Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Friday, May 18, 2012

TOTURIAL : CARA NAK REMOVE WORD VERIFICATION


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru lepas blogwalking banyak blog dan banyak blog juga yang bila nak komen kena key in Word Verification yang tersangatlah saya tak suka. So, banyak kali juga la saya tulis entry berkenaan kesulitan ini tapi tak ada respon pun. Masih begitu juga. So, mungkin dorang blogger baru tak tahu macam mana nak remove Word Verification semasa nak komen. Saya decide nak buat satu toturial ringkas.

Tutorial ini untuk pengguna Blogspot saja ye? Wordpress dan lain-lain pelantar blog saya tak tahu.

Mula-mula, korang kena login ke account blogspot korang dulu. Kemudian, korang akan sampai ke dashboard. Kemudian, korang tekan di "Settings".

Kemudian, di tab "Settings" itu, korang tekan di tab "Comment".

Selepas itu, korang scroll ke bawah sampai korang jumpa "Show word verification for comments?". Korang tick "No" kemudian tekan "SAVE SETTINGS".


Dah siap. Itu je. Selepas itu, semua blogger yang nak komen kat entry korang tak perlu key in Word Verification. Senang sikit dorang nak komen.

Selesai sudah tutorial ringkas saya. Semoga dapat bantu blogger yang tak tahu nak remove Word Verification semasa blogger nak komen blog dorang.

p/s : Digalakkan share dengan rakan-rakan blogger lain dengan syarat, sila linkkan ke entry saya ni ye? Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 4, 2011

TUTORIAL : LETAK JUMLAH POST DAN JUMLAH KOMEN DI BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jarang sangat saya buat tutorial. Lagipun saya ni bukan pandai sangat tentang nak buat itu ini kat blog. Apa yang saya buat dan rasa boleh kongsi, saya kongsilah. Hehehe.

Ok. Tutorial kali ni adalah untuk letak Jumlah Post dan Jumlah Komen di Blog. Macam kat bawah ni:


Yang kotak merah tu la. Korang nampak kan? Tak nampak, klik gambar tu untuk besarkan. Hehehe.

Cara nak buat?

1. Login account blogger, dari Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML javascript

2. Copy kod kat bawah dan paste kat ruangan HTML javascript.


3. Kemudian, Save. Siap.

Korang try view.

p/s : Senang je rupanya. Baru saya tahu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 15, 2011

"APA ITU RANDOM.ORG? SAYA TAK TAHU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya ada terima beberapa persoalan mengenai Random.org. Kebanyakkan blogger-blogger baru tak tahu apa itu Random.org dan fungsinya.



Sebenarnya, random.org ni adalah website yang ada aplikasi untuk mencari nombor secara rawak. Korang tengok kat gambar tu ada kotak kecil kan?

Kat dalam kotak tu ada :

Min = Minimum = Nombor Minima yang korang nak letak

Max = Maximum = Nombor Maksima yang korang nak letak

Generate = Korang tekan butang ni dan nombor akan dipilih secara rawak dari nombor minima yang korang letak sehingga nombor maksima yang korang letak

Contohnya:


Korang letak julat pencarian nombor rawak dari nombor 1 hingga 99 dan nombor 4 telah dipilih sebagai nombor rawak.


TAMBAHAN:


Masih ada lagi yang tak faham. Oklah. Saya bagi contoh paling senang. Korang guting kertas-kertas kecil dan tulis nombor 1 sampai nombor 99. Pastu, korang masukkan semua kertas-kertas yang bernombor tu dalam satu bekas. Korang goncangkan dan korang pilih satu nombor tutup mata. Pastu, korang dapat kertas yang tertulis nombor 4. Nombor 4 itu adalah nombor yang dipilih oleh korang secara rawak.


Ini setakat mana kefahaman saya ye? Kalau ada blogger-blogger lain nak tambah, sila kongsikan.


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 12, 2011

TUTORIAL : KLIK LINK DI BLOG DAN KELUAR DI NEW TAB

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Nak kongsi satu tutorial. Korang pernah pergi satu blog ni, bila klik kat link dalam post dia, akan keluar ke new tab atau window tak? Saya ada jumpa dan memang mencari cara nak settingnya. Akhirnya saya berjaya. So, saya nak kongsi dengan rakan-rakan blogger yang masih tak tahu. 

Tutorial ni cuma untuk pengguna Blogspot saja k?

Langkah 1 = Pergi di Dashbord kemudian Klik Design dan lepas itu klik Edit HTML

Langkah 2 = Tekan crtl+F secara serentak dan taip kod bawah dalam kotak ctrl+F tu


Langkah 3 = Copy kod berikut dan salin di bawah kod di atas

                    
Langkah 4 = Klik save dan Cuba korang test klik mana-mana link dalam entry korang

Saya dapat tutorial dari Encik FirdausKasim.

Harap sedikit sebanyak dapat membantu korang.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka