Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, January 4, 2013

BUDAK SEKOLAH AGAMA DAN ROKOK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah hari tadi saya ke salah sebuah masjid di Selangor. Masjid ini berdekatan dengan sebuah sekolah agama. Saya pun berjalan untuk mengambil wuduk, saya ternampak seorang budak lelaki lengkap berpakaian baju melayu putih dan seluar putih serta siap dengan bersampin hijau lagi. Sampin hijau ini sinonim dengan pelajar sekolah agama. Saya secara tak sengaja ternampak di tangannya ada sebatang rokok.

Muka budak tu kelihatan bangga sambil tunjukkan rokok tu kepada kawannya. Bila dia perasan saya tengah tengok, terus dia sorokkan rokok itu. Pelajar itu kelihatan kecil je dan saya yakin dia masih belum matang lagi.

Saya teringat kepada kawan-kawan saya dulu, dorang cakap kepada saya,

"Hang nak matang, hang kena hisap rokok"

Saya masa itu memang kedekut sangat. Saya cuma rasa pada masa itu daripada saya membazir beli rokok, baik saya simpan duit saja. Sebab itu, ramai juga yang tak layan saya sangat sebab dorang fikir saya tak matang tapi dorang dah matang dengan ... hisap rokok.

Sekarang ini dah makin teruk. Sampai budak sekolah rendah pun dah pandai hisap rokok. Duit beli rokok tu dorang dapat daripada siapa? Sudah semestinya daripada parent dorang.

Bagi saya, hisap rokok ini macam bakar duit je. Sebab dorang beli rokok, pastu bakar. Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. betul tu nasz.... budak2 sekarang dah lain..... ibubapa pun kekadang kasi duit pocket yg byk..... tapi kena ingat...semua brg mahal sekarang.... bebudak tu dapat duit pocket tapi sanggup tak mkn sebab nak beli rokok...pengaruh dari sekeliling

    ReplyDelete