta dia memang teruk sangat-sangat. Enjin pun blow. Mengikut pengakuan dia, dia nak mengelak anjing yang melintas jalan tapi terbabas dan terlanggar tiang elektrik.


Keretanya memang hancur teruk tapi nasib baik dia selamat. Dia selamat sebab dia pakai tali pinggang tempat duduk. Alhamdulillah. Dia selamat dan langsung tiada luka. Tapi tempat tali pinggang tu agak sakit sikit sebab mungkin hentaman kereta dengan tiang elektrik tu dan tali pinggang tu menahan dari dia terpelanting keluar.


Cuba korang bayangkan kalau dia tak pakai tali pinggang pada masa tu? Nasihat saya, bila drive kereta, pakai la tali pinggang ye?


p/s : Dah macam iklan keselamatan jalan raya plak kan? Takpelah, asal dapat sedarkan rakan-rakan kita je.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 6, 2011

BILA RAMADHAN TIBA, KEMALANGAN PUN TIBA-TIBA BANYAK...

MENARIK:

WHAT A PERFECT WORLD IT WOULD BE IF WE DIDN'T HAVE TO WORRY ABOUT OUR PHONE CREDIT LIMIT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas tengok berita 1.30 di TV3. Kebanyakkan berita ialah berkenaan kemalangan je. Itu yang dilaporkan kemalangan jalan raya. Ada kemalangan lain seperti putus jari akibat bermain mercun. Sepatutnya bulan ramadhan ni kita akan lebih busy beribadat.

Setiap tahun saya tengok, bila bulan Ramadhan tiba, kemalangan pun bertambah tiba-tiba. Bukan nak menyalahkan bulan Ramadhan tapi yang patut yang disalahkan kita sendiri. Bila memandu, kita lebih suka memandu sambil lewa. Ini ingatan untuk diri saya sendiri gak. 

Tadi gak baru je tengok berita kemalangan kebakaran di rumah seorang warga emas di Melaka. Macam mana boleh terbakar? Kita pun tak tahu. Tapi masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup kan? Takpe, serahkan kepada polis untuk siasat.

Saya doakan korang semua dilindungi dan diperlihara oleh Allah. Semoga tiada apa yang buruk terjadi. Itu harapan saya.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka