KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, January 7, 2013

TAK ADA AIR... KESIAN EISYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejak semalam air tiada di Klang, Selangor ini. Terpaksalah Eisya mandi air sejuk berbanding sebelum ini Eisya mandi air suam. Masa mandi air suam pun dah menangis teresak-esak, inikan pula air sejuk. Lagi kuat nangisnya.

Saya baca berita banyak juga tempat di Selangor yang mengalami gangguan bekalan air. Ada yang tiada air berhari-hari. Saya terfikir bilalah masalah ini akan selesai? Yang terseksa adalah rakyat yang menetap di Selangor.

Cuba bayangkan bagi penduduk di rumah pangsa, dorang cuma mengharapkan air dari tangki. Bila air dalam tangki dah habis, kena beratur untuk ambil air dari lori air yang menghantar air. Itupun kalau sempat sebab nak pergi kerja lagi.

Orang yang tinggal di kampung yang ada sumber alternatif seperti air telaga dan air sungai boleh guna sumber alternatif ini. Tapi rakyat yang duduk di bandar yang sepenuhnya bergantung kepada sumber air paip yang merana.

Saya harap pemerintah Negeri Selangor dapat selesaikan masalah ini. Hal ini berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Masalah ini saya perasan dah berlaku agak lama. Kena selesaikan masalah ini supaya tak semakin teruk di masa depan nanti.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. betul tu nasz..... remy kalau takde air...tak tahu lah camner nanti..... duduk pulak kat apartment....

    ReplyDelete