KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, January 16, 2013

LISTEN LISTEN LISTEN


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini dah jadi fenomena ayat "Listen Listen Listen" dalam facebook. Disebabkan seorang Pemimpin Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dalam Forum Suara Mahasiswa yang bertajuk "Seiringkah Mahasiswa Dan Politik".

Korang yang belum tengok lagi video yang saya ambil dari Youtube di atas, diminta tengok dan nilai sendiri.

Saya tak menyokong mana-mana pihak tapi di sini saya cuma ingin luahkan pendapat saya. Cuma pendapat dari hati kecil saya. Sebagai seorang pemimpin, kena ada sifat sabar, merendah diri, berfikiran luas dan bijaksana serta lain-lain. 

Kenapa saya nyatakan dulu sifat seorang pemimpin yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin?

Apabila seseorang mahasiswa melontarkan pendapatnya mengenai tajuk yang diperbincangkan, pemimpin ini perlu dengar dan catatkan point-point yang penting. Apabila kita berada dalam satu perbincangan, ia bagaikan kita sedang sama-sama "Brainstorming" dan dalam perbincangan tiada yang betul dan tiada yang salah. Sebab itulah dipanggil perbincangan.

Seorang pemimpin akan tunggu seseorang itu selesai menyampaikan pendapatnya sebelum memberi maklum balas mengenai pendapat yang disampaikan. Cara memberi maklum pun kenalah berhemah dan bijaksana. Maklum balas yang boleh memberikan kesan positif kepada semua mahasiswa yang hadir.

Cuma dalam video di atas, saya rasa Puan Sharifah Zohra Jebeen terlalu mengikut perasaan. Dia memberi jawapan yang saya rasa tak matang dan lebih kepada menjatuhkan air muka Bawani dengan membuat contoh-contoh haiwan yang mengalami masalah. Pada masa yang sama, saya sangat tak setuju "mencantas" luahan pendapat Bawani. Dan rasanya tak perlu nak comparekan kelulusan diri sendiri dengan orang lain. Setinggi mana pun kelulusan kita, kalau Allah kata kita tak ada rezeki, tak berguna juga kelulusan setinggi langit.

Saya harap Puan Sharifah Zohra Jebeen dapat muhasabah diri dan renungkan semula apa yang telah dia lakukan. Wajar atau tidak wajar? Dan kepada kawan-kawan di luar sana, rasanya tak perlulah kita nak maki hamun dia. Lebih baik kita tegur dia secara elok dan baik. Islam tak ajar kita maki hamun tapi tegurlah secara baik.

Anyway, saya juga merupakan Mantan Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Seri Iskandar Perak Sesi 2007/2008 berharap isu ini boleh menjadi ikhtibar dan panduan kepada semua pemimpin dan bekas pemimpin mahasiswa di luar sana. Cakap menggunakan ilmu, bukannya emosi dan ego.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment: