MENARIK
YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Sambungan...
Selepas ditawarkan kerja sebagai Penolong Pengurus Wayang a.k.a Assistant Cinema Manager di Golden Screen Cinemas (GSC), pada waktu rehat, saya makan biskut Cream-O dan malam saya makan megi je. Sama gak. 2 hari sekali akan makan nasi dengan mata. Teruk kan saya ni?
Masa saya kerja di GSC Gurney Plaza sebelum dihantar kerja di GSC Dataran Pahlawan Melaka. Saya kerja di Melaka lebih kurang 9 bulan sebelum saya masuk kerja kerajaan sekarang. Masa kat Melaka, saya makan nasi sehari satu kali. Itu pun waktu malam. So, dari pagi sampai waktu nak makan tu saya tahan je perut saya. Saya selalu bajet masa tu sehari RM4 je untuk makan. So, saya beli nasi dan ayam goreng masa tu baru RM3.50. Ada satu kedai murah yang selalu saya pergi. Tapi kadang-kadang makan lebih RM4 gak. Hahaha.
Itu cerita dulu. Sekarang saya masih kedekut kat diri sendiri gak. Hehehe. Actually, sebelum gaji saya terima, saya dah ada buat format bajet bulanan saya. Berapa banyak bil dan ansuran nak kena bayar, duit minyak, simpanan emas dan belanja harian. Saya memang detail dan cuba sedaya upaya control perbelanjaan harian saya. Sebab suatu ketika dulu saya memang boros. Kantoi sudah. Hehehe.
So, saya rasa sekarang saya lebih kepada cuba menguruskan kewangan saya dengan baik. Kalau korang nak format dia, bagitau. Saya buat dalam bentuk Microsoft Excel je.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
