Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label warna. Show all posts
Showing posts with label warna. Show all posts

Friday, January 6, 2012

"LELAKI PAKAI BAJU WARNA PINK.....EWWW....."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tengok orang lelaki pakai baju pink tak? Kalau pernah, apa korang rasa masa tengok lelaki baju pink tu? Korang bleh jawab kat ruang komen kat bawah ye? Hehehe.

Kenapa bila lelaki pakai baju pink, sesetengah orang akan ter"ewww....."? Ini pendapat saya je. Saya rasa sebab kita dah set di otak kita yang warna pink ni selalu orang perempuan je yang pakai. Bila orang lelaki yang pakai, lelaki tu boleh diklasifikasikan lelaki "lembut". Padahal, pink itu cuma satu warna dari banyak-banyak warna dalam kitaran warna yang ada.

Tapi ada gak perempuan yang tak suka warna pink. Ada gak perempuan yang sangat suka warna pink. Tunang saya suka sangat warna pink. Hehehe. Pink ni warnanya menarik perhatian. Sesetengah perempuan biasanya di Korea, bila dorang pakai warna pink dengan buat-buat muka comel dorang, dorang akan disukai sebab dorang kelihatan comel.

Lelaki langsung tak boleh pakai warna pink ke? Boleh aja. Tak kisah pun nak pakai warna apa pun. Asalkan korang bahagia. Cuma pemikiran masyarakat kita sekarang dah disetkan yang warna pink biasanya dipakai oleh orang perempuan. Bila orang lelaki pakai, akan terberlakulah "terkejutan warna". Hehehe.

Cuma pendapat je. Kalau korang tak setuju, sila bangkang di ruang komen. Hehehe.

p/s : Tema Majlis Kahwin Sebelah Perempuan Pink+Putih. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 22, 2011

"WARNA APA? WARNA APA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada rakan blogger tanya saya, saya cat umah saya warna apa? Korang boleh sendiri kat dalam gambar atas tu.

Sejak rumah ni dibina, warna cat pertama yang saya cat adalah warna ni lah. Dah dekat lebih lebih 5 tahun tak pernah tukar warna cat. Maintain warna cat ni je.

Masa mula-mula saya cat dengan warna ni dulu, ada kisah lucu. Satu pagi atau petang, saya tak berapa ingat, emak bangun tidur dan keluar bilik. Bila terpandang dinding rumah yang baru dicat tu, tiba-tiba dia menjerit:

"Alamak. Rumah aku terbakar"

Lepas beberapa minit baru dia perasan itu warns cat. Masa emak saya cerita tu, saya gelak je. Saya nampak warna ni biasa je. Macam mana emak saya boleh nampak macam warna terbakar. Hehehe.

Korang nampak warna macam terbakar ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka