Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, May 31, 2012

DIALOG BOBOI DAN GUGURL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Jom baca dialog sepasang kekasih di bawah ini:



Boboi : sayang... nape sayang ni seksi sangat... tudung pun tak pakai... baju pun muat-muat badan je...


Gugurl : ala abang.. takkan abang tak suke sayang seksi kot... semua ini untuk abang la...kan cantik ni..


Boboi : tapi takkan kalau lepas kahwin pun sayang nak pakai macam ini gak... abang mengaku, dulu memang abang suka sayang sebab sayang pandai bergaya, seksi.. semua kawan-kawan cemburu sebab abang dapat sayang... tapi sekarang abang tak mahu la sayang tak tutup aurat... abg nak isteri yang menjaga maruahnya
...
Gugurl : ala abang, takpelah nanti lepas kahwin sayang janji sayang pakai tudung macam yang abang nak... sayang akan tutup aurat ek...


Boboi : abang tak mahulah sayang tutup aurat sebab abang bukan sebab niat sayang sendiri... kalau macam tu, takde guna la sayang tutup aurat nanti.... sayang mesti ikhlas tutup aurat kerana Allah bukan kerana abang... abang minta maaf la syg, tapi abang rasa kita kena putus... abang dah buat keputusan...


Gugurl : sampai hati abang buat camni kat sayang... sayang sanggup buat apa saja untuk abang tapi ini yang abang balas...


Boboi: maafkan abang (sambil berlalu pergi)...


Setelah kejadian itu si Boboi tak pernah menghubungi Gugurl lagi... Gugurl rasa begitu menyesal...


Setelah beberapa bulan.....


Gugurl: (Membuka mesej yang baru diterimanya) "sayang, esok abang akan bawa rombongan meminang".. (Si Gugurl terkejut lalu menangis teresak-esak dan rasa tak percaya dengan mesej yang baru diterimanya lalu dia pun terus menelefon Boboinya)


Boboi : Sayang, dulu abang tinggalkan sayang sebab saya nak tutup aurat sebab abang... abang tak nak sayang berdosa sebab tu abang tinggalkan sayang... tapi lepas abang tinggalkan sayang, sayang tetap pakai tudung dan tutup aurat kan... itu semua sebab sayang sendiri yang berniat nak tutup aurat dan bukan sebab abang... selama ini abang selalu perhatikan sayang, abang tunggu masa yang sesuai untuk abang jadikan sayang permaisuri abang"... "i ♥ u sayang, sayang sudi tak kahwin dengan abang?
~
Gugurl: (Sambil menangis)... sayang sudi abang... terima kasih abang sebab sudi terima sayang....

Saya terjumpa di facebook. So, apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

SAMSUNG GALAXY NOTE = RM1,000?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini saya terjumpa satu page kat Facebook yang jual gadget murah. Handphone Samsung Galaxy Note dia jual dengan harga RM1,000 saja. Ipad 2 pun sama.  Ada juga Iphone 4s, Blackberry dan gadget lain dengan harga yang sangat murah.

Masa saya tengok page tersebut, saya berminat juga untuk beli Handphone Samsung Galaxy Note. Tapi pada masa yang sama saya masih was-was juga. Sebab it too good to be true. Biasanya page macam ini nak menipu je. So, saya hold dulu niat saya. Saya cuba check maklumat owner page ini melalui tab info di Facebook tapi apa pun tak ada.

Risau juga nak beli daripada page ini. So, saya tunggu dan lihat. Tiba-tiba satu hari, ada seorang pengguna Facebook add saya sebagai friend dan saya approve. Dia chat dengan saya tanya saya ada tak berurusan dengan owner page yang jual gadget murah tersebut. Saya jawab tak ada tapi memang ada keinginan nak beli Handphone Samsung Galaxy Note.

Dia beritahu dia dah bank in RM600. Dia tengah tunggu shipment atau pos laju daripada owner page tersebut. Owner page tersebut mula-mula bagi nombor tracking pos laju yang tak valid. Kemudian, dia cakap tunggu esok, barang akan sampai. Esoknya pun tak sampai-sampai pun.

Kemudian, si dia ini cuba contact tapi handphone tak berangkat. Bila check page gadget murah kat facebook ini, owner dah delete pun. Menurut mangsa ini, rupa-rupanya kakak dia pun dah terkena dan ramai lagi yang dah terkena. Dia akan beri saya nama, nombor kad pengenalan dan alamat penuh. Dia dan suami dia nak pergi cari. Saya sarankan buat report polis.

Disebabkan orang sebegini, peniaga online seperti saya akan dianggap penipu padahal kami berniaga secara jujur. Saya berniaga barang kemas emas secara online. Kalau korang nak beli atau nak tengok, boleh klik SINI. Tapi, disebabkan orang sebegini yang merosakkan reputasi peniaga online lain, orang ramai pasti takut nak beli melalui online.

p/s : Kecewa sebab owner page gadget murah itu perempuan Melayu dan muda sangat lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 30, 2012

CINTA MUKA BUKU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang mesti pernah dengar lagu nyanyian Najwa Latif yang hot gitu - Cinta Muka Buku. Entry ini bukan berkisar mengenai lagu itu. Medium Facebook ini kalau tidak disalahgunakan, akan memberikan kebaikan. Sekarang ini bila berlaku kes cerai, salahkan facebook. Bila berlaku kes gaduh awek dan balak, salahkan facebook. Sebenarnya diri sendiri yang salah tapi salahkan facebook. Padahal, facebook cuma medium sosial yang membantu menghubungkan orang di mana-mana sahaja di dunia ini.

Saya dan wife sebenarnya belajar di universiti yang sama iaitu UiTM Seri Iskandar. Kami pun adalah OC ataupun Pembantu Minggu Mesra. Disebabkan masa saya belajar dulu, saya salah seorang daripada Perwakilan Pelajar ataupun dikenali Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), hampir semua student kenal sebab gambar MPP memang terpampang di fakulti masing-masing.

Tapi, saya dan wife langsung tak bertegur sapa dan mungkin ada tegur sikit-sikit tapi memang saya tak ingat. Masa itu saya dengan orang lain. Selepas habis belajar di universiti, saya terus kerja. Masa itu saya suka juga buka facebook. Saya terjumpa page wife saya dalam Group Pembantu Minggu Mesra Siswa dan saya add sebagai kawan.

Masa itu, wife saya pun dengan lelaki lain. Saya dengan orang lain. So, kami sembang sebagai kawan je la. Kemudian, terus terputus hubungan. Suatu hari, saya buka facebook dan ternampak status dia cakap "bosan". Saya secara spontannya comment kat wall dia "Meh saya teman". Dia pun balas. Kami pun berbalas-balas komen sampai ke chat. Masa itu, baru saya tahu dia dah putus dengan ex boyfriend dia. So, dengan niat untuk bagi dia semangat dan ceriakan dia, saya pun minta nombor handphone dia. Dapat.

Esok pagi, saya pun wish good morning dan masa itu mulalah sesi berbalas mesej sehinggakan keluar dating naik komuter. Kemudian, kami pun keluar sehingga pertemuan kali ketiga rasanya, saya bawa ibu saya berjumpa dengan famili dia untuk bincang perkahwinan kami. Masa itu, famili wife saya balik kampung di Sauk, Kuala Kangsar. So, senanglah saya bawa ibu saya ke Sauk, Kuala Kangsar sebab kami tinggal di Sungai Bakap, Penang saja.

Perbincangan berlaku antara ibu dan famili dia dengan rancaknya. Famili dia pun baik-baik belaka. Kata putus diambil tunang sebelum akad nikah. Maknanya, tunang dulu kemudian terus akad nikah. Semua setuju untuk majlis diadakan pada 10hb Mac 2012. Kalau korang nak baca mengenai berapa lafaz kabul saya, boleh baca di SINI. Kalau nak baca dan tengok gambar sanding saya, boleh baca di SINI.

Sekarang saya dan wife saya dah kahwin serta wife saya pun dah berbadan dua. Jodoh depan mata saja tapi kami tak pernah nampak atau perasan. Yang pasti, medium sosial facebook yang menyatukan kami berdua. Terima kasih Facebook. Hehehe.

p/s : Hidup bujang dan hidup berkeluarga ini memang sangat berbeza. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 29, 2012

ANJING LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


LAHAP BAHAM MAYAT



"KLUANG: “Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam.


Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini.


Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah mereka.


Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari."


-myMetro-


Tak sempat baca surat khabar di office tadi sebab busy sikit. Tapi, sempat tengok muka surat depan Akhbar Metro hari ini. Kali ini kes tiga ekor anjing liar baham mayat orang pula. Sebelum ada berlaku kes-kes anjing cederakan manusia. 


Apa nak dibuat dengan anjing-anjing ini ye?


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

MAMPU KE SAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah dekat 2 bulan wife saya berbadan dua. Risau juga sebab dia selalu sakit belakang. Saya galakkan dia minum susu Anmum Materna untuk kuatkan tulang belakang dia. Sementara kandungan tak besar lagi, kena topup kalsium kat tulang belakang dia tu. Harap wife dan baby saya sentiasa selamat dan dilindungi Allah. Amiiinnnn.

Kakak wife saya ada anak lelaki 2 orang. So, anak lelaki kakak wife saya ini kami jadikan tempat training untuk anak kami nanti. Kena juga training supaya nanti dah sampai masa nanti, tak terkial-kial sangat. Yang pasti, akan terkial-kial juga sebab sudah semestinya nervous dan bagai-bagai. Hehehe.

Terfikir juga saya ini mampu ke untuk jaga dan didik anak saya yang bakal lahir nanti? Mampu ke saya nak didik dia dan emaknya sekali? Saya rasa takut juga sebab takut tak mampu saja. Tapi, bila difikirkan semula, anak ini adalah anugerah dan amanah Allah, saya kuatkan hati. Saya kena yakin dengan kemampuan diri saya.

Allah dah tetapkan rezeki setiap hamba-Nya. Rezeki saya untuk dapat anak awal dan ada yang tak ada rezeki untuk timang anak. Oleh itu, saya bersyukur dan berdoa agar anak serta wife saya sentiasa dilindungi-Nya.

Korang nak tahu macam mana saya dan wife saya berkenalan? Nanti saya cerita ye?

p/s : Hint untuk macam mana saya dan wife berkenalan.... Facebook.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

PENULISAN HARI INI UNTUK KENANGAN MASA DEPAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak kita terfikir, apa yang kita tulis hari ini adalah untuk kenangan kita pada masa depan? Setip apa yang kita tulis ini, akan menjadi kenangan kita pada masa depan. Masa saya mula-mula buat blog ini dulu, hasil tulisan saya langsung tak ada orang baca selain saya. Komen memang tak ada.

Pada masa itu, gaya tulisan saya pun buatkan saya nak tergelak. Tapi, bila saya selak balik hasil tulisan saya tersebut, saya terbayangkan pada masa saya sedang menulis hasil penulisan. Hasil penulisan itu mampu untuk mencetuskan kembali kenangan yang kadang-kadang kita dah lupa.

Kita tak tahu potensi blog di masa hadapan. Mungkin akan menjadi sangat popular sehinggakan setiap orang akan ada sekurang-kurangnya satu blog. Ini cuma kemungkinan saja. Tapi, bila kita fikir semula, dulu mana ada orang tahu tentang blog ini kecuali pakar-pakar komputer yang belajar code HTML.

Cuba tengok sekarang, rakyat Malaysia yang ada blog memang sangat ramai. Lebih sejuta orang. Dan kemungkinan besar pada masa akan datang, jumlah ini akan meningkat.

Apa yang kita tulis hari ini akan menjadi sejarah kita pada hari esoknya. Begitulah seterusnya sehingga kita 'pergi'.  Jadi, berbanggalah dengan segala penulisan kita dan teruskan menulis. Sebab penulisan hari ini untuk kenangan kita pada masa depan kita nanti.

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain? Luahkan sebagai perkongsian bersama.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 28, 2012

"ALA.... SENANG JE BUAT BLOG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak buat blog ini senang kan? Sekarang nak buat blog senang sebab dah ada macam-macam platform seperti Blogspot, Wordpress dan lain-lain. Kita cuma perlu Google je cara-cara nak buat blog yang cantik dan anggun sekali. Banyak blog-blog tutorial yang ajar teknik selengkap-lengkapnya untuk jadikan blog kita cantik dan anggun di mata blogger lain.

Tapi, memang saya tak nafikan betapa senangnya nak buat blog sekarang. Tak macam masa saya belajar HTML di universiti dulu. Saya diminta untuk buat blog menggunakan template dan code-code dalam HTML. Memang boleh pecah kepala masa itu sebab berlambak-lambak code kena baca dan ingat. Tapi, saya tak ingat pun. Memang saya pass sabjek tersebut. Sipi-sipi je. Hehehe.

Selama saya berblogging, memang ramai blogger yang saya dah jumpa dan berkenalan. Dan ramai juga blogger yang hilang dari dunia blog ini. Sebab apa? Mungkin dorang hilang minat berblogging. Mungkin dorang terlalu sibuk sampai tak ada masa nak berblogging. Mungkin dorang wujudkan blog disebabkan paksaan oleh lecturer dan untuk pass exam.

So, blog dorang sudah semestinya bersawang dan tak ada orang terjah. Trafik memang kadang-kadang tak ada langsung. Macam mana saya tahu? Sebab blog ini pun dulu begitu. Kantoi sudah. Hehehe.

Memang senang nak buat blog, tapi sangat susah untuk maintain blog kita tersebut. Maintain blog ini bermakna update entry sekurang-kurangnya seminggu 2,3 kali. Jelajah blog orang untuk promosi blog kita. Dan macam-macam lagi.

Saya pun ada masa tak ada langsung idea nak update blog. Kadang-kadang masalah line internet tak ada. Banyak penghalang tapi mampukah kita untuk terus berblogging di masa hadapan? Korang fikir sejenak dan jawab sendiri.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"YOU TAHU TAK? KERJA KAT NEGARA ITU BAGUS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Rakan sekerja saya ada jumpa satu customer ini. Dia asyik cerita tempat kerja dia di Negara jiran. Dia sebenarnya datang ke pejabat untuk daftar kelahiran anak dia. Rakan sekerja saya ini cerita kat saya yang customer ini asyik puji Negara jiran tempat dia bekerja itu.

Dia cakap Negara jiran itu bagus dan pandai jaga rakyat. Negara jiran itu pun bagi gaji pun tinggi. Banyak dia cakap mengenai kebagusan Negara jiran tersebut. Dia bandingkan dengan Negara kita sekarang.

Saya terfikir gak, kalau Negara jiran itu bagus sangat, kenapa customer ini tak apply warganegara di sana saja? Buat apa masih nak jadi Warganegara Malaysia kalau Negara sendiri dikatakan tidak bagus?

Macam kata pepatah,

"Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri. Lebih Baik di Negeri Sendiri"

Ini pendapat saya, setiap Negara ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang paling penting, kita hidup aman damai dan tak hidup dalam ketakutan macam-macam di sesetengah Negara di dunia ini. Kita patut bersyukur dengan segala keamanan yang sedang kita rasa ini.

Kalau Negara jiran itu bagus sangat, mohon lucutkan kewarganegaraan Malaysia dan apply jadi warganegara Negara itu. Tak perlu nak bandingkan lagi. Habis cerita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 27, 2012

MUSIM CUTI SEKOLAH = MUSIM KENDURI BANYAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya pergi ke kenduri kahwin staf saya. Semasa perjalanan dari rumah sewa saya di Bagan Datoh ke rumah kenduri kahwin di Tebuk Haji Muhammad, Selekoh, Perak, banyak gak kereta parking di tepi jalan yang menunjukkan hari ini banyak kenduri kahwin berlangsung. Itu tak dikira lagi yang berdekatan dengan rumah saya.

Bila tiba cuti, rakyat Malaysia suka mengadakan kenduri kahwin untuk anak-anak mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Kenapa masa ini ramai orang suka buat kenduri kahwin? Sebab pada masa inilah mudah bagi mereka disebabkan anak-anak mereka bercuti.

Saya pun baru beli hadiah di Giant Teluk Intan semalam dan bungkus pagi tadi masa nak pergi kenduri. Hehehe. Biasalah orang lelaki bungkus hadiah, mesti tak cantik saya bungkus kan? Tapi, yang penting niat dan keikhlasan hati untuk pergi memeriahkan lagi kenduri anak staf saya tu.

Saya tengok kenduri di rumah staf saya itu memang best. Mereka tak guna catering untuk sediakan makanan bagi orang yang datang. Cuma saya tengok dorang order catering untuk makanan pengantin. Makanan pengantin kenalah special sebab itukan hari bahagia dorang kan? Makanan untuk tetamu disediakan secara gotong royong. Sekarang ini susah nak tengok orang kita bergotong royong semasa kenduri tapi lebih suka gunakan khidmat catering. Anyway, memang sedap daging masak hitam dan ayam merah dan nasi tomato tadi. Banyak gak saya makan.

Korang pun mesti banyak pergi kenduri kat kawasan korang kan? Kongsilah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, May 26, 2012

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bulan Mei 2012 dah nak habis. So, saya akan remove Bloglist Mei 2012 dan gantikan dengan Bloglist Jun 2012. Oleh itu, saya nak buat satu segmen simple untuk cari blogger yang sudi join bloglist Jun 2012 saya ini.

Cara nak join:

1.  Buat satu entry, copy gambar header saya kat atas dan paste kat entry korang tu. Jangan lupa linkkan ke post ini.

2.  Salin tajuk ini, "SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012"

3.  Letakkan link blog saya ini kat bloglist korang. (http://www.mohdnaser.com). Kalau sudi.

4.  Publishkan entry korang dan letakkan link kat ruang kat bawah ye?

Itu saja. Korang nak follow saya atau tidak, itu terpulanglah kepada korang.

Segmen ini saya buka sehingga 26hb Mei 2012 jam 11.00 malam.

So, jom ramai-ramai join segmen simple saya ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"ADIK, INI BERAPA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru balik dari pergi satu supermarket di Teluk Intan Perak. Tengah belek-belek pemanas air sambil fikir nak beli atau tidak. Saya tengah kira budget dalam otak saya.


Masa saya tengah belek-belek sambil congak kira-kira dalam otak saya, datang sepasang suami isteri yang agak berumur gak dengan anak-anak lelakinya. Dorang pun join saya belek-belek pemanas air yang tersusun rapi di rak tersebut.


Tiba-tiba...


"Adik, berapa harga yang ini?"


Tanpa toleh kepada saya. Saya termanggu sekejap. Pastu saya balas dalam nada gelak.


"Saya tak kerja sini makcik"


Tanpa minta maaf terus si makcik ini cari orang yang kerja di supermarket itu untuk tanya tentang barang yang dia nak beli itu. Saya pun terus pergi dari situ.


Dah tersilap, minta la maaf. Susah sangat kot nak minta maaf ni?


p/s : Saya pakai baju warna orange. Pekerja supermarket itu pakai baju warna hijau putih. Jauh bezanya tu. Rabun dah kot makcik tu?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 25, 2012

PERCERAIAN... SALAH LELAKI ATAU PEREMPUAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya balik dari office tadi, secara tak sengaja terbuka TV. Masa tengah survey channel Astro yang ada, saya terbuka Astro Oasis. Ada satu Rancangan bertajuk Liga Ilmu. Liga ilmu ini perbincangan di antara Ustazah Pilihan dan Imam Muda membincangkan isu-isu yang telah ditentukan. So, bagi isu kali ini adalah berkenaan Perceraian... Salah Lelaki atau Perempuan?.

Memang hangat perbincangan di antara Ustazah Pilihan dengan Imam Muda. Dah jadi macam perdebatan pula. Tapi bagus juga sebab masa ini pelbagai Hadis-Hadis dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W diketengahkan. Kedua-dua pihak ada point-point yang menyebabkan perceraian berlaku.

Antara yang saya sangat setuju ialah ilmu sebelum memasuki alam perkahwinan. Sebab itulah semua pasangan Islam yang ingin mendirikan rumah tangga diwajibkan untuk menghadiri Kursus Perkahwinan sebab dalam kursus ini, pelbagai ilmu rumah tangga yang penting dicurahkan. Kalau tak ada ilmu, rumah tangga tak akan bertahan lama.

Satu lagi, saya setuju apabila salah seorang Imam Muda menyatakan bahawa Suami perlu bersabar dengan Isteri dan Isteri perlu bersabar dengan Suami. Sebabnya jika tiada kesabaran antara pasangan masing-masing, pasti akan berlaku perceraian.

Banyak lagi lagi yang diperbincangkan tapi korang tengoklah sendiri kat Astro Oasis. Memang best Liga Ilmu ini. Apa yang saya faham, setiap episod akan ada isu-isu yang diperbincangkan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SAYA PUN NAK BUAT BLOG LA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang boleh tak beritahu saya macam mana korang terasa terbuka hati untuk buat blog? Sebab duit ke? Sebab nak feymes ke? Sebab saja-saja ke?

Setiap orang pasti ada sebab dorang buat blog. Macam saya, mula-mula saya buat blog mengenai emas. Blog emas saya itu telah diremove oleh pihak Google. Oleh itu, saya pun wujudkan blog emas baru tapi temanya sama saja. Masa itu, saya memang nak belajar sangat tentang ilmu pelaburan emas ini. So, saya ada banyak kawan-kawan yang selalu bagi tips-tips untuk simpan dan labur dalam emas. Ada juga yang tempat saya selalu beli emas kat dorang. Kalau korang nak tengok blog emas saya, klik SINI.

Lepas itu, saya perasan ramai kawan-kawan saya tengah cari kerja kosong. Dan pengalaman saya dulu masa nak cari kerja memang susah sangat. So, saya decide nak buat satu blog untuk kawan-kawan yang sedang cari kerja. Blog ini saya wujudkan untuk kumpulkan sebanyak mungkin kerja kosong Kerajaan ataupun Swasta dalam satu tempat. Masa itu, niat saya nak tolong kawan-kawan je. Ini antara blog yang paling banyak orang terjah. Kalau korang nak tengok blog kerja kosong tersebut, klik SINI.

Selepas itu, saya terfikir nak buat satu blog personal sendiri bertemakan nama saya. Nama saya ini unik sikit. Korang boleh jumpa orang bernama, "Nasir" selalu sangat. Nama saya "Naser" memang tak ramai orang pakai. Oleh itu, saya decide letakkan nama blog personal MOHD NASER.COM. Maka terwujudlah blog ini.

Kemudian, saya perasan kita suka kisah lawak. Saya pun suka baca kisah lawak. So, saya decide nak buka satu blog khas untuk Santai Minda bila stress kerja. Maka, terwujudlah blog JOM SANTAI MINDA ini.

Korang mesti terfikir banyak blog saya manage. Ini dikira sedikit berbanding blog-blog saya yang lain yang saya delete. Kalau diikutkan jumlah blog yang saya ada, saya ada lebih kurang 18 blog sebenarnya tapi kebanyakkannya terabai. So, saya delete je.

Setiap blogger boleh buat banyak blog. Tak semestinya satu blog saja. Tapi, persoalannya, mampukah dorang untuk maintain blog yang banyak itu?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, May 24, 2012

"SEGMEN 2 : BLOGLIST JUNE"

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya telah ditag oleh Yayah Nasake untuk join segmen bloglist June yang dianjurkan oleh Nur Amalina. So, saya pun tak ada kerja apa nak dibuat, dengan rela hati dan tanpa kompromi menjoinkan diri segmen ini.

Dulu masa mula-mula saya berblogging dulu, saya tak faham dan tertanya-tanya apa guna bloglist ini. Macam tak ada fungsi dan menyemak blog saya saja. Selepas beberapa lama berblogging, baru saya faham fungsi sebenar bloglist ini.

Bloglist perlu untuk mudahkan saya terjah blog yang ada entry menarik minat perhatian saya. Lagipun, link blog saya berada di bloglist rakan blogger lain bantu sumbangkan trafik ke blog saya.

Segmen ini expired pada 1hb Jun 2012 jam 10.00 malam.

Jom kita support blogger baru ini. Tak rugi kita support sesama blogger. Jangan jadi macam saya dulu, sombong dan tak mahu join dengan blogger lain.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

10 TIPS MUDAH TINGKATKAN TRAFIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hampir semua orang nak trafik mencurah-curah ke blog dorang. Trafik mencurah-curah macam blogger feymes seperti Benashaari.com, Yuyu Zulaika, Fatin Liyana, Cik Epal dan so on. Saya pun masih tercari-cari cara yang sesuai untuk tingkatkan trafik ke blog saya.

Saya terjumpa tips untuk tingkatkan trafik ini dari forum wangcyber. So, saya decide nak kongsi dengan rakan-rakan blogger semua.


1. Gunakan template mesra SEO (Search Engine Optimization)

Gunakan template blog yang ringkas dan ringan (cepat loading).Jangan gunakan blog yang direka dengan Flash kerana google robot (crawler) tidak sama sekali dapat mengesan format flash.

Blog yang berat akan menyebabkan visitors menunggu masa yang lama untuk masuk ke laman anda. Faktor tersebut akan menyebabkan pengunjung keluar dari blog anda sebelum blog selesai loading.

2. Elakkan Javascript

Penggunaan javascript yang terlalu banyak pada blog anda akan menyebabkan blog lambat loading. Javascript biasanya sangat-sangat berat. Contoh widget yang menggunakan javascript seperti widgeo, live traffik feed, animated recent post dan shoutout mix.

Memandangkan shoutmix penting untuk pembaca meninggalkan jejak, ianya dikecualikan dalam hal ni.

3. Letak bloglist dalam blog anda

Bloglist sangat-sangat penting dalam menjana traffik melalui enjin pencarian. Apa-apa entri pada bloglist kegemaran anda akan menghasilkan keyword dan blog anda akan menumpang sekali keyword tersebut.

Contohnya, walaupun blog anda tidak pernah ada kaitan dengan seks, keyword seks dari google search tersebut datang dari entri bloglist korang. Mudah kan?So, jangan lupa untuk letak bloglist kat blog anda.

4.Backlink

Backlink adalah link yang menghubungkan blog kita antara satu dengan yang lain. Backlink dapat menolong tingkatkan kedudukan blog di enjin pencarian seperti google. Untuk menghasilkan backlink, anda kenalah rajin komen kat blog-blog yang lain.Cara mudah yang lain adalah menganjurkan Contest.

Mesti ramai yang ingin sertai contest dan letakkan link blog anda kat blog atau entri mereka. Justeru, menghasilkan backlink pada blog anda.

5.Teknik Bold Kata Kunci

Anda haruslah bold(highlight) kan kata kunci kat setiap entri terbaru kita. Anda boleh bold kata kunci yang penting bagi entri anda. Bold satu atau dua perkataan dah memadai.

Melalui teknik ni, google lebih mudah untuk mengesan keyword tersebut sebagai kata kunci bagi entri anda.

6. Hantar url blog anda ke enjin pencarian

Hantar url anda kepada enjin pencarian seperti google dan yahoo.

7. Elakkan lagu

90% pembaca tidak suka blog yang mempunyai lagu.Pemasangan lagu menggangu tumpuan pembaca untuk membaca artikel anda.

8. Berkongsi Artikel

Jangan risau jika artikel anda dicopy paste.Ia akan menghasilkan backlink kepada anda jika pemilik tersebut mengkreditkan blog anda untuk artikel tersebut.

9. Gunakan banner yang kecil pada header blog anda

Jangan gunakan banner pada blog yang bersaiz besar sehingga penuh satu skrin komputer.Banner blog yang besar menyebabkan masa yang lama untuk loading image tersebut.

10. Beri Komen pada blog lain

Itulah cara-cara tingkatkan backlink dengan mudah melalui komen pada blog lain. Sekaligus, dapat perkenalkan kehadiran blog anda didunia blog.


Korang boleh cuba buat. Tak rugi apa-apa pun. Tapi ingin saya ingatkan, nak dapat trafik mencurah-curah ini bukan boleh dapat dalam sehari atau seminggu atau sebulan atau sekelip mata, tapi dengan usaha yang berterusan tanpa putus asa.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 23, 2012

CURI TRAFIK BLOG SAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini saya ada blogwalking ke blog Encik Hasrul Hassan. Terbaca satu entry berkenaan widget Link Within yang terletak di bawah setiap post mencuri trafik dan meningkatkan bounce rate. Korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca kat blog HH sendiri.(SINI).

Saya pun tengok balik widget Link Within yang saya letak di blog saya. Selain widget berat dan menambah masa loading untuk blog saya, widget ini nampaknya penyebab bounce rate blog saya tinggi. Oleh itu, saya ambil keputusan untuk remove widget Link Within ini.

Sekarang saya bertukar kepada nrelate. widget nrelate ini nampak sama seperti Link Within tapi rasanya taklah mencuri trafik blog saya dan meningkatkan bounce rate blog saya. Tak apa, kita cuba dulu. Tak rugi pun. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 22, 2012

ANMUM MATERNA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini isteri saya beritahu saya yang dia dah beli satu kotak Susu Anmum Materna. Memang niat saya nak beli susu bagi ibu mengandung kat dia sebab dia pun dah mengandung hampir lebih sebulan. Tapi dia dah beli, baguslah.

Saya pun google dalam internet cari tentang Susu Anmum Materna ini. Susu ini ada kesemua keperluan yang diperlukan oleh badan ibu mengandung.  Isteri saya beritahu dia tak ada masalah untuk minum susu ini. Kadang-kadang ada juga ibu mengandung yang tak boleh minum susu. Dorang rasa tak lalu nak minum susu.

Susu Anmum Materna ini isteri kena minum dua kali sehari. Pagi dan Malam. Sekali bancuh kena letak 4 sudu.

Saya terjumpa entry INI yang ceritakan tentang kebaikan Susu Anmum Materna ini. Siap dengan testimonial daripada ibu-ibu yang pernah minum susu ini.

Saya harap isteri sentiasa sihat dan juga bakal anak saya pun sihat gak. Nervous sebenarnya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : JOM JOIN BLOGLIST FATIN FARINA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya join satu segmen bloglist lagi. Ada blogger yang baik hati ini - Yayah Nasake - selalu tag saya untuk segmen yang dia join. So, kali ini saya pun join sekali untuk support blogger baru yang anjurkan segmen ini.

Segmen ini mudah sangat. So, jom la join ramai-ramai. Meriahkan segmen ini pun bagus gak kan? Boleh kenal dengan blogger baru dan lama.

Tarikh tutup untuk segmen ini, tak tahulah saya sebab penganjur Fatin Farina tak nyatakan pun. Korang tanyalah dia sendiri ye? Hehehe.

p/s : 2 entry berturut-turut segmen, nampak sangat saya tengah 'blank' dan tak tahu nak update entry apa kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN 24 JAM : BLOGLIST MISS Z

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terjumpa segmen ini semasa blogwalking tadi. Terus tertarik dan dengan tak tahu malu muka saya yang agak hensem ini pun join segmen 24 jam Bloglist Miss Z ini.

Segmen ini dibuka 24 jam je. So, jom ramai-ramai join segmen ini.

Segmen ini tutup pada 23hb Mei 2012 jam 3.30 petang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"DIA SEGAN COZ RAMAI GIRL DALAM THIS COURSE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada tulis satu entry berkenaan "Course ni susah nak dapat kerja", klik kat title tu kalau nak baca, dan ada seorang anonymous tanya saya:


Semasa Diploma dulu, saya ambil Course Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat. Macam pelik kan nama course dia? Tapi, hakikatnya inilah course yang saya ambil.

Menjawab soalan Anonymous:

Apa yang dia expect bila belajar this course?
Belajar dalam course ini bukan semestinya akan jadi setiausaha saja. Dalam course ini, akan diajar juga tentang "Leadership", "Organization Behavior", "Computing Essential", "Interpersonal Communication", "Public Speaking" dan lain-lain berkaitan dengan pentadbiran. Course ini juga mengajar cara-cara untuk menjadi seorang pentadbir atau ketua jabatan yang baik. Dalam course ini, ada subjek yang nak anak lelaki Anonymous menganjurkan satu event dengan jaya.

Pada mulanya, sebelum saya mula belajar dalam course ini, saya fikir saya akan belajar berkaitan macam mana nak jadi setiausaha saja tapi saya salah. Course ini lebih mengajar saya ke arah menjadi ketua.

Ada shorthand, trengkas, typing bagai?
Subjek untuk typing akan diajar pada semester pertama. Anak lelaki Anonymous kena mahirkan diri menaip tanpa tengok keyboard dan screen computer dalam masa yang ditentukan. Cuma boleh tengok helaian kertas yang diberikan saja. Nampak susah kan? Tak susah mana pun sebab ada satu buku sebagai guideline bagaimana nak mahir. Yang penting practice selalu.

Teringat masa saya belajar typing dulu, sampai ke bantal tidur saya bayangkan ada keyboard depan mata dan training tangan saya untuk taip dan hafal huruf atas keyboard.

Subjek untuk shorthand akan diajar tapi tak susah pun. Fokus dan buat latihan yang diberikan, insya Allah boleh buat.


Subjek trengkas tak diajar. Sekarang saya tak pasti tapi masa saya dulu memang tak pernah belajar pun subjek tu.

Segan coz ramai girl dalam course ni?
Memang course ini ramai perempuan tapi tak semestinya course ini perempuan je boleh ambil. Memang mula-mula akan rasa malu-malu kucing sikit. Lama-lama tak rasa apa-apa dah. Jangan jadikan perkara sebegini sebagai halangan untuk cuba perkara baru.

Nasihat saya, cuba je dulu course ini. Course ini bukan susah mana pun dan yang penting anak lelaki Anonymous fokus dalam kelas, buat continuing assessment dan hantar on time, kalau tak faham apa-apa, jangan malu-malu nak tanya lecturer. Yang paling penting, Semester Pertama, skor CGPA setinggi mungkin sebab semasa Semester Pertama ini subjek senang lagi. Bila dah masuk Semester Kedua, subjek dia agak tough sikit.

Itu je Anonymous. Harap entry ini dapat bantu anak lelaki Anonymous untuk terus cuba course ini dan berjaya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 21, 2012

ADA SINDIR KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya terbaca dalam Metro Online mengenai Lagu Kosong Sindir Wartawan.

"SEKARANG kalau ‘buka’ radio, akan berkumandang lagu Kosong nyanyian Najwa Latif. Dalam keseronokan melayan melodi dan lirik lagu itu, timbul pula desas-desus mengatakan lagu itu adalah lagu sindiran buat wartawan hiburan.
Sejauh mana kebenarannya, SS tidak pasti kerana SS seorang yang berfikiran terbuka. Dengan erti lain, SS akan layan sesebuah lagu itu kalau melodi dan seni katanya menarik. Apa yang penting, usahlah ada benda yang terlalu sensitif atau menjejaskan keharmonian masyarakat. 
Kata kawan SS, lagu Najwa itu khabarnya ditujukan buat wartawan yang dianggap suka mencaci dan putar belitkan kenyataan. Entahlah hanya Najwa yang tahu maksud sebenar kata-kata dalam lagu itu, sama ada ia ditujukan untuk kekasih yang menghampakan dirinya atau wartawan hiburan.

SS difahamkan, lirik lagu itu bukan ditulis oleh Najwa tetapi kakaknya, seseorang yang kreatif. Kalau benarlah apa yang disebutkan dalam khabar angin itu, SS rasa pihak media dan wartawan pun sebenarnya tidak pernah rasa rugi apa-apa atau dengan erti lain turut rasa ‘kosong, kosong’ macam yang dilaungkan Najwa.

SS tak nak cakap lebih-lebih sebab nanti orang cakap SS nak terasa hati pula, pada hal SS hanya melaporkan yang SS dengar daripada kawan. Hakikat sebenar SS sendiri sukakan lagu Kosong itu.

Tak mengapa, selepas ini kalau kawan SS jumpa Najwa kita boleh minta mereka tanyakan sendiri dengan penyanyi itu. Biarlah kita berbaik sangka dengan orang kerana kita sendiri belum pasti sejauh mana kebenarannya." - myMetro

Saya pun decide nak dengar balik lagu Kosong nyanyian Najwa Latif ini. Saya cuba cari di mana yang dikatakan menyindir wartawan tu. Yang saya faham lagu mengenai orang yang iri hati dan suka fitnah serta burukkan seseorang dari belakang.

Itu melalui pemahaman saya. Tak dengar plak bahagian sindiran kepada wartawan. Ini cuma pendapat saya, kalau korang ada pendapat lain, jom kongsikan kat ruang komen kat bawah. 

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

TERKENANG SAAT HARI ISNIN DAY OFF DULU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini hari Isnin. So, saya mesti akan mengantuk macam nak tidur tak nak bangun-bangun dah. Nanti tak bangun dah baru padan muka diri sendiri yang memang hensem. Hehehe.

Hari Isnin pun membantutkan idea saya untuk update blog. Bila duduk depan PC je, idea langsung takde dan otak saya jadi blank. Ditambah rasa mengantuk yang membuak-buak ini. Memang idea nak update blog pun lari entah ke mana.

Masa kerja swasta kat Golden Screen Cinemas Dataran Pahlawan, Melaka dulu, hari Isnin adalah hari Day Off saya. Hari lain semua hari saya bekerja. So, bila tiba hari Isnin, saya tak payah nak bangun awal siap-siap jalan kaki naik lif buka pintu dan kerja. Boleh terus sambung tidur sampai bila saya rasa nak bangun. Hehehe.

Tapi, sekarang kerja Isnin sampai Ahad. Sabtu dan Ahad cuti pun best gak. Cuma kenapa tak masukkan sekali hari Isnin cuti ek? Kerja 4 hari, Cuti 3 hari. Baru seimbang. Hehehe.

Korang mesti ada perasaan yang sama macam saya bila tiba hari Isnin kan? Jangan tipu. Saya tau. Saya ada kuasa psikik tau? Hehehe.

p/s : Kerja banyak tapi tak tahu nak mula dari mana. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : SAYA BLOGGER AWESOME + COOL

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini saya nak join satu segmen daripada Mohd Noor Shawal. Join segmen sebegini dapat bantu saya untuk memperkenalkan blog saya yang tak seberapa ni. Selain itu, saya juga boleh menambah kenalan dengan blogger yang belum saya kenal.

Blogger yang saya kenal tu, bertambah kenal la melalui segmen sebegini. So, korang Blogger Awesome + Cool macam saya tak? Hehehe. Kalau YA, jom join ramai-ramai segmen ni.

Saya tag: remyhazza

Segmen ini tutup pada 30hb Mei 2012.

p/s : Letih drive pagi tadi dari Klang balik ke Bagan Datoh Perak. Malam ini kena kerja lagi. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 20, 2012

BUSUK HATI YANG MENEBAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini kisah yang diceritakan oleh seseorang kepada saya. Tak perlu saya beritahu siapa bagi menjamin keselamatan dia. Saya kongsikan di sini bukan nak burukkan sesiapa tapi untuk berkongsi perangai orang sebegini.

Di satu tempat kerja ini, terdapat seorang ini boleh dianggap ketua bahagian. Tapi, perasaan dan hatinya penuh dengan hasad dengki serta tak boleh lihat orang senang. Dia akan usaha untuk mrnyusahkan orang lain dan senyum di tepi semasa orang yang dikenakan susah.

Kadang-kadang ada satu program atau audit yqng telah ditangguh atau dibatalkan tapi dia saja tak beritahu orang yang bertungkus-lumus sediakan laporan untuk dihantar. Dia cuma gelak sinis di tepi sambil melihat dorang yang tengah sibuk. Sehari sebelum nak program atau audit, baru dia beritahu yang program atau audit dibatalkan. Kalau korang berada di tempat orang yang dia kenakan, apa korang rasa?

Ada banyak lagi yang dia dah buat. Kst atas cuma salah satunya saja. Orang sebegini pun ada dunia ini ye? Suka mengenakan orang lain tanpa apa-apa sebab. Macam emak saya cakap, tak dapat balasan sekarang, kat Akhirat nanti pasti dapat. Kita just sabar je.

Korang pernah bertembung dengan orang sebegini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SELUAR PUN DAH TAK MUAT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya mengadu kat saya yang hampir semua seluar dia dah tak muat. Kena carI seluar yang bergetah. Sebab perut isteri semakin besar. So, dia nak cari seluar baru.

Semalam pergi Setia City Mall tapi tak ada seluar yang sesuai. Pastu, pergi Tesco Klang semata-mata nak cari ubat untuk emak mertua tapi tak perasan kat Tesco Klang tak ada Watson. So, kami pergi pula ke Giant Klang dan jumpa ubat yang nak dibeli di Guardian.

Masa nak balik, nampak Booth jual baju kat parking Giant Klang dan isteri ternampak satu seluar bergetah. Dia belek dan tanya pendapat saya, pastu terus beli. Semalam dia pakai dan kata selesa. So, saya decide nak beli sehelai lagi.

Perut semakin besar, semakin banyak dugaannya. Moga saya dan isteri berjaya mengharunginya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, May 19, 2012

MACAM SEMUT JUMPA GULA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi saya dengan wife berada di Setia City Mall. Saja wife ajak sebab Mall ni baru buka. Mungkin dorang nak test market sebab ada beberapa tempat masih dalam proses penyelenggaraan.


Tapi orang ramai datang shopping. Bila ada shopping complex baru buka, mesti penuh orang. Mungkin sebab ada promotion barang yang dorang beli kot? Hehehe.


Ramai betul datang sini. Untunglah tenant yang berniaga kat sini.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 18, 2012

TOTURIAL : CARA NAK REMOVE WORD VERIFICATION


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru lepas blogwalking banyak blog dan banyak blog juga yang bila nak komen kena key in Word Verification yang tersangatlah saya tak suka. So, banyak kali juga la saya tulis entry berkenaan kesulitan ini tapi tak ada respon pun. Masih begitu juga. So, mungkin dorang blogger baru tak tahu macam mana nak remove Word Verification semasa nak komen. Saya decide nak buat satu toturial ringkas.

Tutorial ini untuk pengguna Blogspot saja ye? Wordpress dan lain-lain pelantar blog saya tak tahu.

Mula-mula, korang kena login ke account blogspot korang dulu. Kemudian, korang akan sampai ke dashboard. Kemudian, korang tekan di "Settings".

Kemudian, di tab "Settings" itu, korang tekan di tab "Comment".

Selepas itu, korang scroll ke bawah sampai korang jumpa "Show word verification for comments?". Korang tick "No" kemudian tekan "SAVE SETTINGS".


Dah siap. Itu je. Selepas itu, semua blogger yang nak komen kat entry korang tak perlu key in Word Verification. Senang sikit dorang nak komen.

Selesai sudah tutorial ringkas saya. Semoga dapat bantu blogger yang tak tahu nak remove Word Verification semasa blogger nak komen blog dorang.

p/s : Digalakkan share dengan rakan-rakan blogger lain dengan syarat, sila linkkan ke entry saya ni ye? Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SAYA PULA RASA MUAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Isteri saya yang berbadan dua tapi saya rasa mual dan tak selesa. Bila saya tanya kawan-kawan di tempat kerja yang dah kahwin, kadang-kadang memang akan berlaku macam ni. Isteri mengandung tapi suami yang rasa tak selesa.


Saya tak kisah sangat sebab isteri saya akan hadapi banyak cabaran sepanjang masa 'mengandung' ni nanti. Saya kena la ambil sikit ketidakselesaan ini. Anyway, tolong doakan kandungan dalam isteri saya sihat hendaknya.


p/s : Hari ini tak ada angin atau ribut, terus bersin tak henti-henti. Last week rasa mual je.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, May 17, 2012

BARU SAYA TAHU...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dah berada di Bagan Datoh Perak dekat 2 tahun setengah. Saya tengok TV3 dokumentari mengenai Jom Terokai Perak. Dorang tunjukkan tempat-tempat menarik yang ada di Hilir Perak ini termasuklah Teluk Intan dan Bagan Datoh.

Baru saya tahu sebelum ini, Teluk Intan merupakan Bandar DiRaja sebelum dipindahkan ke Kuala Kangsar. Terdapat gak banyak tempat menarik di Teluk Intan seperti memancing di lubuk undang galah, tempat untuk Raja Perak yang baru ditabalkan melaksanakan adat bersiram, homestay bagan datoh dan macam-macam lagi.

Selama yang saya duduk sini, saya cuma tahu pergi naik dan turun Menara Condong Teluk Intan dan Jeti Bagan Datoh. Memang tak terokai Perak pun. Kerja dan balim rumah je. Hehehe.

Korang tahu ke tempat menarik kat kawasan korang tinggal? Ataupun korang pun macam saya? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

MEMALUKAN NEGARA DI LONDON...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam ada keluar berita berkenaan laungan Bersih 3.0 di london semasa Perdana Menteri nak memberi ucapan di satu majlis. Makin lama makin kuat sampai Perdana Menteri terpaksa suruh dorang berhenti sebab mengganggu dia berucap.

Kalau tak puas hati pun, tak perlulah sampai memalukan Negara sendiri di Negara luar. Jatuhkan imej Negara di mata dunia. Dorang takpelah, kaya sebab mampu nak belajar di luar negara. Orang macam saya ni, nak pergi honeymoon ke luar negara pun macam dalam mimpi je.

Tak puas hati, buat melalui saluran yang betul. Gunakan akal bukan emosi dan nafsu.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 16, 2012

SEGMEN MISS Z : UP FOLLOWER & TAMBAH KENALAN

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ni nak join segmen Miss Z pula. Segmen ni nampak macam best je. So, saya pun join gak la. Lagipun, ramai gak yang join segmen ni. So, ada ramai yang boleh saya blogwalking dan kenal.

Saya kena nyatakan :

Jumlah Follower Saya : 2,141
Negeri Kelahiran Saya : Kuala Lumpur

Itu je. Senang je. Segmen ini berakhir pada 16hb Mei 2012 jam 11.59 malam.

Jom pakat join ramai-ramai sementara sempat ni. Korang termenung apa lagi? Jom join cepat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

DIALOG KOTA RAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Biarlah gambar di atas saja berbicara. Hehehe.


p/s : Ada ke anak seperti Dialog Kota Raya di atas tu?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : BLOGLIST BULAN MEI DAN JUN 2012 BY MURNI

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak join segmen bloglist plak. So, saya google cari segmen nak join dan jumpa segmen dari ping busuk. So, saya pun dengan pantasnya menjoinkan diri.

Saya seperti biasa nak buat satu cerita pendek yang agak merapu gak. Korang kena baca sampai habis tau?

Dua orang pendekar sedang berdiri di atas puncak pokok. Memandang antara satu sama lain dengan pandangan mata yang tajam. Tajamnya adalah tak berapa tajam seperti pisau lipat yang dibeli di kedai aksesori berdekatan supermarket yang dah lama tamat operasinya.

Tiba-tiba, salah seorang pendekar itu memecutkan ke depan sambil menghunuskan kerisnya. Pendekar yang satu lagi agak terkejut tapi taklah terkejut sangat sebab itu dia sempat mengelak sambil buat muka selamba. Kemudian, kedua-dua pendekar ini terus melaksanakan hikmat masing-masing sehingga habis pokok paku-pakis berterbangan menyelubungi kawasan tersebut bak kabus malam selepas hujan di Genting Highland.

Pertarungan tersebut berlaku hampir 1,547 saat sebelum kedua-dua pendekar tersebut rebah kepenatan. Mereka meminta Time Out kepada seorang makcik yang sedang duduk di bawah sebatang pokok Cherry. Makcik itu dengan muka bengang sebab letih menanti kedua-dua pendekar ini membuat keputusan terus melaksanakan hikmat kentutan maut. Maka, mautlah kedua-dua pendekar tersebut.

Makcik tersebut terus memergikan dirinya bersama sebungkus pau perisa ayam masak merah yang menjadi rebutan pendekar-pendekar yang telah mati itu. Tamat.

Best tak cerita pendek merapu saya tu? Hehehe. Dah lama tak buat cerita pendek merapu sebegini.

Segmen ni dibuka sehingga 18hb Mei 2012. Jom ramai-ramai support blogger ni dengan join segmen dia. Tak rugi pun sebab boleh kenal kawan-kawan baru. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

KITA SEMUA ADALAH PENDIDIK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kelihatan ramai blogger post entry berkenaan ucapan sambutan hari guru di blog masing-masing. Termasuklah saya. Hehehe.

Tapi, kita tak perasan kita sebenarnya adalah pendidik. Kita cuma sedar pendidik itu yang mengajar di sekolah a.k.a Guru. Kita boleh dikatakan seorang pendidik juga sebenarnya. Sebagai abang atau kakak, kita mendidik adik-adik kita. Sebagai seorang suami atau isteri, kita mendidik pasangan masing-masing. Sebagai seorang ibu atau bapa, kita mendidik anak-anak kita. Sebagai seorang datuk atau nenek, kita mendidik anak-anak dan cucu-cucu dan cicit-cicit dan piut-piut kita.

Kesimpulannya, secara tak langsung kita memang telah menjadi pendidik. Pendidik ni perlu mendidik dengan cara betul dan tidak takut untuk ditegur bila salah. Jangan sebab kita pendidik, kita je betul. Ada masa kita salah dan bila kita akui kesilapan kita itu, kita akan improvekan diri kita. Tak ada manusia yang perfect.

Ini adalah pendapat peribadi saya, kalau ada yang tidak bersetuju, bolehlah luahkan kat ruang komen di bawah. Sama-sama kita kongsi pendapat masing-masing.

p/s : Lepas ni saya jadi pendidik kepada isteri dan anak saya pula. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BIARLAH GAMBAR MENGUCAPKANNYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Jasa guru membentuk diri saya sekarang. Terima kasih guru di atas segala pengorbanan selama ini. Moga Allah balas pengorbananmu dengan berlipat kali ganda kebaikan. Amiinnn.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"HTTP://WWW.MOHDNASER.COM"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ni blog saya dah ada domain sendiri tanpa blogspot di belakang. Memang dah lama saya teringin dan berimpian untuk dapatkan domain http://www.mohdnaser.com. Nasib baik nama saya ni ejaan dia unik. So, memang tiada orang lain yang ambil selama saya tunggu time yang sesuai untuk tukar. Ataupun mungkin ini adalah rezeki saya untuk dapat nama domain tersebut.

Kenapa saya tukar domain dari blogspot.com ke .com saja? Sebab dengan .com, saya dah berjaya mengiktiraf blog saya yang biasa saja ini. Lagipun, memang dari mula saya buat blog ni, nama blog saya ialah "MOHD NASER.COM". Memang saya dah rancang dari mula saja wujudkan blog ni untuk dapat domain yang sama dengan nama blog saya.

Oleh itu, kepada korang yang letak link saya di Bloglist korang, sila tukar ke "http://www.mohdnaser.com". Kepada yang tak tukar, takde masalah sebab saya dah setkan bila korang klik kat link lama iaitu "http://mohdnaser.blogspot.com", saya telah reroutekan ke domain baru saya.

Memang rasa lain bila pakai domain sendiri ni. Rasa syok semacam. Korang nak rasa syok semacam ni? Tukarlah domain blog korang. Hehehe.

p/s : Bila dah berada di zon selesa, memang susah nak keluar dari zon tersebut. Sama masa nak tukar domain .com ni, saya terfikir tentang ranking alexa dan lain-lain tapi ingin cuba juga walaupun tak sampai hati. Sebab dari kesilapan, saya pasti akan belajar benda baru.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 15, 2012

MAMI JARUM JUNIOR... LAYAN....

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tengah layan Movie Mami Jarum Junior kat Channel Astro Ria. Siapa yang bukan orang Penang atau tak pernah pergi Penang atau tak pernah duduk kat Penang mesti ingat kebanyakkan orang Penang cakap macam tu. Padahal tak macam tu pun. Dalam movie ni je dorang cakap lebih-lebih.


Saya memang duduk Penang dan bergaul dengan orang Penang. Tak la bercakap sampai macam dalam movie Mami Jarum Junior.


Pernah ada kawan saya minta saya bercakap macam dalam movie ni. Mana saya pandai cakap dalam movie ni. Dalam movie ni dorang melebih-lebih sangat. Mungkin strategi bagi orang tengok movie kot?


Anyway, Malaysia ni ada banyak loghat bahasa melayu. Orang Penang dengan loghat dorang. Orang Kelantan dengan loghat dorang. Orang Sarawak dengan loghat dorang. Memang macam-macam loghat dalam Malaysia. Kepebagaian ni la yang menjadikan Negara kita unik.


Korang dari negeri mana? Selalu cakap pakai loghat negeri mana?


p/s : Jom layan movie Mami Jarum Junior. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

DEBARAN PENANTIAN ANAK SULUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berdebar rasanya hati ini menanti anak sulung yang bakal tiba. Lambat lagi tapi berdebar gak. Macam-macam muncul di fikiran saya. Mampu ke saya jadi seorang bapa? Mampu ke saya didik anak saya?

Tapi, saya bersyukur sebab Allah kurniakan rezeki awal kepada saya dan isteri saya. Isteri saya dah sibuk baca buku nama-nama yang baik dan dah listkan nama untuk anak kami yang bakal lahir nanti. Begitu terujanya dia. Hehehe.

Saya pula tengah budget untuk beli barang-barang keperluan bayi nanti. Tak lupa juga keperluan isteri saya nanti. Kena juga beli baju yang sesuai untuk dia pakai bila kandungan dia makin membesar. Itu saya tak tahu, kena tanya orang yang lebih berpengalaman nampaknya.

Takpe-takpe. Kurangkan sikit debaran dan teruja ni. Fokus pada yang penting dulu, iaitu isteri saya. Hehehe.

p/s : Masih Teruja lagi ni. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

NAK TUKAR KE DOT COM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengah survey pelantar macam Net.KL dan lain-lain untuk tukarkan link saya dari http://mohdnaser.blogspot.com ke http://mohdnaser.com. Memang saya dah survey dan memang domain tu masih available lagi.

Cuma yang agak memeningkan saya yang pertama nak pakai domain ni, pelantar a.k.a syarikat mana yang perkhidmatan bagus. Pening gak sebab banyak sangat syarikat tapi tak tahu mana yang bagus.

Korang yang ada domain tu, boleh bagi cadangan tak?

p/s : Maaf, saya budak baru belajar. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 14, 2012

"ENGKAU MAMPU DISIPLIN, ENGKAU BOLEH HIDUP"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Beberapa hari lepas saya buat rondaan Ops 1Malaysia dengan menumpang kenderaan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Sambil buat rondaan tu, saya sembanglah dengan driver yang memandu kenderaan tersebut. Macam-macam kami sembang sampai satu kisah ni, saya terasa kebenarannya.


Menurut dia, masa kecil dulu, ibu dan bapa dia ada berpesan, kalau dia mampu berdisiplin, dia mampu hidup di dunia ni. Pada mulanya saya terfikir berkenaan disiplin kerja tapi saya silap. Sebenarnya disiplin yang dimaksudkan oleh dia adalah dalam segala benda termasuklah disiplin dalam kewangan sendiri, disiplin dalam menjaga kesihatan diri, disiplin dalam menjaga keselamatan diri dan keluarga serta macam-macam lagilah termasuk hal-hal kecil.


Kalau tak ada disiplin dalam diri, maka susahlah kita nak hidup dalam dunia ni. Sebab hidup kita tak teratur. Kalau nak kehidupan yang teratur tapi tak ada disiplin memang tak mungkin.


Ini yang saya dapat daripada rakan JPAM saya tu. Saya kongsikan dengan semua rakan-rakan blogger. Kalau ada yang tak setuju, boleh la kongsi pendapat korang.


p/s : Saya pun masih belajar mendisiplinkan diri ini. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

NUFFNANG BLOGGER OF THE YEAR : TOP 50


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam hari terakhir untuk mengundi bagi Digi WWWOW Award. Terima kasih kepada semua yang sudi mengundi saya walaupun saya ni tak layak pun. Hehehe.

Anyway, tadi saya check di page Digi WWWOW Award ni dan tanpa disangka-sangka, saya berjaya masuk dalam TOP 50 bagi Kategori Nuffnang Blogger Of The Year. Memang tak sangka sebab saya ni cuma blogger kecil je. Takde orang kenal pun.


Tapi berada di bawah sikit la. Takpe sebab ini baru pertama kali saya join program macam ni.

Terima kasih semua rakan-rakan yang undi saya ye? Hehehe.

p/s : Terima kasih kat wife saya juga yang selalu tak lupa nak undi saya dan support saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

JANGAN MAKAN MAKANAN SEGERA TAU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam entry ni saya, saya ada beritahu mengenai saya dan wife ke Klinik Pakar Wanita. Korang boleh baca di SINI. Kemudian, selepas doktor check, resultnya korang boleh baca kat SINI.

Doktor tak bagi makan makanan segera. Kena makan makanan yang fresh je. So, kempunan la wife saya nak makan ayam goreng McD faveret dia. Tapi takpe, saya boleh tolong makankan kan? Hehehe.

Anyway, next appointment dengan doktor dalam masa dua minggu dari sekarang. Doktor ada bagi ubat vitamin untuk wife saya. Harap tak ada apa yang buruk berlaku. Mohon dijauhkan.

Makanan segera tu maksudnya makanan yang segera dimasak ke? Kalau mee goreng tu cepat masak, tak boleh makan la. Kena tunggu masak lama baru boleh makan ek? Hehehe.

p/s : Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi VOTE saya setiap untuk Digi WWWOW Award ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 13, 2012

LAST DAY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hari ini adalah hari terakhir untuk korang mengundi dalam Digi WWWOW Award. Selepas ni, korang dah tak boleh mengundi. So, jangan lupa mengundi saya di logo Digi WWWOW Award di side bar sebelah.


Dalam minggu ni, Bro Ben ada dedahkan mengenai ada orang offer dia untuk beli undi bagi peluang menang dalam Digi WWWOW Award tu. Tapi Bro Ben tak beli dan dedahkan. Dalam pertandingan sebegini pun ada penipuan. Kalau menang pun, best ke? Saya join pun sebab nak cuba nasib. Kalau menang rezeki bakal anak saya nanti. Kalau tak menang, terima je la.


Kan?


p/s: Jangan lupa VOTE saya hari ini untuk Digi WWWOW Award pada logo kat side bar sebelah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, May 12, 2012

BETUL KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi saya ada buat satu entry mengenai saya dan wife pergi ke Klinik Pakar Wanita dekat Klang untuk buat pregnancy test. Memang lama betul tunggu sebab doktor tak ada masa tu. Tapi on the way ke klinik.


Doktor sampai dan terus panggil wife saya masuk bilim pemeriksaan. Saya rugi tak masuk sebab dalam bilik pemeriksaan tersebut, doktor buat scanning.


Alhamdulillah. Memang rezeki kami. Menurut isteri saya dalam monitor, memang ternampak satu bentuk yang menunjukkan isteri dan pegnant. Ya, mengandung. Menurut doktor baru dalam 4-5 minggu. Lagi 2 minggu isteri saya diminta untuk datang buat pemeriksaan lagi.


Alhamdulillah. Pasni makin banyak tanggungjawab saya kan? Hehehe.


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

PREGNANCY TEST...

Assalamualamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang saya dan wife berada di Klinik Pakar Wanita dekat area Klang. Minggu ni wife saya demam teruk sampai nak muntah tapi tak muntah yang muntahnya tak keluar tapi nak muntah gak.


Nak check sama ada wife saya dah ada 'embrio' dalam perut dia atau belum?


Keputusannya? Tunggu next entry. Hehehe.


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award side bar sebelah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

NASIHAT PALING BANGANG....

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam masa tengah drive nak balik Klang, saya dengar radio Era.FM. Masa tu ada satu slot untuk Brother Love yang bantu bagi nasihat untuk masalah cinta. Malam semalam ada seorang perempuan ni ada masalah tak dapat lupakan bekas kekasih lelaki dia. So, dia minta nasihat Brother Love ni.

Korang nak tahu apa nasihat si Brother Love ni? Dia suruh pergi cari boyfriend baru. Dia suruh cari cepat-cepat supaya si perempuan tu dapat lupakan bekas kekasih lelakinya. Ada ke bangang bagi nasihat macam tu. Menggalakkan lagi maksiat.

Sepatutnya si Brother Love ni kena suruh si perempuan ni sentiasa bertawakal dan ingat Allah selalu. Mohon kepada Allah supaya diketemukan jodoh yang baik. Nasihat yang diberikan tu lebih ke arah kebaratan. Kalau si perempuan tu cari kekasih baru dan kekasih baru dia tu lagi teruk daripada bekas kekasih lama dia, macam mana? Si perempuan tu masih dapat lupakan bekas kekasih lagi tak?

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain tak?

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-

*ditulis dari ipad isteri saya. Hehehe*
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 11, 2012

SEGMEN NASZ : SAYA SAHUT CABARAN ANDA!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak buat segmen lagi ni. Hehehe. Segmen ni complicated sikit rasanya. Tak simple tapi complicated sikit.

Kalau nak join, korang kena :

1.  Buat satu entry, copy gambar header kat atas dan pastekan ke entry tersebut. Jangan lupa untuk linkkan ke post ini.

2.  Salin tajuk, "SEGMEN NASZ : SAYA SAHUT CABARAN ANDA!"

3.  Dah siap? Publishkan dan letakkan link tersebut kat ruang komen di bawah.

Sekarang, korang kena "MENCABAR" dan "DICABAR". Korang kena pergi ke blog yang join segmen ni juga dan "CABAR" dia dengan menulis:

"SAYA KE SINI UNTUK MENCABAR ANDA"

Kemudian, orang yang telah dicabar perlu membalas di ruang komen si pencabar (sudah semestinya di blog si pencabar) dengan menulis :

"SAYA TERIMA CABARAN ANDA"

Korang buat satu Bloglist untuk blogger yang terima cabaran korang dan korang mencabar blogger yang terima cabaran korang.

Bloglist ni korang kekalkan sehingga akhir Bulan Mei 2012. Pastu, korang nak remove, itu hak korang.

Tiada penyenaraian akan dibuat. Korang kena godek-godek kat ruang komen di bawah.

Segmen ni tutup pada 11hb Mei 2012 jam 11.00 malam.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

KEWUJUDAN BLOGGER DIIKTIRAF...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang ni perasan tak kewujudan blogger kat Malaysia dah diiktiraf? Dalam surat khabar, mesti akan sebut tentang blogger dan blog. Ada yang siap jadi cover sisipan akhbar lagi. Antaranya Fatin Liyana baru-baru ni.


Pengiktirafan blogger ni telah mencapai kepada kewujudan anugerah yang telah masuk tahun kedua dianjurkan iaitu Digi WWWOW Award dengan pelbagai hadiah menarik.


Ada juga blogger yang dijemput untuk menonton Premier Screening satu-satu movie yang belum lagi release. Tapi jemputan ni terhad je la. Sekurang-kurangnya dah ada kuota bagi blogger hadiri event sebegini.


Ini menunjukkan blogger kini telah diiktiraf dan sentiasa di sebut terutama dalam surat khabar. Korang sebagai seorang blogger patut berbangga. Tak mustahil masa depan, blogger akan jadi semacam wartawan ataupun artis. Ataupun setiap artis pada masa depan mesti ada blogger. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.


Tapi kita bayang masa dulu tak ada siapa pun tahu dan nak ambil tahu tentang blog. Sekarang berjuta-juta orang ada blog.


Betul tak?


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari di Digi WWWOW Award di side bar sebelah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, May 10, 2012

TIPS UNTUK MUDAH DAPAT IKLAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam akhir bulan lepas, saya ada hantar satu ticket kepada pihak Nuffnang bertanyakan tips untuk mudah iklan daripada Nuffnang.


Kemudian, Nuffnang pun jawab ticket saya tu.


So, itulah jawapan a.k.a tips daripada Nuffnang. Tak tahulah nak kata tips pun tak boleh sebab dorang cuma bagitau secara general je. Kalau korang ada persoalan, just hantar ticket kepada Nuffnang. Dorang pasti akan layan balik.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

RISAU SANGAT NI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogge semua.

Dua tiga hari ni berlaku sesuatu yang sangat merisaukan saya. Lagi bertambah risau bila saya tak mampu nak buat apa-apa sebab jauh dengan dia. Si dia berada di Klang dan saya berada di Bagan Datoh. Memang setiap minggu saya balik ke Klang tapi sekarang dengan adanya Rondaan 1 Malaysia, saya tak pasti lagi boleh balik minggu ni atau tidak.

Tapi, saya cuba balik sebab risaukan kesihatan si dia. Plan kalau dapat balik minggu ni, nak bawa dia pergi hospital. Tapi, kalau dah sihat, tak perlu rasanya.

Mohon rakan-rakan blogger doakan isteri saya di Klang tu cepat sembuh ye?

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 9, 2012

"DURIAN RUNTUH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tahniah kepada warga Felda sebab menerima durian runtuh. Durian runtuh ni sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.


Banyak duit dapat tu. Gunakanlah secara berhemah. Jangan hari ni dapat duit, esok dah habis. Kena bijak urus duit yang diterima.


Anyway, tahniah sekali lagi saya ucapkan.


p/s : Jangan lupa VOTE saya untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"WAH... KETATNYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ni artis Malaysia ni dah semakin 'berani'. Pakaian ketat seketat yang mungkin dan menampakkan bonjolan-bonjolan atas dan bawah tu adalah perkara biasa, sekarang menampakkan segala lurah di badan pun dah jadi biasa juga.

Yang menyedihkan, peminat suka mengikut artis berpakaian sebegitu. Kemudian, berjalan di lorong gelap, ditangkap, dirogol dan baru mengaduh penyesalan. Bila ditanya kepada perogol kenapa rogol si dia?

"Saya tak tahan la. Dia pakai macam tak pakai apa-apa je"

Lepas tu siapa yang salah? Perogol? Mangsa?.

Entry ni tak niat nak hina siapa pun dan saya tak tuju kepada siapa pun. Kalau terasa, saya minta maaf. Cuma rasanya perkara sebegini perlu ditegur sebab saya tengok dah makin kronik perkara ni berlaku di kalangan kita terutamanya orang Islam.

Mari kita doakan mudah-mudahan terbuka hati mereka untuk berubah dan menutup aurat sebetulnya.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"THREE SENTENCES FOR GETTING SUCCESS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 8, 2012

"GILA SEKS SANGAT KAN? PADAN MUKA KENA KARATE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ni di kawasan Hilir Perak ni berlaku satu kes. Dua orang pekerja Bangladesh yang hampir merogol dua orang budak sekolah yang baru balik dari sekolah. Saya tak pasti berita ni keluar berita atau tidak sebab saya dengar dari mulut orang je.

Dengar cerita, dua budak sekolah ni baru balik dari sekolah. Dorang berjalan kaki sama-sama balik ke rumah. Dari jauh ada dua orang Bangladesh tengok dari jauh dan dua orang Bangladesh ni hampiri si bebudak sekolah ni. Tiba-tiba dua orang Bangladesh terkam dua budak sekolah ni dan nak seret dorang masuk dalam ladang.

Kain budak sekolah perempuan habis nak dikoyak si lelaki Bangladesh durjana ni. Tapi, nasib baik budak sekolah perempuan ni ada belajar Taekwando a.k.a Karate dan berjaya membelasah si Bangladesh ni. Terus lintang pukang lari si Bangladesh ni.

Dorang repot polis dan si Bangladesh tu berjaya ditangkap.

Moral dari kes ni, saya rasa bagus budak sekolah perempuan ada ilmu seni mempertahankan diri. Setiap perempuan dan lelaki kena belajar seni mempertahankan diri tak kira jenis apa sekalipun untuk melindungi diri sendiri. Kita tak tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Ini untuk persediaan saja. Tak rugi apa pun sebenarnya.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

NUFFNANG... BARU TEGUR TERUS DAPAT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya ada buat satu entry berkenaan Nuffnang yang semakin kedekut dengan saya, korang boleh baca kat SINI. Selepas itu, tadi saya check akaun Nuffnang saya, terus masuk Buffered Earning a.k.a Campaign baru.


Terima kasih kepada Nuffnang sebab mengambil serius entry saya tersebut. Kalau boleh, bagi la banyak lagi Buffered Earning a.k.a Campaign baru kat blog saya yang lain plak. Hehehe.

Nuffnang dah tak kedekut kat saya sekarang. Terima kasih Nuffnang. Hehehe.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 7, 2012

SEGMEN : GENG BLOGGER

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak join segmen pula kali ni. Ternampak satu segmen dari Aisyah Humaira'. Macam best je. So, saya pun dengan pantasnya menjoinkan diri.

Senang je nak join segmen ni. Macam mana nak join? Klik je link kat bawah header owner segmen tu kat atas sana. Pastu, korang tahu la apa syarat-syarat nak join segmen ni.

Aisyah Humaira' suruh pilih kategori mana saya ni. Hmmm... (Berfikir dengan dalam sedalamnya). Hehehe.

Saya ni kategori ke-4 iaitu Geng Blogger D (26 tahun ke atas). Hehehe.

Tarikh tutup segmen adalah 12hb Mei 2012 jam 11.59 malam.

So, jom ramai-ramai join segmen ni.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka