Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, January 20, 2013

TIDUR KAMI DAH SEMAKIN 'HAPPENING'

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang Eisya dah pandai. Bila tengah malam atau pagi-pagi buta je, mata Eisya dah bulat dan terbuka luas. Mulalah nak merengek dan didodoikan. Yang kena dodoikan sudah semestinya ibu dan bapa Eisya iaitu saya dan wife saya la.

Inilah yang ibu dan bapa kita rasa dulu masa kita sebesar Eisya. Mungkin lebih teruk lagi. Kesian kat ibu dan bapa kita dulu. Tapi yang lebih kesian bila anak yang kita bela dan tak tidur malam untuk jaga dia lupakan kita. Anak kita itu lupa tentang apa jasa seorang dan ibu dan seorang bapa.

Tapi, yang pasti Allah Maha Adil, Allah akan berikan balasan yang setimpal di atas setiap perbuatan. Bila? Hanya Allah saja yang tahu.

Tapi, walau penat macam mana pun, bila tengok Eisya senyum kat kami, terasa hilang rasa penat tu. Eisya merupakan anugerah dan saya bersyukur sebab dapat Eisya.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment