Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label jasa. Show all posts
Showing posts with label jasa. Show all posts

Monday, January 28, 2013

PENGORBANAN SEORANG IBU ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu ke pengorbanan ibu korang? Korang pernah rasa? Tahu dan rasa itu tak sama. Seperti pepatah dulu-dulu,

"Berat Mata Melihat, Berat Lagi Bahu Memikul"

Saya pun tak pernah rasa tapi bila dah naik pangkat menjadi seorang ayah ini, ada terkena tempiasnya sikit. So, rasa juga sikit.

Kalau nak dihitung pengorbanan seorang ibu ini, memang takkan terbalas jasanya. Ibu mengandungkan kita. Semasa mengandung, pelbagai pantang larang kena ikut sebab nak pastikan kita selamat lahir ke dunia ini dan sihat. Selepas itu, bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Kemudian, jaga kita selepas lahir. Itu tak termasuk kena jaga diri sendiri selepas bersalin.

Setiap malam ibu kita kena bangun untuk menyusukan kita. Bila kita menangis dan merengek tengah-tengah pagi, ibu kita itulah yang bangun untuk dodoikan kita. Kalau kita berak, dengan mata mengantuk, dia cuci dan tukarkan pampers kita. Itu belum dikira bila kita tak nak tidur malam, yang pasti ibu kita yang kena pujuk dan jaga kita. Sampai tak tidur semalam dia untuk pujuk dan jaga kita.

Apa yang saya tuliskan itu untuk semasa kita masih bayi lagi tau? Selepas itu saya rasa korang pun boleh huraikan. Cuba bayangkan, kalau kita ingat memori semasa kita masih bayi dulu, mesti takkan berlaku anak buang ibu kan? Tapi perlu diingatkan, manusia ini mudah lupa. Hari ini dia ingat, esok mesti dia lupa. Sebab itulah kita kena sentiasa saling mengingati.

Seorang boleh jaga ramai anak, tapi tak semestinya ramai anak boleh jaga seorang ibu.

Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 20, 2013

TIDUR KAMI DAH SEMAKIN 'HAPPENING'

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang Eisya dah pandai. Bila tengah malam atau pagi-pagi buta je, mata Eisya dah bulat dan terbuka luas. Mulalah nak merengek dan didodoikan. Yang kena dodoikan sudah semestinya ibu dan bapa Eisya iaitu saya dan wife saya la.

Inilah yang ibu dan bapa kita rasa dulu masa kita sebesar Eisya. Mungkin lebih teruk lagi. Kesian kat ibu dan bapa kita dulu. Tapi yang lebih kesian bila anak yang kita bela dan tak tidur malam untuk jaga dia lupakan kita. Anak kita itu lupa tentang apa jasa seorang dan ibu dan seorang bapa.

Tapi, yang pasti Allah Maha Adil, Allah akan berikan balasan yang setimpal di atas setiap perbuatan. Bila? Hanya Allah saja yang tahu.

Tapi, walau penat macam mana pun, bila tengok Eisya senyum kat kami, terasa hilang rasa penat tu. Eisya merupakan anugerah dan saya bersyukur sebab dapat Eisya.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 16, 2012

BIARLAH GAMBAR MENGUCAPKANNYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Jasa guru membentuk diri saya sekarang. Terima kasih guru di atas segala pengorbanan selama ini. Moga Allah balas pengorbananmu dengan berlipat kali ganda kebaikan. Amiinnn.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 28, 2011

"KOPEK UDANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ternampak nenek cina tua tengah mengopek udang. Tersentuh hati saya sebab nenek tu dah tua sangat. Mana pergi anak-anak dia? Kenapa dia dibiarkan macam tu je?

Actually, emak saya dulu kerja kopek udang je untuk support 4 orang anaknya lepas ayah saya blah dan kawin lain. Walaupun saya masih kecil lagi masa tu, bila emak saya balik kerja petang, boleh nampak keletihan tapi dia akan cover dengan senyuman. Jari-jari emak saya mengelupas sebab banyak mengopek udang dan rendam jari dalam air.

Ini antara pengorbanan emak saya untuk besarkan anak-anaknya. Saya tak nak lupakan pengorbanan ni sebab kalau saya lupakan, saya akan abaikan emak saya. Saya rasa saya tak mampu nak buat camtu.

Kenang jasa emak korang dan hargailah pengorbanan dorang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka