KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, January 28, 2013

PENGORBANAN SEORANG IBU ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu ke pengorbanan ibu korang? Korang pernah rasa? Tahu dan rasa itu tak sama. Seperti pepatah dulu-dulu,

"Berat Mata Melihat, Berat Lagi Bahu Memikul"

Saya pun tak pernah rasa tapi bila dah naik pangkat menjadi seorang ayah ini, ada terkena tempiasnya sikit. So, rasa juga sikit.

Kalau nak dihitung pengorbanan seorang ibu ini, memang takkan terbalas jasanya. Ibu mengandungkan kita. Semasa mengandung, pelbagai pantang larang kena ikut sebab nak pastikan kita selamat lahir ke dunia ini dan sihat. Selepas itu, bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Kemudian, jaga kita selepas lahir. Itu tak termasuk kena jaga diri sendiri selepas bersalin.

Setiap malam ibu kita kena bangun untuk menyusukan kita. Bila kita menangis dan merengek tengah-tengah pagi, ibu kita itulah yang bangun untuk dodoikan kita. Kalau kita berak, dengan mata mengantuk, dia cuci dan tukarkan pampers kita. Itu belum dikira bila kita tak nak tidur malam, yang pasti ibu kita yang kena pujuk dan jaga kita. Sampai tak tidur semalam dia untuk pujuk dan jaga kita.

Apa yang saya tuliskan itu untuk semasa kita masih bayi lagi tau? Selepas itu saya rasa korang pun boleh huraikan. Cuba bayangkan, kalau kita ingat memori semasa kita masih bayi dulu, mesti takkan berlaku anak buang ibu kan? Tapi perlu diingatkan, manusia ini mudah lupa. Hari ini dia ingat, esok mesti dia lupa. Sebab itulah kita kena sentiasa saling mengingati.

Seorang boleh jaga ramai anak, tapi tak semestinya ramai anak boleh jaga seorang ibu.

Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. setuju nasz.....
    pengorbanan ibu terlalu besar utk kita.... tidak ternilai dan tidak boleh diukur....

    ReplyDelete