Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, January 18, 2013

SIAPA JUARA MLM MALAM INI?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Malam ini adalah malam terakhir yang menentukan siapakah Maharaja Lawak Mega 2012. Malam ini akan berlangsung di Johor Bahru dan beruntunglah orang Johor Bahru sebab boleh tengok final Maharaja Lawak Mega 2012 ini di tempat sendiri. Tetapi, pada sesiapa yang betul-betul fanatik dengan program ini, sudah semestinya sanggup bergegas ke Johor Bahru sebab nak dapatkan tiket pada pagi tadi.

Tinggal 5 Finalist yang akan berentap dan menggamatkan suasana malam ini. Finalist-finalist tersebut ialah :

SHIRO

BOBOI

SAYWHO

JOZAN

JAMBU

Semua pasukan ini adalah masa best dan ada masa agak tak best. Mungkin sebab kekurangan idea untuk melawak. Lagi satu, tentang kumpulan Jozan yang Johan tidak dapat beraksi dalam kedua-dua minggu yang lepas dan meninggalkan Zizan terkontang-kanting menghiburkan peminat, adakah minggu terakhir ini Johan akan turun untuk beraksi? Sama-sama kita saksikan.

Kumpulan Shiro walaupun masih baru dalam program ini tapi mampu sampai ke Final. Memang Memberansangkan. Tapi, ada masa lawak mereka best dan ada masa lawak mereka kurang best. Walaupun begitu, saya nampak ada sinar bintang pada mereka ini. Hehehe.

Kumpulan Saywho adalah satu-satunya kumpulan lawak dari Indonesia yang mampu bertahan sehingga ke final. Lagipun, saya perhatikan kumpulan ini, mereka nampaknya sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa yang berlaku dalam Malaysia untuk menarik minat penonton Malaysia.

Kumpulan Boboi yang terdiri daripada otai-otai dan Nabil pun mempunyai keunikan sendiri. Cuma persembahan mereka minggu-minggu sebelum ini agak bosan bagi saya. Saya tak kurang nak gelak. Tapi, minggu lepas mereka dah mula menyengat semula. Minggu ini? Kita tengok malam ini.

Kumpulan Jozan memang sangat dikenali. Johan dan Zizan merupakan pengacara untuk program Raja Lawak. Setiap satu daripada mereka ada keunikan masing-masing. Apabila salah seorang tiada, hilang sikit keunikan tersebut dan seperti kita tengok kedua-dua minggu lepas, persembahan Zizan agak hambar tanpa kehadiran Johan. Minggu ini Johan akan beraksi atau tidak? Kita tengoklah nanti.

Kumpulan Jambu memang saya peraasan lawak yang mereka persembahkan lebih kepada spontan. Saya suka juga kumpulan ini sebab 'punch line' mereka memang tak disangka. Mereka cuma berdiri di situ dengan muka lawak pun saya dah tergelak. Malam ini boleh ke mereka kekalkan persembahan seperti minggu-minggu yang lepas? Kita tengok nantilah ye.

Anyway, saya rasa banyak kemungkinan akan berlalu pada malam ini. Walaupun Jozan berada di tangga teratas, tak mustahil akan ada kumpulan lain yang akan jatuhkan mereka. Saya pun tak pasti siapa akan jadi juara Maharaja Lawak Mega 2012. 

Korang rasa siapa akan menang?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment