Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, January 3, 2013

NAWRAH DHIYAA' MAYEESA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Puteri sulung kami telah selamat lahir pada 28.12.2012 pada pukul 9.25 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Selangor. Alhamdulillah, sehingga hari ini puteri kami sihat dan tiada masalah.

Pada 02.01.2013, saya telah ke Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Klang Selangor untuk mendaftarkan puteri sulung kami ini. Nama ini dipilih oleh mamanya. Papanya iaitu saya memang tak pandai bab-bab pilih nama anak ini. Nanti tak pasal-pasal saya letakkan Siti Orkid atau Nur Kemboja. Kan? Hehehe.

So, isteri saya bagi nama NAWRAH DHIYAA' MAYEESA dan saya pun setuju. Sebab nama ini memang cantik dan secomel puteri kami sendiri. Hehehe. Saya dan isteri panggil puteri kami ini dengan panggilan Eisya je.

Semoga Eisya membesar dengan sihat dan menjadi seorang perempuan yang solehah dan taat kepada ibu bapanya. Amiinnn.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. nasz...tahniah dari remy...... dah lama remy tak kesini...... Alhamdulillah..nasz pun dah jadi bapa.....sedap sangat nama tu..NAWRAH DHIYAA' MAYEESA .... semoga dhiyaa dan ibunya sihat.....
    tahniah dari remy sekali lagi.....
    nasz punya bloglist hilang dari remy punya blog..... mungkin sebab malware dulu kut...sampai sekarang takleh add.... mungkin block kut...nanti remy usahakan.....

    ReplyDelete