Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label penulisan. Show all posts
Showing posts with label penulisan. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

PENULISAN HARI INI UNTUK KENANGAN MASA DEPAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak kita terfikir, apa yang kita tulis hari ini adalah untuk kenangan kita pada masa depan? Setip apa yang kita tulis ini, akan menjadi kenangan kita pada masa depan. Masa saya mula-mula buat blog ini dulu, hasil tulisan saya langsung tak ada orang baca selain saya. Komen memang tak ada.

Pada masa itu, gaya tulisan saya pun buatkan saya nak tergelak. Tapi, bila saya selak balik hasil tulisan saya tersebut, saya terbayangkan pada masa saya sedang menulis hasil penulisan. Hasil penulisan itu mampu untuk mencetuskan kembali kenangan yang kadang-kadang kita dah lupa.

Kita tak tahu potensi blog di masa hadapan. Mungkin akan menjadi sangat popular sehinggakan setiap orang akan ada sekurang-kurangnya satu blog. Ini cuma kemungkinan saja. Tapi, bila kita fikir semula, dulu mana ada orang tahu tentang blog ini kecuali pakar-pakar komputer yang belajar code HTML.

Cuba tengok sekarang, rakyat Malaysia yang ada blog memang sangat ramai. Lebih sejuta orang. Dan kemungkinan besar pada masa akan datang, jumlah ini akan meningkat.

Apa yang kita tulis hari ini akan menjadi sejarah kita pada hari esoknya. Begitulah seterusnya sehingga kita 'pergi'.  Jadi, berbanggalah dengan segala penulisan kita dan teruskan menulis. Sebab penulisan hari ini untuk kenangan kita pada masa depan kita nanti.

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain? Luahkan sebagai perkongsian bersama.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 1, 2011

"ARGH...EMOSI BETUL LA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang ada emosi? Siapa tak ada emosi sila angkat kaki. Hehehe. Saya yakin semua orang ada emosi. Kalau tak ada emosi tu, saya tak tahu nak kategorikan manusia yang macam mana. Korang tolong kategorikan la ek?

Saya nak tanya korang, bila korang tengah boleh ke korang entry gembira? Ada yang boleh dan ada yang tak boleh. Yang boleh, bagi dah biasa baca blog orang tu akan perasan tiada "nyawa" dalam penulisannya. Kan?

Bagi saya, emosi mempengaruhi hasil penulisan kita. Ini untuk korang yang tulis blog sendiri ye? Yang jenis copy bulat-bulat tanpa tulis apa-apa, itu tak kira. Saya kalau tengah sedih, saya tulis entry sedih yang boleh kongsi dengan korang. Gembira pun macam tu juga. Korang ken tulis untuk orang yang baca pun terasa sedih gak. Hehehe. Pandai-pandai kan saya ni.

Point utamanya kat sini, saya nak tekankan yang emosi akan sedikit sebanyak mempengaruhi hasil penulisan korang. Sebab itulah entry korang seperti "bernyawa" sebab korang emosi korang dalamnya.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka