Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

NAK CARI BUKU PENJAGAAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minggu ini saya ada mesyuarat di Ipoh. Saya akan stay di rumah mertua saya di Kuala Kangsar 2 hari iaitu Khamis dan Jumaat. Kemudian, Sabtu dan Ahad saya akan balik ke rumah emak saya selama 2 hari juga. Ahad malam baru saya balik Bagan Datoh. Adil la kan? Dua-dua kampung saya balik.

Plan nak pergi Popular atau MPH untuk cari Buku Tentang Penjagaan Ibu Mengandung dan Anak Yang Baru Lahir. Saya ini dah la zero tentang perkara sebegini. Risau tersilap langkah. Kena cari buku ini untuk pastikan tiada kesilapan langkah berlaku.

Biasalah, inikan anak sulung kami. So, memang tak ada pengalaman langsung saya dan wife saya. Saya rasa anak kedua dan seterusnya pun mungkin yang ada pengalaman terkantoi juga. Inikan pula yang sulung. Memang gelabah juga saya nanti.

Harap dapat cari buku itu dan harap buku itu dapat bantu berikan cara yang betul untuk jaga wife saya yang tengah mengandung. Walaupun baru 3 bulan tapi kena prepare awal sebab utama kerana kami memang tak ada pengalaman.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 2, 2012

LATIHAN MENUKAR PAMPERS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hujung minggu lepas, saya buat latihan menukar Pampers anak saudara sebelah isteri saya. Mula-mula memang terkial-kial. Biasalah. Tak pernah buat. Bila dah dua tiga kali buat, baru lancar sikit. Tapi ada juga tersilapnya. Hehehe. Takpelah, belajar dari kesilapan.

Itu baru Pampers. Dulu masa saya kecil dulu, selalu saya tengok emak saya tukar lampin yang jenis kain berbentuk segi empat tepat adik saya. Kena lipat bentuk segi tiga, pastu nak ikat kat adik saya yang kecil. Masa itu, saya selalu menyibuk nak tolong. Hehehe.

Tapi, sekarang dah makin senang, beli je Pampers kat kedai, pastu, buka, letak baby dan lekatkan ke tempat yang sesuai mengikut ke'ketat'an. Jangan terlalu ketat sebab nanti baby tak boleh bernafas. Biasalah. Baby kan? Badan masih lembut lagi.

Saya berlatih dari sekarang, nanti baby dah ada depan, terus terkaku tak tergerak sebab tak tahu nak buat macam mana kan? Hehehe.

p/s : Excited nak dapat baby. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 27, 2012

"DAH NAK JADI BAPA EH?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kawan-kawan cakap,

"Dah nak jadi bapa eh?"

Saya mesti secara automatik tersenyum. Tak kirala siapa pun cakap macam tu, saya mesti akan secara super spontannya tersenyum. Entah kenapa dalam hati yang dipenuhi taman bunga dan air terjun ini berbunga-bunga bila orang cakap macam itu.

Lagipun, bila orang cakap sesuatu, ia adalah doa orang itu terhadap kita. Semoga matlamat untuk menjadi bapa akan tercapai. Hehehe.

Korang tolong saya boleh tak? Tolong doakan kesihatan isteri saya dan juga sudah semestinya baby saya yang dalam perut isteri saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 23, 2012

NAMA BABY KAMI ADALAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kandungan wife saya dah mencapai tahap hampir 3 bulan.

"Nama untuk baby dah ada ke?"

Jantina baby pun belum tahu lagi. Saya memang tak fikir lagi nama untuk baby kami. Tapi wife sebelum tahu diri sendiri mengandung dah pun rajin membaca. Dia rajin membaca buku maksud nama.

Dan wife saya dah pun decide nama baby kami. Saya pun mula-mula terkejut tapi saya buat cool je. Cantik juga nama yang wife saya fikirkan. Maksudnya pun sangat elok. Wife saya dah pun pilih kedua-dua nama untuk baby lelaki dan baby perempuan.

Kalau baby lelaki, nama ini kami akan letak. Kalau baby perempuan, nama itu kami akan letak.

Nama baby kami adalah....

Tunggu baby dah lahir dan dah daftar, baru kami maklumkan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 16, 2012

REZEKI AWAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Di Facebook, ada orang pertikaikan kandungan isteri saya yang dah mencapai 9 minggu 6 hari. Dia bandingkan dengan kandungan dia yang baru 8 minggu. Katanya kandungannya baru 8 minggu dan cuma nampak jantung tapi kandungan isteri saya dah 9 minggu 6 hari tapi dah nampak kaki dan tangan.


Doktor yang isteri saya memaklumkan kepada isteri yang tangan dan kaki bayi dalam kandungan isteri saya itu seperti sedang menari-nari.


Saya bersyukur sebab dapat rezeki awal daripada Allah. Tak semua orang dapat dan ada orang tak puas hati. Mungkin sebab dia dah kahwin awal dari saya tapi baru dapat bayi.


Bagi saya, bersyukurlah sebab dapat juga bayi kalau dibandingkan dengan pasangan menanti berpuluh-puluh tahun tapi tak ada rezeki.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 14, 2012

GAMBAR SCAN BABY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam entry INI, saya beritahu mengenai wife saya dengan emak mertua saya ke Klinik Pakar Wanita di kawasan Klang Selangor. Masa scan perut wife saya untuk check keadaan baby tersebut, wife saya beritahu saya yang doktor yang bekerja di Klinik Pakar Wanita tersebut beritahu due date kelahiran baby sulung saya ini adalah pada 11hb Januari 2013. Tapi, tarikh tu saya rasa cuma jangkaan dan mungkin awal atau lewat sikit.

Saya minta wife saya supaya suruh doktor tu printkan scan kandungan yang baru dia buat. Saya cilok dari wall facebook wife saya. Hehehe.


Mula-mula tercari-cari juga mana dia baby yang wife saya cakap ber'dancing' tu. Bila diteliti dengan setelitinya, baru saya perasan yang objek di tengah-tengah itulah baby kami. Hehehe.

Come to daddy.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"BABY KITA TENGAH BER'DANCING'"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi wife saya sms kata dia dan emak mertua berada di Klinik Pakar Wanita area Klang Selangor. Memang saya ada suruh wife saya pergi check kandungan baby semalam (Baca di SINI). Tapi, semalam dia busy melawat rakan sekerja yang baru lepas bersalin. So, dia janji nak pergi hari ini.

Kali pertama pergi check adalah pada 12hb Mei 2012 (Baca di SINI dan SINI). Hari ini sudah 14hb Jun 2012. Memang doktor ada beri appointment dalam masa dua minggu dari tarikh kali pertama check kandungan tapi disebabkan banyak hal yang tak dapat dielakkan. Tak dapatlah pergi pada masa itu.

Terasa rugi tak dapat pergi sebab doktor scan perut wife saya untuk tengok keadaan baby kami. Wife saya cakap, baby kami memang nampak seperti ber'dancing' sebab nampak seluruh badannya termasuk kaki dan tangannya bergoyang-goyang. Doktor yang scan dia pun cakap perkara yang sama.

Teringin nak tengok tapi tak boleh sebab saya sekarang sedang kerja kat Perak dan wife saya duduk dengan emak mertua di Selangor. Sementara saya settlekan hal kuarters di sini, saya biarkan dia duduk di sana. Kuarters dah boleh masuk, dia akan datang tinggal dengan saya.

Wife saya beritahu yang doktor maklumkan kandungan wife saya dah mencecah 9 minggu 6 hari. Jantina baby kami belum dapat dipastikan lagi. Excited? Mestilah. Nervous? Mestilah. Hehehe.

p/s : Saya minta wife saya printkan scan baby kami. Nak tengok juga. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 13, 2012

BELUM CHECK LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selepas saya dan wife ke Klinik Pakar Wanita dekat area Klang seperti dalam entry INI dan INI, saya dan wife belum lagi buat pemeriksaan kali kedua. Antara alasan utama wife saya,

"Takut nak pergi seorang"

"Kereta ada masalah susah nak start enjin"

"Nantilah kita pergi"

Saya pula pada masa tersebut asyik busy saja. Ada saja program nak kena buat dan attend. Masa lain tak pula busynya.

Saya dah minta wife saya pergi check hari ini. Harap-harap tak ada masalah. Ini anak pertama.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 29, 2012

MAMPU KE SAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah dekat 2 bulan wife saya berbadan dua. Risau juga sebab dia selalu sakit belakang. Saya galakkan dia minum susu Anmum Materna untuk kuatkan tulang belakang dia. Sementara kandungan tak besar lagi, kena topup kalsium kat tulang belakang dia tu. Harap wife dan baby saya sentiasa selamat dan dilindungi Allah. Amiiinnnn.

Kakak wife saya ada anak lelaki 2 orang. So, anak lelaki kakak wife saya ini kami jadikan tempat training untuk anak kami nanti. Kena juga training supaya nanti dah sampai masa nanti, tak terkial-kial sangat. Yang pasti, akan terkial-kial juga sebab sudah semestinya nervous dan bagai-bagai. Hehehe.

Terfikir juga saya ini mampu ke untuk jaga dan didik anak saya yang bakal lahir nanti? Mampu ke saya nak didik dia dan emaknya sekali? Saya rasa takut juga sebab takut tak mampu saja. Tapi, bila difikirkan semula, anak ini adalah anugerah dan amanah Allah, saya kuatkan hati. Saya kena yakin dengan kemampuan diri saya.

Allah dah tetapkan rezeki setiap hamba-Nya. Rezeki saya untuk dapat anak awal dan ada yang tak ada rezeki untuk timang anak. Oleh itu, saya bersyukur dan berdoa agar anak serta wife saya sentiasa dilindungi-Nya.

Korang nak tahu macam mana saya dan wife saya berkenalan? Nanti saya cerita ye?

p/s : Hint untuk macam mana saya dan wife berkenalan.... Facebook.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 20, 2012

SELUAR PUN DAH TAK MUAT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya mengadu kat saya yang hampir semua seluar dia dah tak muat. Kena carI seluar yang bergetah. Sebab perut isteri semakin besar. So, dia nak cari seluar baru.

Semalam pergi Setia City Mall tapi tak ada seluar yang sesuai. Pastu, pergi Tesco Klang semata-mata nak cari ubat untuk emak mertua tapi tak perasan kat Tesco Klang tak ada Watson. So, kami pergi pula ke Giant Klang dan jumpa ubat yang nak dibeli di Guardian.

Masa nak balik, nampak Booth jual baju kat parking Giant Klang dan isteri ternampak satu seluar bergetah. Dia belek dan tanya pendapat saya, pastu terus beli. Semalam dia pakai dan kata selesa. So, saya decide nak beli sehelai lagi.

Perut semakin besar, semakin banyak dugaannya. Moga saya dan isteri berjaya mengharunginya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 18, 2012

SAYA PULA RASA MUAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Isteri saya yang berbadan dua tapi saya rasa mual dan tak selesa. Bila saya tanya kawan-kawan di tempat kerja yang dah kahwin, kadang-kadang memang akan berlaku macam ni. Isteri mengandung tapi suami yang rasa tak selesa.


Saya tak kisah sangat sebab isteri saya akan hadapi banyak cabaran sepanjang masa 'mengandung' ni nanti. Saya kena la ambil sikit ketidakselesaan ini. Anyway, tolong doakan kandungan dalam isteri saya sihat hendaknya.


p/s : Hari ini tak ada angin atau ribut, terus bersin tak henti-henti. Last week rasa mual je.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, May 12, 2012

BETUL KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi saya ada buat satu entry mengenai saya dan wife pergi ke Klinik Pakar Wanita dekat Klang untuk buat pregnancy test. Memang lama betul tunggu sebab doktor tak ada masa tu. Tapi on the way ke klinik.


Doktor sampai dan terus panggil wife saya masuk bilim pemeriksaan. Saya rugi tak masuk sebab dalam bilik pemeriksaan tersebut, doktor buat scanning.


Alhamdulillah. Memang rezeki kami. Menurut isteri saya dalam monitor, memang ternampak satu bentuk yang menunjukkan isteri dan pegnant. Ya, mengandung. Menurut doktor baru dalam 4-5 minggu. Lagi 2 minggu isteri saya diminta untuk datang buat pemeriksaan lagi.


Alhamdulillah. Pasni makin banyak tanggungjawab saya kan? Hehehe.


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 22, 2012

"NAK TERMUNTAH SAYA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas dengar dan tengok slide serta video tentang kelahiran seorang bayi. Saya tiba-tiba je rasa pening dan terus rasa nak muntah.


Sebelum saya muntah, baik saya terus keluar. Tak nak la muntah kat depan penceramah je. Tak kisah la orang nak cakap pe pun. Daripada berlakon cool, baik saya tak tipu sendiri je.


Dulu masa Form 6 saya pernah bedah 2 ekor tikus. Tapi kenapa entah saya rasa nak termuntah masa tengok video proses kelahiran bayi.


Harap saya dapat atasi masalah ni untuk bagi support kat isteri saya nanti yang akan lahirkan anak untuk saya.


p/s : Teringat kat emak saya. Macam manalah keadaan masa saya dilahirkan.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka