KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, January 10, 2013

MASIH TAK PERCAYA ... I AM A DADDY!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sebenarnya masih lagi rasa tak percaya yang saya telah menjadi seorang AYAH. Bila terkenangkan balik sejak saat sebelum kahwin, semasa kahwin dan selepas kahwin, masa berlalu begitu pantas sekali. Pejam celik pejam celik, saya dah ada tanggungjawab baru ... Eisya.

Betul kata orang, hari ini akan jadi sejarah keesokan harinya. Dan yang pasti, kita takkan tahu apa akan berlaku keesokannya. Tapi, kita perlu terus menuju ke hadapan tapi jangan lupa menoleh ke belakang sekali sekala, sebab apa yang kita lihat di belakang itulah yang menjadikan diri kita hari ini.

Saya berharap saya masih dikurniakan nyawa oleh Allah untuk berada di sisi Isteri saya untuk melihat Eisya membesar. Amiiiinnnn.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments: