Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, May 12, 2012

NASIHAT PALING BANGANG....

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam masa tengah drive nak balik Klang, saya dengar radio Era.FM. Masa tu ada satu slot untuk Brother Love yang bantu bagi nasihat untuk masalah cinta. Malam semalam ada seorang perempuan ni ada masalah tak dapat lupakan bekas kekasih lelaki dia. So, dia minta nasihat Brother Love ni.

Korang nak tahu apa nasihat si Brother Love ni? Dia suruh pergi cari boyfriend baru. Dia suruh cari cepat-cepat supaya si perempuan tu dapat lupakan bekas kekasih lelakinya. Ada ke bangang bagi nasihat macam tu. Menggalakkan lagi maksiat.

Sepatutnya si Brother Love ni kena suruh si perempuan ni sentiasa bertawakal dan ingat Allah selalu. Mohon kepada Allah supaya diketemukan jodoh yang baik. Nasihat yang diberikan tu lebih ke arah kebaratan. Kalau si perempuan tu cari kekasih baru dan kekasih baru dia tu lagi teruk daripada bekas kekasih lama dia, macam mana? Si perempuan tu masih dapat lupakan bekas kekasih lagi tak?

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain tak?

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-

*ditulis dari ipad isteri saya. Hehehe*
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. sepatutnya nasihat ke arah mengingati Allah..ke arah mencintai yang patut dicintai.

    cari pasangan baru tu pun ok jugak dan kena la buka hati terima jodoh sebenar.

    ReplyDelete
  2. setuju..dktkn diri dgn Allah la dpt lupakan kekasih lama dia..

    ReplyDelete
  3. yup2
    setju dengan abg feroz nieee
    patotnye bro love to bagi nasiht supaya mendektkn diri kepada allah
    kalau bagi nasiht suh cari bf lain
    macam cari bf nie macam cari baju
    senang je nak cekup
    hehee

    ReplyDelete
  4. silap taip nama lak
    hahaaa
    ptot setju dengan pndpat abg naser niee
    tertaip abg feroz lak
    sbb bru pas tgk blog org tu
    wahahahaa
    maluu

    ReplyDelete
  5. kadang2 yg tukang bagi nasihat pun tak betul nasz......
    ckp ikut sedap mulut jer.....

    ReplyDelete
  6. Yup... Allah sentiasa sayangkan kita... tak kira apa pun terjadi dekat kita.. walhal kita selalu lupa padanya..

    ReplyDelete
  7. brother love meme terencat..

    ReplyDelete