Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label penantian. Show all posts
Showing posts with label penantian. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

PENANTIAN YANG MENDEBARKAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada ceritakan tentang saya dah buat cash out earning Nuffnang pada 13 April 2012. Korang boleh baca kat SINI. 5 Jun 2012 saya telah terima satu email dari pihak HSBC yang selalu sediakan cek Nuffnang yang menyatakan Payment dalam proses penghantaran menggunakan pos biasa.



"Ala... RM50 pun nak kecoh"

RM50 pun bagi saya banyak dah. Boleh makan McDonald tahu? Hehehe. Anyway, terima kasih Nuffnang sebab bagi saya Campaign yang menjana pendapatan sampingan saya dengan apa yang saya minat. Blogging.

Penantian hampir 2 bulan hampir tamat. Memang mendebarkan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 15, 2012

DEBARAN PENANTIAN ANAK SULUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berdebar rasanya hati ini menanti anak sulung yang bakal tiba. Lambat lagi tapi berdebar gak. Macam-macam muncul di fikiran saya. Mampu ke saya jadi seorang bapa? Mampu ke saya didik anak saya?

Tapi, saya bersyukur sebab Allah kurniakan rezeki awal kepada saya dan isteri saya. Isteri saya dah sibuk baca buku nama-nama yang baik dan dah listkan nama untuk anak kami yang bakal lahir nanti. Begitu terujanya dia. Hehehe.

Saya pula tengah budget untuk beli barang-barang keperluan bayi nanti. Tak lupa juga keperluan isteri saya nanti. Kena juga beli baju yang sesuai untuk dia pakai bila kandungan dia makin membesar. Itu saya tak tahu, kena tanya orang yang lebih berpengalaman nampaknya.

Takpe-takpe. Kurangkan sikit debaran dan teruja ni. Fokus pada yang penting dulu, iaitu isteri saya. Hehehe.

p/s : Masih Teruja lagi ni. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka