Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label buka puasa. Show all posts
Showing posts with label buka puasa. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

"ALHAMDULILAH. SYUKUR"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi baru lepas berbuka di Ipoh Bistro. Alhamdulillah. Dapat peluang makan Ikan Bakar balut daun pisang. Makan taklah kenyang dan taklah lapar sangat. Sekadar cukup mengisi perut.

Syukur dengan nikmat Allah limpahkan. Sekejap solat terawih bersama-sama. Pastu, pemberian duit raya. Alhamdulillah.

Jom kita sama-sama bersyukur atas nikmat yang dilimpahkan oleh Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 21, 2011

ASYIK MAKAN...MAKAN...MAKAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejak balik kampung jumaat lepas, selepas buka puasa, saya kira nak makan je. Pelik betul. Padahal kat rumah sewa hari-hari saya buka puasa dengan kuih je. Pastu tak makan kecuali minum susu sebelum tidur.

Esok pagi kalau bangun sahur, minum susu lagi. Pastu, buka puasa nanti makan kuih lagi. Tapi kadang-kadang saya makan mee+keow teow goreng dengan ayam percik. Hehehe. Tapi kadang-kadang je.

Sekarang dah nak buka puasa. Adik saya pergi beli makanan kat pasar ramadhan. Emak saya dah siap masak lauk untuk sahur nanti. Korang nak tahu lauk apa? Lauknya ialah Rendang Ayam. Hehehe. Awal makan Rendang Ayam. Selalunya Pagi Hari Raya kami makan.

Alang-alang saya dah tulis entry ni, saya nak ucapkan selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan blogger. Makan biar berpada-pada. Jangan jadi macam saya yang makan tak henti-henti. Hahaha.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 13, 2011

"SAMBIL MANDI, MINUM AIR"


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tiba-tiba teringat lucu masa kecil-kecil dulu. Bukan sekarang k? Sekarang ni kalau tak puasa, tak tau la nak cakap pe. Dah besar pun tak reti nak puasa, mungkin sebab sakit kronik ataupun tak perasan sekarang ni bulan puasa. Hehehe.

Masa tu saya masih sekolah rendah. Saya duduk kampung dan sekolah pagi. So, balik sekolah waktu tengah hari la. Panas. Saya balik sekolah naik basikal.

Sampai rumah, badan letih campur kena kayuh tengah panas lagi, so mesti nak mandi kan? Rumah kampung mana ada air cond. Saya pun mandi dan sambil buat-buat tertelan air. Biasalah. Mandi air kolah. Hehe. Keluar bilik mandi, segar je muka saya. Hahaha.

Nakal kan saya kecil- kecil dulu? Ada sesiapa yang tak pernah nakal masa kecil dulu, angkat kening.

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka