Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, January 19, 2013

JAMBU LEBIH LAYAK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam mesti ramai yang layan Final Maharaja Lawak Mega 2012 kan? Saya tak tengok semalam sebab jaga Eisya. Tapi saya dah tengok ulangannya. Biasalah, Astro ni memang suka ulang-ulang siaran.

Tahniah saya ucapkan kepada Kumpulan Jozan sebab telah menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2012. Dorang memang dah ada peminat tegar dorang. Saya pun minat dengan lawak dorang. Tapi seperti biasalah, bukan setiap minggu persembahan best. Ada juga minggu-minggu yang kurang best. Anyway, tahniah saya ucapkan.

Cuma pada pendapat saya, Jambu boleh jadi Juara sebab persembahan dorang lebih spontan dan simple tapi terkesan lawak dorang kepada penonton. Tapi, undian penonton yang menentukan semua.

Walaupun begitu, bagi peminat Jambu, Jambu tetap juara di hati mereka. Sama juga dengan Boboi, Shiro dan Saywho, peminat mereka akan menganggap merekalah juara. Apa yang penting, jangan ada sifat saling berdengki dengan kemenangan orang lain tapi berusaha untuk menjadi lebih baik ... dengan cara yang betul.

Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta Maharaja Lawak Mega 2012. Anda semua telah menghiburkan saya dan semua penonton yang menonton program ini. Terima kasih saya ucapkan kerana menceriakan hidup saya.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment